Tuesday, May 19, 2009

REJOICE KE SUNSILK KE...SAMA JE

hush....susah la bila berambut pendek
aku ingat kepala akan jadi makin ringan
aku ingat akan nampak cantik dan muda sikit
(yeke? ewhh)
HEHEHE

tapi satu kebaikan...
rambut cepat kering lepas aku mandi
syampu pun tak payah guna banyak2
LOL

Dodik bersalah!
aku rasa nak botakkan kepala dia
potong rambut aku senget2
kalau lah ada salun yang bagus dekat sini
aku tak perlu susah hati
ERGHH

tak mengapa, raya nanti..
aku yakin aku dah boleh sanggul rambut
buat masa sekarang aku cuma boleh buat
gaya rambut Wondergilrs je...duhh
sabar...sabar

MASIH LAGI OPTIMIS

sedang cuba memulihkan hubungan2 yg retak
sakit dan melukakan, tapi belum berparut
harap2 dapat kembali bersatu

susah bila dekat tapi terasa jauh
susah bila rindu tapi cuba menafikan
susah bila ego menguasai diri

kadang2 kita berharap bahawa
kita sudah melakukan yang terbaik
tapi rupa2nya apa yang kita buat,
disalahertikan...ohh

Monday, May 18, 2009

SAYA MENANG MOTO!

Oh,hatiku gumbira...sangat gumbira
sebab aku dah menang mother's day giveaway
terharu betullah! T_T
ubat demam,yeah!!!

Patutlah bukak2 je laptop,
hati rasa teruja je nak lawat blog anjung kraf...
ada berita baik rupanya

"saya menang moto!"
eh silap...
"saya menang brooch"
SENYUM
SENYUM LAGI
SENYUM LAGI DAN LAGI

ahh...sudahlah tu Tiya

Sunday, May 17, 2009

AUMMM!

aku dah sihat
aku nak makan banyak2
sekarang aku mengidam jus durian belanda
SLURPP!

Friday, May 15, 2009

SPICY ARABIATA + THAI SEAFOOD

Sudah 2 minggu aku makan dan luahkan balik
nisbahnya, 2 kali suap 1 kali muntah
(aku tak nak sebut bulimia, tak...tak...)
sampai akhirnya aku rasa aku tak berdaya
nak bangun dan melakukan kerja

Aku berpendapat, waktu2 demam begini
mungkin kurang sesuai untuk aku makan nasi.
Justeru, aku pada satu malam aku nekad untuk
menghubungi Pizza Hut...hoho
Untuk mengubah seleralah kononnya
Juga sebab aku dah tak berdaya nak memasak

"1 pasta spicy arabiata...1 pizza pan thai seafood
sila tunggu 30 minit"

huh...ok,ok...aku tunggu
tp mak aihh....gila punya lama 30 minit tu
dicampur dengan delivery boy tu yang tersesat
ade la dlm 45 minit
baik aku tido je..lapar pun lapar la
dari tunggu lama2 macam ni

Bila dah sampai...
aku rasa aku tak larat nak habiskan sorang2
jadi aku kejutkan adik2 aku yang dua orang tu...
Aku cuma makan sepotong je dan terus tido
Pasta? Lupakan...tak lalu dah

Besoknya, panaskan balik pasta
Tak sempat makan aku dah terlelap kat sofa dapur
AHAHA...teruk, teruk
Bila bangun aku panaskan lagi sekali
Aku cuba makan, tapi sesuap je
Nampaknya taktik aku cuba nak ubah selera 
tak berjaya jugak
Sia2 saja order pizza...hushh
Sejam lepas tu baru aku berjaya makan sampai habis


Barulah boleh tidur lena malam ini!
^0^

Saturday, May 9, 2009

MENANGLAH! ^o^ (2nd)

HAISHH...
Dah melawat Anjung Kraf,
Terbaca pulak article pasal giveaway dekat blog ni

Disebabkan hadiahnya tak macam dekat site lain
yang aku selalu jumpa (hadiah topup dan duit)
Maka aku rasa macam teruja betul nak join

Silly me, aku agak lambat jumpa benda baik ni...
Tengok2 komen dekat entry tu dah cecah 500++
Gila kau!
Lepas tu komen dia kena tunggu approval pulak tu
Agak2 berapa orang entah sebelum aku 
dalam waiting list tu...hush
Huwaa...kena solat hajat nihh!

Ape pun..
kalau menang memang aku gembira yadayada lah!
Sebab tote bag dia awesome!
Kalau lah mesin jahit aku tak rosak...
Uhh...jeles tengok orang dok menjahit cantik2
T_T

MENANGLAH ! ^0^ (1st)

HUH...hobi di kala bosan >>> melompat2 blog
Jumpa pulak blog Anjung Kraf ni
Tiba2 nampak ada blog giveaway

Pertama kali join blog giveaway ni
Jadi, aku tak menaruh harapan tinggi sangat untuk menang
Cuma yang buat aku tertarik nak join sebab...
"Swarovski crystal brooch" yang cantik tu
Plus...benda tu adalah handmade
Selalunya benda handmade ni adalah rare
Dan jarang ada ulangan...kalau ada pun tak sama
Plus lagi, aku tak pernah pakai brooch berjurai2 ni
Rasa2nya kalau aku menang,dan pakai brooch ni...
Farah E akan gelakkan aku tak..? ermm

Blog ni pun aku suka...
Sebab tuan punya blog (masih belum mengenali beliaw)
ada buat kerja2 mengait yang cun!
Mengait..HUSH
Satu benda yang mak aku pandai tapi tak pernah turunkan ilmu tu
Ohh, kecewa T_T
Tapi takpe, sebab dah jumpa blog baik macam ni...
dia suka kraf, aku suka kraf
Mana tahu aku boleh tuntut ilmu sikit2 kan?
Boleh belajar mengait, decoupage, menjahit...
Hehe


Doakan aku menang, doakan aku menang...
*AMINN*