Friday, January 30, 2009

Aku Mahu Panjat Tangga ke Bulan...BOLEH?


Dulu kecik2 aku selalu dengar perumpaan ni
" cantik seperti bulan "
Sebab tu aku teringin nak ke bulan
Tapi bila cikgu sains aku tunjukkan rupa bulan yang sebenar...
OHH, berkawah! Ada lubang sana sinilah!
Aku pun terfikir...sepatutnya perumpaan tu jadi macam ni lah kan?
" hodoh seperti bulan "
Eii...jerawat!
Syok kan kalau tengah panjat tangga tu boleh petik bintang?
Aku nak bagi kat tujuh orang:
1- Satu untuk mak
2- Satu untuk adik
3- Satu untuk adik
4- Satu untuk adik (baca sebanyak 7 kali...adik aku ada 7..aku malas taip banyak2)
5- Satu untuk kawan baik aku (rahsia)
6- Satu untuk orang yang aku sayang (rahsia jugak)
7- Satu untuk Bola (err....yang ni bukan spesies orang,tapi aku nak bagi jugak)
1,2,3,4,5,6,7...tapi kalau ikutkan adik aku yang tujuh orang tu...jumlahnya bertambah la kan?
Aku tak bijak math...maafkan aku.
p/s : cuba bayangkan korang tengah petik bintang ada makhluk asing naik kapal angkasa datang sergah " Hah, kau buat apa tu..petik bintang banyak2? "
Errr...aku tak nak bayangkan.
Aku nak tido (aku tido siang)

Saturday, January 24, 2009

ALL ABOUT JUSTICE

Hang Tuah? Hang Jebat?
Yeah, I didn’t know them personally…
But I’ve read and heard a lots about them

They fight each other, each of them their own issue
But who was right?

THE JEBAT ISSUE
Hang Jebat run amok, he rebelled against Sultan
He take over istana (castle)
Hang Jebat rebelled because the Sultan was unjust

THE TUAH ISSUE
Hang Tuah fight Hang Jebat to save Sultan
Hang Tuah still obey the Sultan
Although he was wrongly treated by the Sultan


Jebat was faithful to his friend but Tuah was faithful to Sultan
So who was right, who was the fool, who was to be blame?

The Sultan was wrong ... to have concubines and being unfair
that he ordered his best warrior to be killed
Hang Tuah was right but a little fool,
that he followed all Sultan’s order though it was wrong
Hang Jebat was also right but he acts unwise
as he run amok towards his leader

Both of them acted as heroes…
And Tuah was very lucky to have a friend like Jebat
And the Sultan was lucky that Tuah is very loyal to him
But the poor Jebat then died in the hand of his own friend


“You can’t go wrong when you fight for justice.

You might lose, but you won’t be wrong.”

Monday, January 12, 2009

OBSESI TERLAMPAU

Ramai blogger (istilah Melayunya apa ya?) post entri pasal artis (pelakon?penyanyi?atau selebriti mana2) kesukaan mereka. Aku nak post jugak la. Legenda Reggaeton...



Err...tapi aku nak cerita apa ek?
Lagu? Movement? Latar belakangnya? Sejarahnya?
Ahh...aku tandus idea!

Eh, jap2...aku sebenarnya bercakap tentang siapa?
Baru aku perasan, aku lupa nak bagitaw nama that person.
BOB MARLEY la y'all...Ha? Siapa? Ala, yang nyanyi lagu No Woman No Cry tu la.
Lagu2nya juga banyak feature dalam filem I Am Legend.
Sebab tu aku suka filem ni.
Bob Marley + Will Smith = dua kulit hitam yang menangkap kekaguman aku.


Yahhh...bila bukak topik pasal Bob Marley,
aku teringan beberapa moment yang berkaitan Bob Marley dalam hidup aku.
Mari kita periksa ke luar! (let's check it out)







*MOMENT 1*

Aku mahu jadikan dia icon (klien) untuk final projek part 1 aku. Aku sudah mula terbayangkan 1 bilik yang dipenuhi warna2 hijau, kuning,merah...Dan dihiasi bendera Jamaica pastinya. Sudah tentu ada asthray untuk dia letakkan abu dan puntung rokoknya(aku aplikasikan prinsip praktikaliti, untuk kebersihan dan kekemasan)


Tapi lecturer tak mahu terima proposal aku. Katanya Bob Marley dah mati, dia mahukan orang yang masih hidup, popular (dan kaya-raya). Aku kecewa...lalu akhirnya aku pilih Jimmy Choo (bayangkan aku hentak2 kaki). Dan akhirnya projek aku menjadi sangat hodoh (dibaca buruk) sebab aku takde soul nak buat. Ya, aku tahu yang kenal aku mesti cakap...aku kan minat sepatu tumit tinggi (heels).
Ya, aku tahu Jimmy Choo masih hidup, popular dan kaya-raya. Tapi aku tak minat Jimmy Choo dan dia tak akan bagi aku satu kasut percuma kalau aku design bilik dia.Minat tak sama seperti mahu. Ada beda di situ.


*MOMENT 2*

Aku teringat masa aku pergi satu pesta (read fair). Aku nampak baju Marley yang sangat meyerlah warna hijau,merah dan kuningnya. Aku mahu beli...!aku mahu beli...! Aku belek2 baju tu, aku tilik depan belakang. Tiba2 datang sorang mamat menegur, "Tak sangka ya, ada budak perempuan minat Bob Marley. Awak tahu ke lagu dia? Ke awak pakai baju je semata2?" Kata2 mamat tu buat aku marah dan terus blah.


Tapi bila sampai rumah, aku asyik terbayangkan baju tu. Aku menyesal tak jawab (dibaca respon) mamat tu balik. Kenapa ya aku jadi pasif pada hari tu? Ahh...mungkin sebab mood aku tak berapa baik gara2 mak tak mahu belikan tudung cantik untuk aku. Tapi kalau aku jawab mamat tu, mesti mamat tu terkedu. Atau lagi baik, aku nyanyikan lagu Bob Marley dari awal sampai akhir.
Perlukah?

*MOMENT 3*

Gara2 terlalu taksub dan fanatik dengan agenda Bob Marley ni...Aku sampai mewujudkan satu ID gadis.dreadlock untuk berchatting. Ya, dreadlock...rambut berketak2 yang tak berbasuh (kalau basuh mungkin akan jadi macam iklan syampu tu..."saya nak balik duit saya"). Aku rasa cool bila pakai ID ni...Dan ternyata benar2 cool bila aku masuk room Indonesia, aku menemui sekufu! Sorang mamat reggae yang juga taksub dengan si Marley.


Dia mamat rasta (aku minah biasa)
Rambutnya dreadlock (rambutku x lurus tap tak juga kerinting)
Dia merokok tapi tak hisap marijuana (aku tak merokok dan tak pernah melihat marijuana)
Dia di Indonesia (aku di Malaysia)

Kami berkongsi idea dan minat yang sama.
Tapi masih ada perbezaan bukan?
Aku suka dia dan dia suka aku.
Tapi itu tak bererti kami berjodoh.





Ahh..aku dah melalut.
Akhir kata...*Enjois!*

video


~°º¤ø„¸Legend¸„ø¤º°¨~


¸„ø¤º°¨Bob Marley``°º¤ø„


¸„ø¤º``°º¤ø„¸„ø¤º¨°º¤ø„