Tuesday, March 31, 2009

ATTACK MODEM

stupid dam dam punya internet
kalau dulu konon2 sebab gempa kat Taiwan,
kali ni pasal apa pulak?
sebab La Nina dan El Nino ke?
jangan cakap alien dari Marikh nak datang serang



HAIHH

Monday, March 30, 2009

CHINATOWN STRIKES BACK



Dewan Kong EE Recreation Club
Ni kat mana siot?
Sepanjang aku duduk Dungun aku tak pernah dengar ini tempat
Tapi bila aku tengok tagline" Chinatown Strikes Back"
aku buat kesimpulan, mungkin di kawasan
penempatan atau sekolah Cina
dekat pasar dan Kuala Dungun

Aku tak suka pergi tempat ramai orang.
Suasana yang ramai orang lalu sana lalu sini langgar bahu,
memang boleh buat aku pening dan loya.
Kadang2 otak aku gagal berfungsi dengan baik.
SERIUS
Tapi sebab ada The Times, Pure Vibracion & 24 Caliber
aku jadi teruja...tak kisah pasal pening dan loya
(melompat2 ar ar ar)
Tapi bila diberitahu timing..ohh
Aku mungkin terpaksa duduk diam dan lupakan saja.
Inilah susahnya bila dah duduk di rumah bersama famili
dan dikawal segala pergerakan dan perbuatan.
DUHH~~~(mengeluh panjang)
Mungkin aku perlu curi2 keluar?
*SENYUM LEBAR dan KELIP2 MATA*
p/s : member sehati beronggeng pun dah takde
CAMNE AIH?

Sunday, March 29, 2009

SAY EH OH!

Arggh
Aku tension sekarang
Lagu Teletubbies dok bermain2 dalam kepala aku.
AEP KESS?
Nak tido pon kacau je...
Semua ni gara2 Mirra.
Silakak betul!
(silakak pada lagu tu, bukan pada Mirra)

Dari lagu kartun yang boleh tengok tv dari perut
dan antenna dekat kepala...
Aku lagi rela lagu Barney.
Tapi tak boleh salahkan Mira jugak.
Mungkin sebab 4 adik beradik ni dah semulajadi
banyak influence hidup aku dari kecik lagi.



EARGHH~~
*gila mengarut nihh*

OMAIGOD, TAG!

Tagged by Hadi
Haihh.

Disebabkan aku tengah rajin,
aku buat..HIHI

Here are the rules;
1. Choose at least five pictures which taken
when you was a little boy/girl until now.
2. Describe the pictures.
3. Please tag at least five of your friends.


Tanpa membuang masa lagi, mari kita mulakan:



Umur berapa, aku tak pasti...
Tapi tengoklah seluar merah tu
(macam bini Phua Chu Kang)
Dan baju? kahkahkah
Singlet and nampak pusat you!AUWW

Melihatkan tangga tu,
aku yakin gambar ni disnap
dekat rumah maktok (nenek aku)



Aku agak excited nak masuk tadika
Umur empat tahun dah suruh mak aku daftar
Mak aku cakap tak payah, aku mengamuk sakan
Bukan apa, aku seronok tengok budak2 kat tadika tu
Boleh mewarna, ada buku untuk tulis2...
ISHHH
Bila dah masuk takde la seronok mana pun
DENG!



Yang ini masa student mak aku datang rumah
Aku tak heran bila tetamu datang
Masih sibuk bermain air
Akhirnya kena tangkap dengan kakak2
Ciss potong stim je!
Sibuk nak tocangkan rambut aku
Last2...dah bosan,aku bagi diorang kamera...
suruh diorang snap gambar,

biar jangan kacau rambut aku. UGGH~~
Seriously, aku rimas
bila diperlakukan macam anak patung



AHA!
Tengok la aku...
Sedang cuba merampas cikedis dari abang Luq
Tapi mata pandang kamera
Kira multi tasking la (???)




Ni pose paling entah ape2 aku pernah buat
Terkangkang depan pagar UKM
Dengan sekuntum bunga kertas di tangan
Berseluar kuning...GILA!
Kasut tu aku suka
Tapi seingat aku, aku gunting kasut tu
Sebab aku nak mak belikan kasut baru
KEHKEHKEH


Ok,tu la 5 gambar terpilih
Gambar terkini aku rasa tak perlu kot
Kat MYSPACE & FRIENDSTER berlambak


Hadi,no. 3 tu aku tak nak buat takpe kan?
NGAAA



Saturday, March 28, 2009

M A K A N BUDAK!

Aku kerap berimaginasi bahawa,
suatu hari aku jalan-jalan di dalam hutan
tiba-tiba nampak sebuah rumah besar
yang kelihatan menyelerakan...
pagarnya dibuat dari Choki2
dindingnya dilapisi biskut Chipsmore
beratapkan coklat Cadbury dan Hersheys'.

Kemudian aku ambil dan rasa semua makanan
aku makan dan makan dan makan
sampailah kenyang...
Rehat kejap, kemudian sambung makan balik.
Maklumlah, makan free.

Lepas itu tiba2 aku dengar bunyi pintu dikuak
(JENG JENG JENG)
Keluarlah gergasi,
warnanya hijau,berbulu2 dan berwajah hodoh
yang pasti baunya busuk dan air liur meleleh2.
Matanya merah, perut boyot...arghh
Bila dia bersuara,
aku terpaksa terpaksa tutup hidung dan pekup telinga
(sangat kuat macam petir ok, nafas busuk pulak tu)

GERGASI:
Hoi budak,kau buat apa tu?
Kau makan pagar dan dinding rumah aku ye?
AKU : Eh,encik ni tuan rumah ke?
(muka tak bersalah,ade blurr2 sket)
GERGASI : Yalahh...kau ingat semua ni free ke?
Bayar balik!
AKU : Tapi saya takde duit. Kira sedekah je la.
(muka comel...mata kerdip2)
GERGASI : Tak boleh! Makan budak! WARGHH
AKU : Lariiii


Biasanya imaginasi seperti ini
berlaku di kala aku lapar.

Seriously, aku sangat takut dengan tagline "MAKAN BUDAK"
walaupun ianya dilafazkan oleh manusia biasa...
Contohnya lecturer aku,
bilamana aku blurr masa tutorial dan bertanya,
"Encik,camne nak buat ni? Tak berapa faham la"
Lalu dia akan jawab sambil pandang aku,
"Ini pun tak tahu nak buat ke? Ape la...makan budak!"

Haihh, gila punya lecturer.
Ayat tu selalu diungkap bila aku nak tanya dia.
Sampai la satu tahap, aku jadi betul2 trauma.
Dan aku akan pastikan bertanya macam ni dulu
sebelum ke soalan sebenar
"Encik...encik dah makan ke? Saya ada soalan nak tanya ni"
Bila dia jawab dah makan, baru la aku yakin untuk bertanya.


DUHH!
macam sadis rasanya

Friday, March 27, 2009

MIMPI LAGI

Tidur, mimpi.
Bangun, kelip2 mata.
Tidur balik, mimpi lagi.

LOKASI : Tepi pantai yang indah
MASA : Petang la kot

Angin sepoi2 bahasa,ombak melambung2,pohon melambai2.
Pasir pantai yang lembut.
Hampar kain berpetak dan letak bakul sandwich.
Mood berkelah la kira.
Aku dan membina istana pasir.
Ada yang bermain bola sepak pantai (???)
Ada juga mamat hensem sedang surfing.

Tiba2, angin tak lagi bertiup sepoi2.
Ombak juga tak lagi melambung2.
Angin kencang dan ombak dikira menjunam la.
Ganasss.
Ahh..tsunami kot.
Aku tak sempat lari.
Ombak tarik aku ke tengah pantai.
Tidakkk! Aku tak pandai berenang ok.

Tak semena2...aku rasa ada satu tangan capai aku.
Masukkan aku dalam bakul sandwich tadi.
Aku dengar suara berkata,
"Jangan risau,awak selamat.Nanti pergi mandi ok"

Terus terjaga, terpinga2.
APEKAH?
Dihanyutkan ombak jahat.
Diselamatkan oleh tangan yang wajahnya tak kelihatan.
Diletakkan pula dalam bakul sandwich (gila muat pulak)
Disuruh mandi oleh satu suara tak dikenali.

TETT...TETT (bunyi mesej masuk)
"hey,watpe?tido ke...dh mandi belum?
nak ikut kitorang lepak kat pantai tak ptg ni?"

Eark!
Kebetulan apakah ini?
Fuckin' scary!

Terus capai tuala dan mandi.

Tuesday, March 24, 2009

SORI,TAK ADA MASA...ARNAB2 AKU PERLUKAN PERHATIAN LEBIH

Aku sekarang penternak arnab yang berjaya
Agak sibuk buat masa ini
Jadi kalau blog aku kosong dan semakin tak bermotif,
aku mintak maaf...


Jadi aku hanya mampu tinggalkan korg link2 ni :

http://www.youtube.com/watch?v=-Sk4iSeBiGQ

http://www.youtube.com/watch?v=3gfRUUxx9i0

http://www.youtube.com/watch?v=vfhPpJonBUg



*UGHH...dah lama taip lupa tekan publish*

Sunday, March 22, 2009

SHARING IS LOVING? AKU JARANG AMALKAN KONSEP NI

FUHH FUHH (tarik nafas dan hembus...ulang 27 kali)

Aku baru saja lepas main kejar2 dengan Guli the Gemok
aku makan rojak, dia sibuk nak tumpang sekaki
beli lah sendiri...aku pun kumpul duit ape hari2

seminggu baru dapat beli rojak ni
(gila konon2 macam sengkek je la ni)

Aku tutup grill...tapi dia degil nak tembus jugak
akhirnya dia tersangkut
kepala je lepas, perut tak...
bayangkan makhluk bertelinga panjang dan gemuk,
berwarna perang sedang meronta2
melepaskan diri dari pintu grill...
kelihatan sangat buruk bagi aku
(jap2, bagi aku gelak seminit....KAHKAHKAH)

Haihh..rasa nak lempang laju2
Nasib baik ko binatang, tak boleh buat apa lah kan
So aku tolong lepaskan

Tu laa lain kali jangan sombong dekat aku
Tahu la dah mengawan, dah jadi mak, dah gemok...
Bila nak makanan baru datang dekat aku....wohh
Akhirnya aku culik anak kau (aura jahat)


SIGH~~
hujan turun lagi, petang yang dingin...
aku harap ada pelangi bakal muncul

Saturday, March 21, 2009

MARIAMAH TIJO...SIAPA KENAL?

Aku cuba letak tajuk tu sebagai status dekat YM
Ternyata dapat respon baik punya!
so maknanya ada orang masih kenal Mariamah Tijo
Haii auntie, glamour u haa...I jeles ni!

Nak tahu siapa Mariamah Tijo,
sila tanya mak ayah...nenek pun boleh
Itupun kalau nenek kamu jenis yang dengar radio la...
Nenek aku tak,dia lagi suka menyangkul tanah...
Menyihatkan badan katanya.
Patutlah nenek aku kurus dan aku gemok.
Sebab aku tak cangkul tanah, aku pijak tanah je.
Nenek lagi sorang? Pun tak dengar radio.
Dia ni aktif jugak...suka mengayuh basikal.
Pergi mengurut orang atau sambut orang bersalin.
Sebab tu dia marah bila aku angkut bakul kain letak kat depan.
Takut rahim jatuh katanya...
Lepas dia cakap macam tu aku selalu terpinga2.
Apa kaitan Rahim dengan aku angkat bakul kat depan (perut).
Mak Usu aku akan gelak...aku tak gelak, masih bermuka blurr.
Yalah, Rahim tu nama arwah pakcik aku.
Kenapa aku mesti disalahkan bila dia jatuh?
Satu sumpahan ke kat dia kalau aku angkat bakul kat depan?
Sekarang aku dah besar, aku dah tahu apa rahim yang dimaksudkan.
Kadang2 bila aku buat muka tension kena marah dengan nenek,
Mak Usu cakap balik...
"nenek nak suruh kamu ramping, pinggang macam kerengga...
itu pasal dia suruh kelek bakul kat tepi"
Hak ilahh...

Eh, aku rasa aku dah lari topik!
Bukan ke tadi tengah cakap pasal siapa Mariamah Tijo?
Kalau rasa tak nak dikatakan buang tebiat,
jangan tanya mak, ayah atau nenek.
Google saja.
Kalau anda pemalas tahap ke-317,
sila klik sini
Kalau anda pemalas jugak...
Sila ambil pisau dan kerat nadi anda.


SEKIAN.

ENAM JAHANAM

ARAHAN:


Pergi ke photos folder dalam komputer anda.
Pergi ke folder ke-6.
Pergi ke gambar ke-6.
Letakkan gambar tersebut dalam blog anda,
dan ceritakan serba sedikit tentangnya.


Kejadah?
Tapi takpe disebabkan aku baik hati
dan suka makan taufu-fa aku buat jugak.



Gambar ni adalah signboard (?) bilik aku.
Yups, bilik aka tempat penginapan dekat Uni.
Masa semester 3 tak silap.
Ladybug tu adalah board yang aku reka masa sem 2.
Untuk dapatkan sign2 senior...BLEGH
Disebabkan tak nak membazir aku tampal kat pintu.

Bulu2 tu?
Aku tak jadi pakai untuk buat sayap angel (devil la)
untuk pakai time dinner...so tampal kat pintu jua akhirnya.
Ok la tu...ada guna jugak.
Walaupun kadang2 ada kucing melompat2 nak ambil bulu tu.
Apa punya kucing daaa...

Kenapa ada tiga orang lidi je?
Sebab signboard ni dibuat sebelum penghuni terakhir masuk.
So aku dah malas nak gunting orang lidi baru.
Takut jari luka lagi...HAK HAK

M2004 tu?
nombor ekor...
masih menunggu cabutan


p/s : aku ambil masa 20minit nak post entri ni...
internet memang slow ye hari ni?
HAMPEHS

T I N G

ngaaa....kapla utaks buntu gilak
nak buat design idea tak datang....DENG!
deadline tak lama dahh..WUWU
kepada sape2 yg reti adobe tu...
aku nak mintak tolong la...HUU~~
tolong trace kan effect apekah yang aku pakai
untuk bulatan paling tengah tu?
dah lama gila aku buat..so lupa pulak
PSD format xde save la pulak..haihh kacau! T_T

Friday, March 20, 2009

HELO DUNIA

ok pembetulan
Guli bukan ada dua anak, tapi enam!
diulangi enam

tapi dalam enam2 ekor tu,
yang paling menangkap mata aku...

sekor yang warna hitam,
kat hidung dia je ada setompok warna putih...LOL
so bila dia bernafas akan nampak macam
benda putih bergerak2...KAHKAHKAH
tak tahu nak bagi nama apa...
(Maniam?Linggam?atau mungkin nama artis sikit,Will Smith? )
HAHA

sekor lagi warna dia berbelang,sebijik macam Guli.
cuma Guli perang, dia hitam.
yang ini lagi la la tak tahu nak namakan apa
Guli dah ada, Bola pun dah ada (arwah...ngeng)
Marble ok tak?

yang lain2?
putih dan bermata merah,
macam arnab makmal...
mungkin dinamakan macam ni...
Putih 1
Putih 2
Putih 3
Putih 4


yang pasti bau mereka sangat busuk (BLWEK)
yalahh..duduk dalam lubang dah berapa lama
dah tumbuh bulu pun (arr)
bermakna memang Guli sengaja sorokkan kelahiran mereka
dan jangkaan kami tepat la bahawa Guli pregnant
ciss...si gemok ni!
ingat orang nak culik anak dia ke apa? main sorok2 pulak

aku lupa siapa yang jumpa anak2 dia
tapi untuk dapatkan kesemua 6 ekor tu...
kami terpaksa gali lubang yang saaangat dalam
(adik aku, tak termasuk aku sebenarnya...
aku tak tahan debu...aku jadi tukang tengok je)

yang pasti aku tak payah dengar lagi
adik2 aku gaduh berebut arnab
nahh..amik korang...cukup sorang satu
cute! aku suka...aku suka!
macam hamster...WUWU

gambar? nanti2lah
malas nak tembak depa nihh

kecik2 dh jadi artis....ishh

Thursday, March 19, 2009

JENG JENG JENG

Guli the Gemok,
telah selamat melahirkan dua bayi comel.
Sekarang aku tak lagi ragu2 tentang jantina dia.

Bayangkan mak warna perang2,
tapi anak satu putih satu coklat.

APEKAH???

UJI MINDA

cuba bina perkataan baru daripada ayat ni
"SPOTTY PINK MUSHROOM"


so far, aku dah (baru) dapat 36 patah perkataan
beat me! (see if you can)

perkataan2 yang aku dapat bina,
aku akan update lain kali

Wednesday, March 18, 2009

KAHWIN SANA KAHWIN SINI

Habiskan masa malam
dengan sia2 dan buduh (aku rasa)
...keep crying all nite long!
Apa yang aku sedih sangat pun tak tahulah
Agaknya sebab mak suruh pergi KL
(Rawang to be exact)
Kak Lynn nak kawin mmuah mmuah
bukan aku tak nak pergi ok
Tapi geng sehati berjalan tu takde,
so jadi tak teruja sangat la...haihh
Lepas tu kena naik bas (sumpah tak suka)

Aku taubat mintak hamfunn la nak naik bas
sejak kes air kura2 dan stoking belacan dulu
...Menyeramkan...
Sakit hati ada! Lawak pun ada!
Ngeh ngeh ngeh

Call Kid, nak borak2 la kunun
(lama tak borak haumm)
Aku rasa beliaw merajuk dengan aku la kot.
Since our "last conversation",
aku ada buat ayat menyentap kat dia.
Takde niat ok...aku2 kadang terlepas cakap.
Manusia mana tak buat silap (cliche kan?)
Tapi..ciss mamat ni!
Aku ingat demam2 dia dok rehat la kan...
Tahu2 je dia dok makan kat luar dengan member2.
Lepak mamak la tu (tempat aku tak suka).
Ntah2 meronggeng...kah kah kah gelak gila kuat.
Ergh, kalau dia tahu aku cakap dia meronggeng,
mesti merajuk lagi jantan nihh...warghh
Ok, takpe...sambung surf internet.

Ohh...berbalik kepada kenduri kahwin Kak Lynn
Aku nak pergi, tapi bukan dengan bas!
Taknak bas, taknak bas!
Aku nak mak bagi kereta.
Lagi bagus kalau dia pun pergi jugak.
Ahh...sengaja bagi alasan dia ada lecture Ahad tu.
(kenduri hari Sabtu)
Padahal boleh ganti kelas apa?Uhh benci.

Ah-ha..finally aku jumpa sebab kenapa aku nangis tadi.
Sebab aku geram dan tak puas hati.
Apsal setiap kali ada apa2 event,
dan benda tu memerlukan kami naik bas...
Aku yang kena pergi?
Muka aku muka penumpang bas ke?
Sila rujuk artikel lalu untuk tahu sebab2
kenapa aku menyampah naik bas.
Kalau tak nak pergi pun (tak boleh konon2)
kenapa tak pass kereta tu kat aku?
Ni adalah masalah besar dia..
either tak percaya aku boleh drive jauh
(Dungun-Rawang isn't that far far away, I think)
ataupun masalah dia sayangkan kereta dia
sampai sanggup biarkan anak dia
susah payah naik bas, sakit bontot dan tahan kencing
(korang nak kata aku manja,cengeng pun lantak la...HIHI)



As, for now...
aku masih takde jawapan nak pergi ke tak.
Geng takde, pastu kena naik bas...
Menyiksakan kottt!
So, keputusannya lebih condong ke arah tak nak.

Dan aku tetap dengan egoku.
Bila ditanya "ko nak pergi tak tengok Kak Lynn nanti?"
Aku cuma jawab dua patah "tengoklah nanti"
*BLEGH*


Mala kawin.
Ruby kawin.
Kak Lynn kawin.
Alya comingg soon.
Aku bila?
HARAMMM punya soalan cepu cemas sesak nafas.
Hak tuihh (haha)

ADIK AKU SURUH MASUK RODA IMPIAN...SERIUS ATAU SINIKAL?

burung apa yang tak boleh bela anak?
BURUNG BELATUK

ikan apa paling rock?
IKAN GORENG

kenapa koboi mexico bawak gitar?
TAKKAN NAK BAWAK PIANO, BERAT KOT!
(DENG! salah! aku jawab sama dgn peserta
takkan nak bawak pistol...)

lembu apa yang orang cari?
LEMBU HILANG

gajah terbang dengan apa?
DENGAN BERSUSAH PAYAH
(yang ni pun salah,aku jwb Jumbo Jet...
eh tapi logik ape)

*disedut dari rancangan Ewah2, TV3*


Alkisah, semalam tengok Roda Impian
I love this show...menguji minda tahu?
Semua aku boleh jawab
(rasa macam bijak sgt pulak la...uhh)
Aku berhenti menjawab bila tiba2
Ika cakap...
"hurm, boleh la masuk kalau camtu"

Dia perli kot sebab aku bising sangat...HEHE
Peserta belum jawab lagi, aku dah settlekan
(bangga or blagak?)

Ahh...ok
pedulikan budak kecik mulut banyak tu.
Aku nak siapkan crossword puzzle ni.
psst...psst...bila dah siap,
kalau boleh dapat duit riban2 kan bagus?
(juta-juta lemon laaaagi bagus)



*SIGH~~mata bengkak susah nak celik
macam nak buta camne nak buat crossword Meng?*

Tuesday, March 17, 2009

AH-CHUMMM (sekuat hati)

oh,kuman merebak ek?
ok ok...
aku tutup mulut

bersin, bersin dan bersin
(buat depan Amat bagus nih)
cari panadol tak jumpa
gila nak hantuk kepala kat dinding rasanya
pening hunggek hunggek

aku ada senaman minda untuk korang
sapa2 yang rasa terer math tu...
sila kira!
rekod plg lama tido
(7pm-2am)
bangun jap...
tdo balik
(5am-8am)
breakfast sket...
tido balik
(9am-10am)

bangun on9
tenet slow yang amat
jgn tanye bile aku mandi
haihh

ambik towel
menung lama2 dlm bilik air (sejuk ok)
ok gosok gg, cuci muka
ayarks! terketaq-ketaq aku
menung balik

(aku rasa kalau anak penguin 2 ekor tu tengok,
mesti depa gelak sakan)
pikir nak mandi ke tak
ahh sudah!
aku cuba nak sambung tido balik
dalam posisi fetus
(3pm-7pm)


sebab aku tak larat nak buat dosa hari ni
kalo aku sihat...
aku yakin aku pasti ramai sakit hati (hihi)
jadi doakan aku sembuh
supaya aku boleh sakat orang lagi (nakal?yups)
Tok Dalik! meh sini jampi cheq!!


p/s : biar demam, jiwa masih riang ria
(cuma otak je makin blurr...haha..DENG!)

Monday, March 16, 2009

KERETA KODOK SEBAGAI HANTARAN KAHWIN?

Minat aku terhadap model antik
Volkswagen Beetle, makin menjadi2 lahh!

Aisehh.
Model baru aku x minat sangat

Memang la model baru nampak mewah dan superb (kot)
Tapi aku tetap berkenan (setia?) pada yang lama

Masa aku dekat Uni,
ada mamat sorang tu bawak Beetle warna hijau
Memang the colour is exactly warna hijau kumbang
Seolah2 kumbang gergasi yang ada roda
Kat tengah dia ada dua stripes putih
Pastu dekat cermin depan dia ada tulis "BEETLE"
(gunakan akal anda untuk berimaginasi)
pergh! memang aku terliur!

Tiap kali melintas depan aku...
memang mata aku tak berkelip pandang.
Sampaikan member aku cakap,
" sudahlah Tiya, hang toksah dok berangan la
nak naik kereta kodok tu"
Ok, thanx kawan! HAHA



Kereta ni digunakan dalam filem terbitan Walt Disney,
" The Love Bug ", tahun 1997
(sequel kepada filem yang memaparkan Volkswagen Beetle
yang memiliki karakteristik seperti manusia)

Apa yang cool tentang Volkswagen ni adalah :
(cool pada aku lah...korang aku tak tahu lah)

1- usianya 1963 (gunakan kalkulator dan kira sendiri)
2- auto lock (boleh kunci pintu sendiri tanpa kawalan pengguna)
3- hidupkan lampu sendiri
4- bunyikan hon sendiri
5- pop wheelies
6- bergerak sendiri (tak perlu tunggu kamu hidupkan enjin)
7- membelah badannya kepada dua bahagian bila2 perlu
8- warna coklat (aku suka...aku suka)
9- stripes kat tengah,warna bendera England atau Amerika mungkin
(kalau jadi aku punya, aku tambah la warna kuning kat situ)
10- ada sunscreen kot atas tu (aku nampak mcm ada)


fungsi2 hebat kereta ni adalah fiksyen
kalau ada betul2 aku tak tahulah...
jalan raya pasti huru-hara



p/s : tajuk di atas hanyalah angan2 aku
SEKIAN

THE HOPPERS & AHLI MUZIK


aaa....almost give up nak cari show ni
bukak youtube hari2 tunggu orang upload
dan akhirnya malam ni ada jugak
thanx to kasparovmaster!
bukak website yang rantai art bagi pun x lepas
aku banyak missed dia punya episod
lagipun bila balik ganu ni 8tv tak dapat
DEMM!

kenapa aku suka tengok show ni?
sebab...erm sebab
ada macam2 dalam ni
kalaulah aku boleh join diorang travel
dlm van old skool pulak tu
>>> volkswagen kombi ok
(aku nak kereta kodok satu!)
alahaiii...syoknye

jumpa yuna, jumpa street jumpers
lagu2 yang meng'indie'kan
enjoy the secenery kat kampung
pastu pergi air terjun
the ecsotic, the antique, the vintage
ohh...tak taw nak cakap la


satu benda yg bagus...
diorang x pilih hotel mewah untuk stay
dan juga restoran hi-class untuk makan
here the real journey goes

yang penting ada Gambit dan Bobo
ohh I like both of 'em
BOBO - the hair
GAMBIT - nice to see him in TV again

ahaks..geli!

Sunday, March 15, 2009

PONDOK PONDOK

aku tak tahu kalau aku ada anak...
dan anak aku sepetah ini (bijak tapi nakal)
haihhh pening!
HAHAHA


papehal pun budak ni berani kan? BAGUSS

LU PIKIR LA SENDIRI

mula2 mintak tolong bagi idea
lepas tu mintak tolong translatekan script
lepas tu mintak tolong betulkan mana yang patut
ok, semua aku laksanakan
(since aku pun berminat dengan benda2 ni kan)
tanpa gaji (aku tak mintak pun)

selama seminggu memerah otak
dan berhabis tenaga
pening kapla pun aku tak bagitau
demam...aku gerak jugak
sebab aku tak nak dia kecewa

design backdrop
bagi idea untuk costume
monitor dia day by day
aku buat...tak merungut nihh

nak tukar tajuk pulak
ok, aku sabar ni
takpe...takpe fikirkan tajuk baru

tiba2...
"eh,kakak...rasa macam nak tukar la.
isu Gaza ni macam dah ramai orang pakai.
kita buat yang lain la"

ohh...aku sudah hilang sabar
aku serius bengang
penat tahu tak?
aku diam...lalu terus off9
sekarang pergi mampus kau
kau pergilah mintak tolong orang lain
itu pun kalau ada yang larat nak layan
kalau tak kau hadap la lecturer kau sendiri



BENCI.TAK SUKA.MENYAMPAH
*belajar la menghargai segala
apa yang orang lakukan untuk kamu*

Saturday, March 14, 2009

HAPPY FAMILY DAY!

I love you,
You love me.
We are happy family.
With a great big hug
and a kiss from me to you.
Won't u say u love me too?

HARI MENGANTUK SEDUNIA - TAK SIHAT, MOOD JUGA PISSED OFF

huarghhhh (menguap panjang2)
ngantok betul lah
duhh...aku tertidur dari maghrib
pukul 9 bangun jap,
telan pil sampai habis!
dengar mak bising marahkan abang Luq
aku tak tahu apa hal dan aku malas ambik tahu
pastu sambung tido sebab tak tahan rasa sakit
sampai la aku bangun pukul 10 tepat2

aku tanya Adin
apsal mak bising2 tadi
abah rupanya!
ahh...aku rasa aku nak call abah
aku nak laser dia
tapi aku tak kuasa
perabih air liuq kata orang
tapi sampai masa aku akan bersuara jua

check entri handphone
"9 unread messages"
"2 miscall"
silent mode, inbox full
(aku memang malas nak delete mesej)
nasib korang la
ape pun,aku mintak maaf

delete sent items
tido balik sampai la pukul 12 lebih
gila tak larat la hari ni
buat kerja punya pasal (sambil ym ye tuan puan)
syok tido...tp tak sempat mimpi
tiba2 dapat lagi satu mesej
mesej ke 10 la kan?
aku harus baca!aku harus baca!

check punya check
aku tertangkap satu mesej
"ala sifu tido pulak" dari tok dalik
ohh alamak! kesian dia...
aku lupa aku nak tolong dia lahh

pick up my towel! mandi!
giler xde mood nak mandi walaupun aku suka mandi
aku tak tahu kenapa
tapi aku rasa aku malas nak buat2 apa lahh
yapp...dari siang tadi
malas nak mandi, malas nak makan

siap mandi, makan sikit..tak lalu..ewhh!
on9...try to hit tok dalik
no reply...dia dah tido kot
eiii...bersalahnya rasa...HAK HAK

last2
untuk elakkan rasa bersalah,
aku masuk room aku kacau orang
lantak pi...YEZZA



p/s : bila check balik,
baru perasan banyak kali aku taip pkataan malas
HAHAH

Friday, March 13, 2009

BOLOS SAJA DINDING ITU

malam tadi baru aku sedar
tak semua orang boleh terima cara aku
cara bercakap dan bergurau
yaa...aku kadang2 melampau (gurau kasar)
tapi satu benda aku kurang suka...
carutan dan makian (bukan melucah yadayada)
melainkan seperti perkataan ini,kerap juga dipakai
---demm,fakk,caker,gamfunk,siak---
dulu perkataan ni aku janggal nak sebut
innocent konon2 la...haihh

KECUALI

bila yang berkenaan mencarut dan memaki
barulah aku akan join sama naik...HEHE

berbalik pada kesedaran...
aku tak perasan sikap nakal
dan suka menyakat aku ni
boleh buat orang geram dan tak senang
sampailah ada umat memanggil aku
"betina" dan "babi"
ohh..hati aku tersentuh dan terkedu
(siapa cakap aku tak touching?)
fikir...fikir...apa harus aku balas!

yaa..aku tak kisah kalau orang bergurau
keji,keji dan keji dengan aku
sebab aku juga begitu
tapi aku kisah bila orang panggil aku dengan nama binatang
(babi,beruk,tapir dll)
dan juga panggilan >>>betina,hamjadah,anak haram

lantas...
aku ambil keputusan, redah saja
pedulikan perasaan mereka
tiada manusia tak pernah kencing malam waktu kanak2
(baca tiada manusia sempurna)
dan aku tak dapat nak puaskan hati semua orang


aku post entri ni dalam keadaan agak emosi
(ala2 hati dan terguris barangkali?)
tapi aku tak menangis...jangan risau
sebab aku masih boleh gelak jahat!
HAR HAR HAR

mungkin betul cakap Shark aku x sesuai mencarut (tak manis?)
tapi aku rasa orang yang mencarut harus dicarut balik
Shark,ini adalah teori dua kali lima aku..HIHI



p/s : jap2 nak test mulut2 aku bau longkang tak?
(step : hembus nafas ke tapak tangan)
ahh...masih wangi
maknanya aku masih boleh berkata keji lagi


*diam itu pintar*

Thursday, March 12, 2009

HARI NI BULAN BERWARNA BIRU

kisah ni adalah keindahan yang tak mungkin berulang
dalam hidup aku
bak kata orang putih "once in a blue moon"

Alkisah...
aku bela anak penguin dua ekor
saiz mereka sebesar jari kelingking je (anak ikan puyu lagi besar kot)
aku letak mereka dalam balang kaca jernih bentuk bulat
aku hiaskan balang kaca dengan riben dan renda beropol2...auwww
hari2 aku ajak mereka main salji dalam peti ais
supaya mereka tak rasa terpinggir dan asing di bumi Malaysia
kadang2 aku tumpang main salji sekali
aku pun tak tahu macam mana aku boleh muat masuk peti ais tu
aku nak ke taman seri cahaya ajak mereka main salji tapi jauh...(T_T)

tiba2...(sound effect macam ade suspen sikit....masukkan sendiri)

TRUTT...TRUTT(nokia ringing tone)

229 : helo tiya
AKU : haa...huu?
229 : ko tido ke?
AKU : ...(silent)...
229 : ko tido pukul berapa ni?bla bla bla (aku tak ingat dia ckp apa)
AKU : haa...hurm

yang aku sedar sikit bila 229 sebut macam ni

229: biskut ada lagi tak? lapar ni
AKU : c**!ko ke...(terus terjaga...tapi masih dalam mood mamai)


aku check inbox
mak aihh! 14 unread message!
aku terus tak jadi sambung tidur
mimpi aku tentang penguin bersaiz jari kelingking musnah sama sekali
229 aku labelkan dia sebagai kejam hari ni
aku benci die (aku sayang die)

aku baru je di pertengahan mimpi
bahawa aku sedang membiakkan penguin (menternak ke istilah lagi sesuai?)
dan klimaksnya aku harapkan aku adalah tauke penguin berjaya

tapi dia datang meranapkan satu2nya mimpi indah
ya, mimpi indah setelah sekian lama bermimpikan yang buruk2

BUKAN CINDERELLA JE MENGINAP DEKAT LOTENG

tiga hari lepas aku berus sendiri baju aku tak basuh mesin - aku rasa aku rajin
kelmarin dulu aku bersihkan rumah dan bilik - aku rasa aku agak rajin
semalam aku buat cookies - aku rasa aku rajin jugak
hari ni aku nak bersihkan loteng - aku nak jadi lebih rajin

aku nak cuci lantai bersih2
sapu debu dan habuk
angkat kerusi ngok ngek bawak naik atas
letak meja dan sofa

...dan...

bayangkan kalau aku boleh tarik modem ni naik atas
walahh!
online sambil bersantai!heavennya...

MOTIF??
saja...
aku dah lama tak lepak kat loteng sejak ada kucing bertandang (takut kucing)
dan ada musang tu suka tumpang sekaki

MOTIF SEBENAR
dah lama tak tengok bintang malam2 ditemani langsuir dan pontianak
aku nak suruh depa ajak kuntilanak join sekali lepas ni

MOTIF TAK BERAPA NAK BETUL
aku nak teropong rumah jiran2 aku
zoom rapat2! sangat seronok skodeng jiran tetangga

MOTIF BETUL2 PUNYA
aku nak menikmati panorama keliling,angin sepoi2 x reti bahasa
aku nak mengatasi rasa gayat walaupun loteng tu tak tinggi pun
aku saja tunjuk rajin, exercise sekali



p/s : besok aku nak cuci jamban pulak - aku rasa aku terlebih rajin pulak dahhh

motif aku post entry ni?
xtahu...

SEKIAN

Tuesday, March 10, 2009

WUTS COOKIN'

bukak yahoo - no new mail
bukak myspace - no comments, no message
bukak friendster - no comments, no message

erk...takde orang sayangkan aku ke?
ym pun asyik buat hal je...damn!

akhirnya aku bukak yahoo
type "simple cookies recipes"

yahhs, harus optimistik!
walaupun ym main cak cak dengan aku
walaupun takde e-mail baru
ataupun komen2 dan mesej dari friendster dan myspace
aku tak harus kecewa

aku mahu cuba resepi2 yang aku baru jumpa
jadi ke takkk...kita lihat nanti

Friday, March 6, 2009

KIRA BINTANG DAN TIDUR DI ATAS AWAN

Haihh!
Dah seminggu aku tak lena tidur (tidur 3 jam sehari...believe it or not)
Yahhs...kalau sehari mungkin aku tak gelabah.
Tapi kalau seminggu berlarutan, this gonna make me crazy.
This is what we call "insomniac"

Aku cuba analisis sebabnya:
1::waktu tidur yang tak sekata
(aku memang tidur ikut suka hati,takde waktu yang standard...bila aku rasa ngantuk yang takleh blah...baru aku tido...TING!))

2::pengaruh kafein
(yups, akhir2 ni aku ketagih nescafe yang pekat!not nescafe xtually, tapi Indocafe...
apa pun,kopi tetap kopi)

3::bad dream
(this is such a nightmare I told ya...aku pun tak paham dengan mimpi tu...
tapi selalu sangat berulang2 selama lebih kurang tiga/empat tahun kot...DENG!)


so, now...aku dah dapat rasa aura mengantuk tu datang
tilam dan bantal pun memanggil2
SEKIAN.

MENCARUT BETUL LAH KAU NI!

Bila kita berpesan pada seorang rakan

"jangan bagitau orang lain taw",

benda yang sepatutnya jangan diberitahu orang lain itulah yang orang lain akan tahu.
Damn!!

Tuesday, March 3, 2009

IT'S SO LADYLIKE!

you own:

Hair

[0] straightener

[0] curling iron

[0] mousse

[0] hairspray

[1] gel

[0] other sprays

[0] bobby pins

[1] round barrel brush

[0] blow dryer

[3] mirror

[0] you have dyed your hair

[0] you have or had highlights

Total: 5


Eyes

[1] black eyeliner

[2] other color eyeliner

[1] eye shadow

[1] mascara

[0] fake eyelashes

[1] eyelash curler

[0] eye shimmer

[0] colored contacts

[0] stunna shades

[1]eye makeup remover

Total so far:7


Lips/Teeth

[1] clear lip gloss

[1] red or pink gloss

[1] lip stick

[0] chapstick

[1] lip plumper

[0] electric toothbrush

[0] teeth whitener

[0] lip liner

[0] more than 15 lipglosses

[1] toothpaste

Total so far: 5


Complexion/Overall face

[0] blush

[1] moisturizer

[1] face wash

[0] bronzer

[1] makeup remover

[1] face wipes

[1] powder

[1]cover up

Total so far: 6


Nails

[0] nail polish

[0] filer

[1] nail clipper

[1] nail buffer

[0] cuticle remover

[0] nail hardener

[0] nail brush

[0] Fake nails

[0] nail scissors

Total so far: 2


Overall Total: 25

Monday, March 2, 2009

MAAFKAN AKU...AKU DAH LAMA TAK MAKAN TEMPOYAK

Arip dan Ati makan mi bakso dekat tepi jalan...
Aku terliur (short form tengok sambil telan air liur mungkin?)
"Nak jugak weyh! Nak jugak!"diorang tak respon.
Aku tak puas hati...tau la sedap tapi takkan sampai tak dengar aku panggil.
"Weii...nak jugak mi bakso tu"
Takde respon jugak. Eiiii...diorang ni la kan.
Tiba2 aku perasan...mereka dalam TV...patutla tak jawab.
HUH! Malin Kundang.


Terkesan dengan adegan tersebut, aku google mi bakso.
Dan apa yang aku jumpa adalah ini.



Google mi bakso tapi hasilnya The Padangs...aneh bukan?

SOALAN : Apa kaitan The Padangs dengan mi bakso?
JAWAPAN : Tiada kaitan.
FAKTA : Mi Bakso dari Indonesia dan The Padangs dari Malaysia.
SARANAN : Cuba nikmati mi bakso yang pedas sambil mendengar lagu The Padangs yang emo.
Dan lihat apa hasilnya.


p/s: entri semalam pun cakap pasal makan jugak.
Adakah ini suatu petanda?