Wednesday, August 13, 2008

AKU DAN MAKCIK JOYAH 2

Masih lagi kisah aku bersama makcik Joyah, the hottest lady in HEP.
Hottest bukan sebab dia hot yang cantik dan bergetah fulamak tu...
tap hot suka marah tak tentu hala.

AKU : Assalamualaikum puan. Saya nak serahkan borang pendaftaran penambahan kursus ni.
MAKCIK ESAH : Apa ni?
AKU : (bukan aku dah cakap ke tadi?) Borang penambahan kursus. Saya tak boleh daftar online.
MAKCIK ESAH : Awak ni kan, lain kali cek la dulu baru daftar...kan dah nak kena update data ni.
AKU : Erk (ape kes? dia ni faham tak apa aku cakap tadi?). Masalahnya bukan sebab isi tak betul. Sistem blocking.
MAKCIK JOYAH : Sistem blocking ke awak yang tak si betul2?
AKU : Sistem la,ok...saya dah isi semua dalam borang ni dan dah dapat approve ketua program (masih lagi bersabar dan cuba bersopan)
MAKCIK ESAH : Ahh..apa2 lah awak ni. Malas la saya nak layan. Letak je la borang tu.
AKU : Ok! Malas sudah. Duduk diam2 pandang je la komputer tu. Kalau ada masalah nanti puan tanggung. Bye
MAKCIK ESAH : (tercengang)

Wednesday, August 6, 2008

BILA DI KANANKU ANGEL DAN DI KIRIKU DEVIL

Jenab (bukan nama sebenar) terlalu suka memplagiat hasil kerja orang lain. Waktu aku buat assignment photoghraphy dia kononnya sangat suka tengok gambar2 yang aku snap…(ya, aku taw korang mesti tertanya2…cantik sangat ke aku snap gambar? Ah, diamlah korang)

Sofea (juga bukan nama sebenar) datang kat meja aku. Sila baca dialog di bawah :

SOFEA : Tiya, ko punya photo (baca assignment photoghraphy) dah siap ke?

AKU : Belum…aku tak cuci lagi gambar2 tu.

SOFEA : Erm, bile ko nak hantar pergi cuci ek?

AKU : Besok…aku nak select gambar mana dulu.

SOFEA : Ko taw takkk…

AKU : Xtaw.

SOFEA : Hehe. Ko ni. Jenab kan, kesian dia taw. Dia xdapat banyak gambar pun. Tak banyak tempat dia pergi. Pastu semua copy dia terdelete.

AKU : Oh,yeke? (pura2 tanya…padahal aku dah boleh agak apa yang cuba disampaikan)...So?

SOFEA : Kesian la dia…dah la kena submit by this week. Takde pape pun. So, aku rasa kita bagi la gambar kita kat dia ek?

AKU : ….diam…(wadefak!)

SOFEA : Malam nanti aku suruh dia dating bilik ko ek?

AKU : Tapi aku pun tak banyak gambar la…lagipun encik OJ cakap apa nanti kalaw tengok pics semua sama? Harus deduct mark kang…Ntah, die suruh buat balik. Naya lahh

SOFEA : Ala, takpe la…Kesian dia

AKU : Aku nak pergi toilet jap

Demikianlah perbualan aku dengan sorang manusia yang membantu kawan tanpa menyedari dirinya sebenarnya bodoh dan diperbodohkan.
Ahh, macam aku tak taw lah taktik pemalas si Jenab tu…malas tapi bagi alasan gambar terdelete. Penipu! Penipu! Penipu! Eii, tak suka!


Alkisah di waktu lain.

Aku tengok Jenab sebok salin tampal hasil curiannya dari orang lain. Aku bagitahu Sofea. Sofea sekadar berkata “yeke…” dan tiada lagi respon seterusnya.

Aku nak report kat lecturer… Tapi aku kesian. Kalau kena kat dia ni, ishhh…Kawan la. Tapi kalau tak report, makin gila dia memplagiat! Ya, atas dasar kawan aku jadi serba salah! Sangat celaka kan situasi ini? Aku benci bila aku dalam dilema.

Aku berjalan ke meja Jenab.

AKU : Jenab, dah banyak ek ko dapat? Macam dah nak siap je? Bila ko research?

JENAB : A’ah sikit lagi (dengan bangganya) Maka, dalam keadaan separuh sedar. Kiter (dia suka pakai ganti nama “kiter”…konon macam cool lah…eww,gedik!) tak cari sangat pun… Aku mintak sikit dari Sofea dan Izal (bukan nama sebenar). Pastu aku amik Bedol (jga bukan nama sebenar) punya.

AKU : (dalam hati) Ohh…patutla muka ko nampak rileks je ya! Tak boleh jadi ni.

Jenab masih lagi sedang melakukan proses salin tampal beliaw.

AKU : Erm, nanti aku nak pinjam laptop ko sekejap boleh? Aku lupa bawak kabel la…nak surf internet.

JENAB : Ok

10 minit kemudian.

JENG! JENG! JENG!

Aku update Microsoft Jenab. Walaupun aku tahu Windows yang Jenab pakai adalah Windows pirate punya…(dah dia pun lanun, Windows pun lanun la). Siap lah kau Jenab, skrin kau mesti blink blink punya nanti.

Korang mesti tertanya2 kenapa aku tak delete je assignment tu kan?
Tak boleh! Nanti nampak sangat aku yang delete. Kan aku yang pinjam laptop dia… Smart planner ok.

Ok, research pura2 aku dah siap. Aku masukkan sejenis parasit ke dalam laptop Jenab. Masa ni aku rasa pendrive aku berfungsi. Aku nampak dalam laptop dia ada YM. Aku pun tanya, “Jenab, ko tak on YM ko ke?” Jenab jawab tak. Jenab suruh aku on account dia. Siap bagi ID dan pass. Aku on YM Jenab. Aku ucap terima kasih pada Jenab sebab pinjamkan laptop dia. Aku kemas beg konon2 nak balik.

Keletak keletuk ( bunyi wedges aku)

Aku menapak ke fakulti Arch. Aku bukak laptop dan on YM.
Aku pun suruh kawan aku boot ID Jenab.

8 hari kemudian.

Jenab datang mengadu kat aku laptop dia ada masalah.
Ala, aku malas nak cerita lah. Korang mesti dapat agak ape jadi dengan laptop Jenab kan?
Penamatnya, Jenab hantar laptop dia ke kedai untuk diformat.



Friday, August 1, 2008

FEW MONTHS UPDATE

Don’t worry,buddies...
I will still post plenty of THE.SMILOVE updates on the blog.
And speaking of me, I am 20 today!
Wow. Time goes by as I growing up
Sum people always talks about leaving the age teens...
Now I know how fast time can really fly.

No party neither celebration at all.
Just few of my fwenz came to me n wish " HAPPY BIRTHDAY TIYA"
or "SWEET 20 TIYA"
oh..how sweet

I didn't expect for present too much
Juz for them praying
that I'm always in gud health n best condition
And also a merry merrier life

*GOD BLESS ME* :))

Thursday, July 31, 2008

BAS ROSAK

*30 JULAI*
Aku naik bas nk balik UiTM (bende yg aku plg xsuke)
sakit bontot lah duduk dlm bas lame
Terhenjut-henjut pulak tu...dh macam naik kuda

Sampai je kat stesen bas,aku tgok parking bas Utama masih lg kosong
So,xpe...rilex je aku tunggu
Sempat lg la aku beli air dan jajan nk makan dlm bas nanti
So,xdela aku buat bosan sangat dan mengulangi tabiat yg same setiap kali naik bas

Nak taw ape tabiat yg buruk tu?
Aku tengok orang lain tido terlentok sambil gelak2...HAHAHA
Kadang2 ade yg mumbling dlm tido
Gelap2 pn aku boleh nampak lagi
Aku pun pelik cemane derang buleyh tdo lena dlm bas yg melantun2 tu
Humakk aihh, mimpi ape agaknye

Dah pukul 9.00 bas x sampai lagi...1 jam lewat ni!
Tibe2 aku dapat msg dr Fiza yg berbunyi :
"tiya kat mane? besok kumpul kat foyer kul 7 taw...trip kite 1 grup"
buduhh...aku tkezut gilak!cemane aku buleyh lupe ade trip???

Aku dh panik gile...mule mengomel x tentu pasal kat drebar bas
"apsal x check awal2? apsal xsediakn bas ganti? apsal itu? apsal ini?"
Aku rase mesti die fedap ngan aku
Last2 die wat bodo je..aku yg cam badut bebel sorg2

Akhirnye pukul 9.20 camtu bas pn siap dibaiki...Dammit again
Sah besok sampai lmbt ni
Habisla aku kene marah ngn lecs...
So,sblom kene marah aku text kawan2 dan lecs awal2
kasi taw yg aku dtg lmbt

Tapi kegalawan hati ni mmg xleyh blah la...
So last,aku ttido dgn rase risaw yg teramat
Ohh,sebaek x ngigau!

Monday, June 23, 2008

KENAPA AKU SUKA CORNETTO

Sebab Cornetto lah aku dapat top-up free RM10
Soalannya senang...
"aiskrim cornetto ada 7 perisa.betul/salah?"
Walaupun aku ni jenis tak berapa suka dengan SMS contest (ok.aku suka)
Tapi kerana terkesan dengan kredit yang banyak ketika itu...
Aku type "betul" dan aku hantar ke 36***

20 minutes later

Titt..titt..titt (bunyi SMS)
"tahniah.anda telah memenangi tambah nilai RM10...bla bla bla"

Wawaw!
Sejak dari hari tu setiap kali singgah Petronas Taman Maju,
aku takkan miss beli Cornetto.

Saturday, June 14, 2008

ALI NYAH

ALINYAH?
Aliyah laaa...
tidak aku bukan salah taip

Aku buka myspace.
Nama2 orang pondan semua unik2 dan kreatif.
'reeyna' la, 'kaey-ra' la n whatever.
Aku kagum.
Kagum dengan kebijaksanaan mereka memikirkan nama untuk memikat pondan lain.

Kenape diorg tk ltk je name yg straight-forward?
Mcm 'Ali Nyah'.
Kan sedap didengar, senang ingat.
Tak payah nk glam2 sangat makk....auwww

Thursday, June 5, 2008

j0M g mAkaN kEpCi

tettt...tettt (bunyi sms)
sori enset aku enset cikai...xde mp3 untuk mainkan lagu rihanna bila ada message masuk
(insert theme song umbrella by rihanna - ella,ella,ella...ayy,ayy,ayy)

"Aii wAk...uAtpE?j0M g mAkaN kEpCi!!!??"
reaksi aku bila baca sms ni:
1-wak???wak jorgo?wak sarji?
2-uatpe?aku cuba nak baca dengan betul
3-makan kepci? (aku terpaksa tunjukkan sms ni kepada kawan aku)
oh,KFC rupanya! Tapi,err...macam mana nak makan KFC?
4-tanda seru dan tanda soal pada satu ayat...apa fungsinya?

Aku reply:
"malasla...lgpun puasa"
(sila baca aku nak makan nasik kerabu)

Respon:
"aLAa,joM aRr wAK...iTeR gI duA...sAyE baNjEr..."
reaksi aku seterusnya:
1-wak lagi.DEM!
2-iter gi dua (aku ambik masa 5 minit nak cuba faham "iter" tu apa...)
iter gi dua,iter gi dua...argh!complicatedlah ayat dia ni...jahanam!
3-banjer (aku tunjukkan lagi sms ni kat kawan aku)

Aku reply lagi :
"erm,takpela..nk pegi pasar malam je.pegi la sorang2"

Respon :
"pAsaR mALaM x besh...aLAa,aTut aRr g sENs0RaNg...mEyH aRr iter gi kEPCi...ti sy aMEk wAk kaT kOLeJ...kaYy?
reaksi aku :
1-kau kutuk pasar malam aku?
2-aku tak nak kepci (aku x taip KFC...aku cuba ikut style dia)
3-jadah apa pulak "atut" ni? huwaa
4-wak kali ketiga...HMPHFFSS!


tindakan terakhir : delete nombor beliau dari phonebook setelah mendapati mesej beliau amat mendera mental aku...tertekan!


sekian.
*AKU YANG TAK CUKUP MODEN ATAU DIA YANG TERLALU ADVANCED?*