Monday, January 12, 2009

OBSESI TERLAMPAU

Ramai blogger (istilah Melayunya apa ya?) post entri pasal artis (pelakon?penyanyi?atau selebriti mana2) kesukaan mereka. Aku nak post jugak la. Legenda Reggaeton...



Err...tapi aku nak cerita apa ek?
Lagu? Movement? Latar belakangnya? Sejarahnya?
Ahh...aku tandus idea!

Eh, jap2...aku sebenarnya bercakap tentang siapa?
Baru aku perasan, aku lupa nak bagitaw nama that person.
BOB MARLEY la y'all...Ha? Siapa? Ala, yang nyanyi lagu No Woman No Cry tu la.
Lagu2nya juga banyak feature dalam filem I Am Legend.
Sebab tu aku suka filem ni.
Bob Marley + Will Smith = dua kulit hitam yang menangkap kekaguman aku.


Yahhh...bila bukak topik pasal Bob Marley,
aku teringan beberapa moment yang berkaitan Bob Marley dalam hidup aku.
Mari kita periksa ke luar! (let's check it out)







*MOMENT 1*

Aku mahu jadikan dia icon (klien) untuk final projek part 1 aku. Aku sudah mula terbayangkan 1 bilik yang dipenuhi warna2 hijau, kuning,merah...Dan dihiasi bendera Jamaica pastinya. Sudah tentu ada asthray untuk dia letakkan abu dan puntung rokoknya(aku aplikasikan prinsip praktikaliti, untuk kebersihan dan kekemasan)


Tapi lecturer tak mahu terima proposal aku. Katanya Bob Marley dah mati, dia mahukan orang yang masih hidup, popular (dan kaya-raya). Aku kecewa...lalu akhirnya aku pilih Jimmy Choo (bayangkan aku hentak2 kaki). Dan akhirnya projek aku menjadi sangat hodoh (dibaca buruk) sebab aku takde soul nak buat. Ya, aku tahu yang kenal aku mesti cakap...aku kan minat sepatu tumit tinggi (heels).
Ya, aku tahu Jimmy Choo masih hidup, popular dan kaya-raya. Tapi aku tak minat Jimmy Choo dan dia tak akan bagi aku satu kasut percuma kalau aku design bilik dia.Minat tak sama seperti mahu. Ada beda di situ.


*MOMENT 2*

Aku teringat masa aku pergi satu pesta (read fair). Aku nampak baju Marley yang sangat meyerlah warna hijau,merah dan kuningnya. Aku mahu beli...!aku mahu beli...! Aku belek2 baju tu, aku tilik depan belakang. Tiba2 datang sorang mamat menegur, "Tak sangka ya, ada budak perempuan minat Bob Marley. Awak tahu ke lagu dia? Ke awak pakai baju je semata2?" Kata2 mamat tu buat aku marah dan terus blah.


Tapi bila sampai rumah, aku asyik terbayangkan baju tu. Aku menyesal tak jawab (dibaca respon) mamat tu balik. Kenapa ya aku jadi pasif pada hari tu? Ahh...mungkin sebab mood aku tak berapa baik gara2 mak tak mahu belikan tudung cantik untuk aku. Tapi kalau aku jawab mamat tu, mesti mamat tu terkedu. Atau lagi baik, aku nyanyikan lagu Bob Marley dari awal sampai akhir.
Perlukah?

*MOMENT 3*

Gara2 terlalu taksub dan fanatik dengan agenda Bob Marley ni...Aku sampai mewujudkan satu ID gadis.dreadlock untuk berchatting. Ya, dreadlock...rambut berketak2 yang tak berbasuh (kalau basuh mungkin akan jadi macam iklan syampu tu..."saya nak balik duit saya"). Aku rasa cool bila pakai ID ni...Dan ternyata benar2 cool bila aku masuk room Indonesia, aku menemui sekufu! Sorang mamat reggae yang juga taksub dengan si Marley.


Dia mamat rasta (aku minah biasa)
Rambutnya dreadlock (rambutku x lurus tap tak juga kerinting)
Dia merokok tapi tak hisap marijuana (aku tak merokok dan tak pernah melihat marijuana)
Dia di Indonesia (aku di Malaysia)

Kami berkongsi idea dan minat yang sama.
Tapi masih ada perbezaan bukan?
Aku suka dia dan dia suka aku.
Tapi itu tak bererti kami berjodoh.





Ahh..aku dah melalut.
Akhir kata...*Enjois!*




~°º¤ø„¸Legend¸„ø¤º°¨~


¸„ø¤º°¨Bob Marley``°º¤ø„


¸„ø¤º``°º¤ø„¸„ø¤º¨°º¤ø„

Tuesday, December 23, 2008

SHHH!

Consider the benefits of lowering your voice.
Being too loud can sometimes "kill" yourself.

Too long?
Still don't get it?

OK,here the short one.

SHUT THE FUCK UP,
GO HOME n KILL YOURSELF!

Friday, November 28, 2008

HADAPI DENGAN SENYUMAN

Malam tadi aku tak dapat tidur.
Aku baring…dan termenung…dan berguling ke kiri ke kanan.
Aku terkenangkan masa lampau yang perit, pedih dan menyakitkan.
Aku menangis sampai akhirnya aku sedar bantal aku dah basah.
Bedebah!
Aku mahu padamkan kenangan silam yang sial itu.
Tapi ternyata Tuhan telah menetapkan itu tak mungkin.
Bukan aku menidakkan Qada’ dan Qadarnya.
Cuma aku ternyata2, kenapa harus ada kenangan yang mendukacitakan itu?
Realiti itu pahit, tapi ia hakikat.


Ahh! Aku mahu jadi orang yang optimis.
Aku cuba rekonstruksi minda aku.
Pasti ada yang tersirat di sebalik semua yang terjadi.
Manusia tidak diciptakan untuk menempuh hari2 malang selamanya.
Ya, aku harus senyum dan senyum dan sayangkan diriku.
Aku optimistik!



SEKIAN
Sayap-sayap patah.
Tapi kita masih boleh terbang kalau kita mahu.


BERJIRAN DENGAN BOYFREN?

Kalaulah aku tinggal berjiran dengan boyfriend aku…
Mesti aku akan menyampah tengok muka dia hari2 kan?
Dan akhirnya kami akan putus.

Monday, November 10, 2008

SMS ANTARA BALAK DAN AWEKNYA

BALAK :
Hi syg!dh mkn? i miss u sgt2. bile kite nk kuar dating lg? i miss kt u laa. u tgh watpe skrg? xpe la, i tk nk kaco u. i luv u syg. oh, btw, i nk balik kampung nanti. u doakan i slmt sampai ek.mlm nti i call u.kite super saver.leyy gayut lame2. okay? i luv u syg. miss u tau. bye2.

AWEK : ok


SEKIAN

p/s : entri ini dipetik dari inbox awek yang malas melayan sms balaknya yang asyik bertanya soalan sama dan bercakap perkara membosankan

Wednesday, November 5, 2008

KAMING! KAMING!

Kaming eyh...not kambing...
Welcome to my blog~~

Nothing xtually...juz lame x post
I am a self taught (if there really is such a thing)
I do sketches,drawing,art craft n some sewing
ohh..not to 4get some graphic n tees design
but juz for my own use..hihi

I look forward to hearing from you
and thank you again for dropping by

Thursday, October 16, 2008

NASIB BADAN

I'm in a stressful state.
Dalam Melayunya, aku dlm kondisi tertekan…


And when I’m being stress, abis semua diet aku. Melantak tak hengat donia! Seperti raksasa Gorgon yang rakus. Hari ni je aku dh makan 2 bungkus rojak buah, 1 pinggan nasi dan lauk, 1 burger. Mak datuk perut kapal selam!!!

I'm starting to get restless sleep at night (again) and according to Tikah and Farah, I started to pusing-pusing in my sleep (yet again). Sebab aku panasss lahh… For this, I blame the hot weather. Kipas sudah dipasang pada kelajuan maksimum ye tuan puan. Tak bulehh nk putaq lagi dah naa…Rasa mcm nak duduk dalam peti ais ohhh!

Dan lagi sekali mereka mengomel pasal sikapku yang suka mandi tgh2 mlm. Ya ampun,kalaw tak mandi aku takkan bisa lelap lahh kawan2…wuwu~~ Anyway, ini adalah tanda-tanda otak dan jiwa serta badanku yang tak tenteram. Penat sgt kot…Nasib badannnI've always constantly reminded myself to be thankful. Eventhough ada certain days aku rasa macam loser gila, (bukan macam,tp mmg kdg2 aku sedikit loser) aku selalu akan comfort myself, ada orang lagi loser dari aku. Har har har. Haram jadahhh

Huiii…mane pulak aku blajar cakap ini macam? Sungguh tak sopan