Thursday, August 30, 2007

AKU TAK PANDAI BACA NOTA MUZIK...BUKAN SALAH AKU

Betul, bukan salah aku...Tapi salah kawan aku
Waktu tu kawan aku Eton (bukan nama sebenar) satu2nya kawan baik aku
Aku banyak terpengaruh dengan dakyah beliaw ni
Kononnya kelas muzik tu x baik,maksiat,berdosa dan macam2 lagi lah
Awal2nya aku join jugak kelas tu
Bolehla baca sket nota muzik tu
Main flute...abah siap belikan flute lagi sebab aku yg paksa
Aku minat muzik sangat2

Tapi si Eton ni banyak memesongkan aku
Katanya siapa yg belajar muzik,syaitan suka
Masuk neraka sebab muzik ni lagha
Ohh,aku terasa aku jahil...
Ohh,nyata aku tertipu...
Cepat terpengaruh

Setiap kali kelas muzik,
Eton akan bawak aku mengacau cikgu tengah mengajar
Takpun melepak surau...dapat banyak pahala katanya
Padahal duduk surau bukan buat apa pun
Borak2 sampai la kelas muzik habis
Ponteng la dengan erti kata lain
Kenapa laaa aku x terfikir langsung time tu?

Dan sekarang aku x lagi berjumpa Eton
Tak ada lagi yang akan menakutkan aku
Bila aku dengar lagu2 yg aku suka
Aku bersyukur
Eton? Aku x tahu
Mungkin dia bahagia dengan pemikirannya
"orang yg dengar muzik masuk neraka"
HAHAHA...wadehek

Sunday, August 26, 2007

KENAPA AKU X SUKA ZAMAN TADIKA DAN SEKOLAH RENDAH?

Hari ini selepas 20 tahun aku adalah...
anak kepada ibu dan ayah saya,
kakak kepada 3 adik lelaki dan 4 adik perempuan,
cucu kepada mak tok dan nenek.
Ya,kedua2 atok aku sudah meninggal dunia...al-Fatihah.

20 tahun yang lalu aku dilahirkan di Hospital Tunku Ampuan Rahimah,Klang.
Jadi aku orang Selangorlah.
Tapi duduk di Selangor tak lama.
Aku tak punya memori untuk dikenang di sana.
Tapi hatiku berazam untuk kembali ke sana, suatu hari nanti.

Kata emak, aku dibawa pindah ke Terengganu waktu umur aku setahun.
Ya, bermakna sudah 19 tahun aku menetap di Terengganu.
Lama tak lama...tapi aku masih merasakan ada kejanggalan dengan negeri ini.

Aku mula bertadika waktu umur aku 4 tahun.
Awal???
Haha...tu semua gara2 aku yg memberontak
dan asyik paksa mak aku masukkan aku ke tadika
bersebelahan taska...
Taska di mana mak tinggalkan saban hari waktu dia kerjalah...

Aku ingat setiap tunggu mak datang jemput aku balik,
aku akan main buaian...
Abah tak bagi aku main jongkang-jongket, takut tersepit kaki katanya.
Nak main gelongsor pun tak boleh...
Sebab mak dan abah risau aku jatuh

Di tadika aku sorang yg pendiam
Kenapa???
Sebab aku x pandai ckp ganu
Owh, satu masalah besar...
Aku tak gaham apa yg budak2 tu cakapkan
Korang bayangkan arnab bercakap dgn siput babi lah...
Dua2 x faham sesama sendiri kan?

Perangai pendiam ni terbawa2 sampai ke sekolah rendah
Aku memang tak ramai kawan jugak
Tapi vocab ganu aku dah bertambah sikit2
Cuma masih blurr bila mereka bercakap laju x cukup nafas
Aku x sempat nak pikap dowh

Aku ingat sesi orientasi standard 1...
masa tu abah aku pergi mana ntah
Aku nak pergi toilet pn susah, xtaw kata mana
Waktu tu lah aku rasa dunia ni luas
Sebab aku dh pusing punya pusing still x jumpa toilet
Akhirnya aku tahan je rasa nak kencing tu sampai la balik rumah...Cilakak!
Diorang sepatutnya first day masuk dh bawak kami tour sekolah
Ini tak...hari kedua baru nak bawak ronda2
Huh,x guna...
Aku dah jumpa la toilet tu pagi2 sblom cikgu bawak pergi tour

Saturday, August 4, 2007

AKU DAN MAKCIK JOYAH

Kalau ditanya kenapa aku malas nak ke bangunan admin...
Jawapannya adalah aku terlalu malas nak menghadap muka sorang kerani (perempuan tua)
yang pada aku pemalas dan cuma tahu nak serang orang melulu tanpa usul periksa.
Seriously aku rasa dia ni makan gaji buta.
Makcik ni aku namakan makcik Joyah (nama ini adalah nama khayalan)
Cuma tahu bermekap tebal dan pakai kasut tumit tinggi yang warnanya sedondon dengan tas tangan dan tudungnya.
Tapi elegannya pakaian dia tak menggambarkan attitudenya semasa bertugas.
Tak percaya? Lihat buktinya...


Aku dapat call dari mak, laptop aku dah kurier. Lalu aku pergi check dekat ofis Jabatan Hal Ehwal Pelajar.

AKU : Assalamualaikum puan. Last few days mak saya ada buat kurier hantar sini. So saya nak check ada sampai tak?
MAKCIK JOYAH : (tak jawab salam pun...muka siyes giler)Eh, apahal awak datang check kat sini? Awak ni dah berapa semester duduk kat sini? Pergi la tanya unit kolej.
AKU : Masalahnya itu kurier laptop. Kan kurier selalu kena ambik dekat sini (sah pompuan ni tak tahu prosedur)
MAKCIK JOYAH : Eh, awak ni kan...pandai2 nak ajar saya pulak. Takde2, awak pergi check dekat unit kolej.
AKU : Ahh...blah! (dalam hati "celaka kau!")


So aku pergi la unit kolej. Check punya check, memang tak ada.
Diorang cakap hanya surat2 biasa yang akan dihantar ke unit kolej.
Bukan barang2 besar!
See, sekarang tengok siapa yang lagi bijak?
Aku balik ke studio dengan rasa bengang.


On the way...

Trutt...trutt(phone ringing)
CALLER : Helo, cik Tiya. Saya dari HEP...boleh datang sini sekarang tak? Ada kurier untuk awak.
AKU : Aik? Tadi saya baru je pergi sana akak tu cakap takde dan suruh check unit kolej.
CALLER : Yeke? Tapi awak kena datang sekarang. Kami tak boleh simpan dan tak bertanggungjawab kalau hilang.
AKU : Saya ada kelas lahh. Tak boleh miss...tak nak skip!
CALLER : Mintak permission lecturer lah cik.
AKU : Yelah, yelah (fakk....nak mintak permission ngan puan singa ni punya lah payah...last2 aku lari ikut pintu belakang...HIHI)


Pejabat HEP
DAMN! Makcik Joyah ni lagi!

AKU : Puan, nak ambik kurier (takde salam dah...terjah je)
MAKCIK JOYAH : Awak ni lagi. Kan saya dah suruh check dekat unit kolej. Awak tak...
AKU : Unit kolej cakap takde ok (die tak sempat habiskan ayat dia...HAHAHA)
MAKCIK JOYAH : Habis tu kenapa awak datang sini? Dah takde, takde lahh.
Tak sampai lagi la tu.

Suasana kecoh sekejap. Sebab aku memang dah hilang sabar.
AKU : Masalahnya saya baru dapat call tadi...cakap ada kurier untuk saya. Yang puan nak marah2 sangat ni apa kes? Saya cari orang yang call saya tadi. Tak payah la sibuk.
MAKCIK JOYAH : Siapa yang call awak? Bila? (tak puas hati lagi tu)

Tiba2 datang sorang kerani lelaki, Amir (bukan nama sebenar).
AMIR : Apahal kecoh2 ni dik?
AKU : Saya nak ambik kurier. Tadi ada orang call suruh datang sini. Makcik ni pulak nak marah2...saya dah datang sini awal2 tadi tapi dia suruh saya pergi check dekat unit kolej...penat2 menapak ke sana...last2 dapat call barang tu ada kat sini pulak...Patutnya semak la dulu dalam rekod, baru cakap (huii...penat taw bercerita)
AMIR : Hurm(geleng kepala). Nama awak?
AKU : A****A H*****H
Amir : Oh,saya yang call awak tadi. Dah la jangan marah2...mari masuk dalam amik barang awak.

Aku pandang makcik Joyah. Dia jeling aku. Huhh...tak kuasa aku.


Korang rasa kan...makcik Joyah ni kat rumah macam mana ek?
Mesti anak2 dan laki dia hari2 kena bebel kan?
Hurmm..kesian.

Thursday, August 2, 2007

PASAR BERBUDAYA :: EP 2

Teruskan dgn usaha mengayat tokeyy kiosk
sampai kat secret recipy...mintak permission
but damn! hey the waiter is so kerek lahh
ape hengat aku teringin sgt ke nk snap pic die?
xpe...kami blah...huhu

Lastly we decide to go to another place
Bukit Bintang
Sbb security kat situ sgt ketat la....
hampir2 kami kena cekup...

Akhirnye kami xde la dpt bnyk sgt pun kiosk untuk case study ni
Pulang dengan kechiwa
Risaw btol aku nti bile nk presentation...wuwu~~

Lastly...pic trakhir sblom naek tren g KL SENTRAL balik










PASAR BERBUDAYA :: EP 1

*30 JULAI 07*
My heart trembled bile dpt task kat Central Market
Pasar yg berbudaya tu
Yahh..aku suke itu tempat (bace dgn nada penuh kegirangan ok)


Sbnrnye ni adlh untuk case study untuk projek kiosk
Each location ade 2 group,which is each group consist of 5 members
Tp group aku tinggal berempat...Teddy x dpt ikut.Tak sehat katenye
Yeke x sehat? Itu mamat mmg suke mengular! Ku tahu,ku tahu
Tp kalaw beliaw btol2 x sehat...hamfunn

So,kami kami dtinggalkn kat KL Sentral oleh lecturers
While dorg teww berjimba2..sah shopping! Paling x cuci mata (AMARAN : jgn ikut klakuan aku bersangka bukan2 kat lecs)
Tak mengapa..takkk mengapa. Aku redha.
Tapi aku jeles ok.JELES! Hmmph

Masa aku tengah sibuk-sibuk check in tiket tren...
Dan terkejar takut kene tggl member group,skali aku tlupe amik tiket aku kat mesin tu
Dh turun tren baru aku tringat! Mase tu sebok la menggangau
Member aku sume dh glabah
Tp aku ngn slumber bmuke xde prasaan (padahal dlm hati cuak gilak!)
Aku g kat security...yela...xkan nk terjah je...kang kena tgkp la cam PATI
Berikut adalah dialognye:


AKU : err,pakcik..sorry.I forgot my ticket (speaking sket...bg nmpk educated..so,xde la security tu main2kn aku nanti)
SECURITY : awak dtg sorg ke? (muke beliaw ketat sunggoh!)
AKU : dengan kawan2...I left my ticket at KL Sentral (still speaking)
SECURITY : mane kawan2 awak?
AKU : tu... (sambil mnuding jari kat dorg yg tgh risaw)
SECURITY : xpela...awak lalu je ikut sini


SEE? kan aku dh cakap jgn wat muke glabah! Security tu ngan senang hati bagi aku lalu.
Or maybe it was juz my luck coz aku ngan kawan2 dan untungnye dorg ade tiket

Ok..terus ke CM...jln kaki
Fuhh...Gorgon asyek isap rokok je
Sesak napaihh mak

Sampai kat CM jumpe 1 group..Izreen sronok btol jumpe kawan2 gadisnye
Maklumla...aku ni mbosankan,x bnyk ckp kalo aku tgh siyes dan dlm mood mngembara...
Sbb aku lbeyh suke tgok pmandangan dr borak2
Hurm...dorg ajak posing2 sket.
Tang ni aku lemah sket...Aku xsuke muke aku kena snap!
So,aku volunteer jd photoghrapher mmandangkn aku suke snap pitcha walopon aku takdela xpert sgt...
Cube tgok muke buat2 aku bile tpakse bgambar yada-yada
Dah la tgh berpeluh sakan time tuh


Ok...dah masuk dlm aku suke sgt. Coz I saw lot of artistic stuff!
Sbb tu aku ckp aku suke sgt bile dpt tempat ni!
Rase nak beli semua...naseb baek duit xbawak bnyk!
Aku cume beli 1 beg silang..ayie pun ikut same nk beli tu...huh!
Tapi yg lawaknye die boleh nk bayar je...xtawar dulu
Ini kaye ataw x bodoh pandai menawar ni? LOL

So,kami cari la kiosk untuk diterjah
Mula2 kami jumpe Oldtown Cafe..tp kami x masuk sbb xkena ngn konsep task kami
Cume posing kat die punye gmbr beca tu je...
And again aku volunteer jd photoghrapher



tgok muke Gorgon yg slumbernye bpure2 jadi customer kat 1 rest. tu...sungguh poyo


eark!baru aku pasan...mcm pnjg gilak post ni
So aku smbg next episode,ok

buhbye