Thursday, April 2, 2009

SEBAB TU PELANGI ADA TUJUH WARNA

Gila susah nak cari warna-warna
dekat tempat aku bertapa sekarang!
Mungkin aku perlu mula menggunakan
sumber semulajadi untuk mewarnakan lukisan aku...

warna hijau dari rumput
warna coklat dari tanah liat
warna merah dari darah haiwan
(darah sendiri mungkin lagi unik?masterpiece...)
warna kuning dari kuning telur
warna hitam dari arang (charcoal???)


"seni tanpa sempadan,
kreativiti mencipta suatu yang tersendiri"



Mungkin itu yang lecturer aku cuba sampaikan suatu masa dulu di waktu aku minta dia mengajar aku menggunakan oil pastel...
Katanya, "takde span,tisu pun boleh"
Ya...kalau tak mampu nak beli kanvas,
bermakna melukis atas sandwich board pun boleh!
Hasilnya juga berbeda,kelihatan lain dari yang lain.
Memang mengujakan!

Kalau macam tu nampak gayanya
jangka masa untuk aku siapkan satu lukisan
mungkin boleh jadi lebih lama berbanding biasa

Err..perlu tak aku masuk hutan,panjat gunung,rentas lautan...
untuk mencari warna2 baru?




*CYAN,MAGENTA,YELLOW*
*CYAN,MAGENTA,YELLOW*
*CYAN,MAGENTA,YELLOW*

Wednesday, April 1, 2009

KEBODOHAN YANG NYATA PADA AWAL BULAN

nama pun April Fool
so siapa yang sambut tu memang wadefool la
HAKHAK
hari lahir sendiri pun aku jarang sambut
ini kan pula April Fool
(ya, aku memang jarang meraikan sesuatu peristiwa)


Kadang2 masyarakat ni rasa cool sgt
bila boleh sambut hari2 yg dcipta Barat
without they realise yg mereka ni dipermainkan…
Mungkin mentaliti kot,yang suka menerima bulat2 tanpa mengkaji?
ENTAHLAH LABU


Dulu ada kawan yang pernah prank aku sempena April Fool ni
dengan menyorokkan tugasan kuliah aku...
Dah last minit baru dia bagi balik.
Ohh...aku memang murka!
Apa pun…hidup biar smart
“dun make fool of someone else,unless u wanna be call as a fool”

Tuesday, March 31, 2009

ATTACK MODEM

stupid dam dam punya internet
kalau dulu konon2 sebab gempa kat Taiwan,
kali ni pasal apa pulak?
sebab La Nina dan El Nino ke?
jangan cakap alien dari Marikh nak datang serang



HAIHH

Monday, March 30, 2009

CHINATOWN STRIKES BACK



Dewan Kong EE Recreation Club
Ni kat mana siot?
Sepanjang aku duduk Dungun aku tak pernah dengar ini tempat
Tapi bila aku tengok tagline" Chinatown Strikes Back"
aku buat kesimpulan, mungkin di kawasan
penempatan atau sekolah Cina
dekat pasar dan Kuala Dungun

Aku tak suka pergi tempat ramai orang.
Suasana yang ramai orang lalu sana lalu sini langgar bahu,
memang boleh buat aku pening dan loya.
Kadang2 otak aku gagal berfungsi dengan baik.
SERIUS
Tapi sebab ada The Times, Pure Vibracion & 24 Caliber
aku jadi teruja...tak kisah pasal pening dan loya
(melompat2 ar ar ar)
Tapi bila diberitahu timing..ohh
Aku mungkin terpaksa duduk diam dan lupakan saja.
Inilah susahnya bila dah duduk di rumah bersama famili
dan dikawal segala pergerakan dan perbuatan.
DUHH~~~(mengeluh panjang)
Mungkin aku perlu curi2 keluar?
*SENYUM LEBAR dan KELIP2 MATA*
p/s : member sehati beronggeng pun dah takde
CAMNE AIH?

Sunday, March 29, 2009

SAY EH OH!

Arggh
Aku tension sekarang
Lagu Teletubbies dok bermain2 dalam kepala aku.
AEP KESS?
Nak tido pon kacau je...
Semua ni gara2 Mirra.
Silakak betul!
(silakak pada lagu tu, bukan pada Mirra)

Dari lagu kartun yang boleh tengok tv dari perut
dan antenna dekat kepala...
Aku lagi rela lagu Barney.
Tapi tak boleh salahkan Mira jugak.
Mungkin sebab 4 adik beradik ni dah semulajadi
banyak influence hidup aku dari kecik lagi.



EARGHH~~
*gila mengarut nihh*

OMAIGOD, TAG!

Tagged by Hadi
Haihh.

Disebabkan aku tengah rajin,
aku buat..HIHI

Here are the rules;
1. Choose at least five pictures which taken
when you was a little boy/girl until now.
2. Describe the pictures.
3. Please tag at least five of your friends.


Tanpa membuang masa lagi, mari kita mulakan:



Umur berapa, aku tak pasti...
Tapi tengoklah seluar merah tu
(macam bini Phua Chu Kang)
Dan baju? kahkahkah
Singlet and nampak pusat you!AUWW

Melihatkan tangga tu,
aku yakin gambar ni disnap
dekat rumah maktok (nenek aku)



Aku agak excited nak masuk tadika
Umur empat tahun dah suruh mak aku daftar
Mak aku cakap tak payah, aku mengamuk sakan
Bukan apa, aku seronok tengok budak2 kat tadika tu
Boleh mewarna, ada buku untuk tulis2...
ISHHH
Bila dah masuk takde la seronok mana pun
DENG!



Yang ini masa student mak aku datang rumah
Aku tak heran bila tetamu datang
Masih sibuk bermain air
Akhirnya kena tangkap dengan kakak2
Ciss potong stim je!
Sibuk nak tocangkan rambut aku
Last2...dah bosan,aku bagi diorang kamera...
suruh diorang snap gambar,

biar jangan kacau rambut aku. UGGH~~
Seriously, aku rimas
bila diperlakukan macam anak patung



AHA!
Tengok la aku...
Sedang cuba merampas cikedis dari abang Luq
Tapi mata pandang kamera
Kira multi tasking la (???)




Ni pose paling entah ape2 aku pernah buat
Terkangkang depan pagar UKM
Dengan sekuntum bunga kertas di tangan
Berseluar kuning...GILA!
Kasut tu aku suka
Tapi seingat aku, aku gunting kasut tu
Sebab aku nak mak belikan kasut baru
KEHKEHKEH


Ok,tu la 5 gambar terpilih
Gambar terkini aku rasa tak perlu kot
Kat MYSPACE & FRIENDSTER berlambak


Hadi,no. 3 tu aku tak nak buat takpe kan?
NGAAA



Saturday, March 28, 2009

M A K A N BUDAK!

Aku kerap berimaginasi bahawa,
suatu hari aku jalan-jalan di dalam hutan
tiba-tiba nampak sebuah rumah besar
yang kelihatan menyelerakan...
pagarnya dibuat dari Choki2
dindingnya dilapisi biskut Chipsmore
beratapkan coklat Cadbury dan Hersheys'.

Kemudian aku ambil dan rasa semua makanan
aku makan dan makan dan makan
sampailah kenyang...
Rehat kejap, kemudian sambung makan balik.
Maklumlah, makan free.

Lepas itu tiba2 aku dengar bunyi pintu dikuak
(JENG JENG JENG)
Keluarlah gergasi,
warnanya hijau,berbulu2 dan berwajah hodoh
yang pasti baunya busuk dan air liur meleleh2.
Matanya merah, perut boyot...arghh
Bila dia bersuara,
aku terpaksa terpaksa tutup hidung dan pekup telinga
(sangat kuat macam petir ok, nafas busuk pulak tu)

GERGASI:
Hoi budak,kau buat apa tu?
Kau makan pagar dan dinding rumah aku ye?
AKU : Eh,encik ni tuan rumah ke?
(muka tak bersalah,ade blurr2 sket)
GERGASI : Yalahh...kau ingat semua ni free ke?
Bayar balik!
AKU : Tapi saya takde duit. Kira sedekah je la.
(muka comel...mata kerdip2)
GERGASI : Tak boleh! Makan budak! WARGHH
AKU : Lariiii


Biasanya imaginasi seperti ini
berlaku di kala aku lapar.

Seriously, aku sangat takut dengan tagline "MAKAN BUDAK"
walaupun ianya dilafazkan oleh manusia biasa...
Contohnya lecturer aku,
bilamana aku blurr masa tutorial dan bertanya,
"Encik,camne nak buat ni? Tak berapa faham la"
Lalu dia akan jawab sambil pandang aku,
"Ini pun tak tahu nak buat ke? Ape la...makan budak!"

Haihh, gila punya lecturer.
Ayat tu selalu diungkap bila aku nak tanya dia.
Sampai la satu tahap, aku jadi betul2 trauma.
Dan aku akan pastikan bertanya macam ni dulu
sebelum ke soalan sebenar
"Encik...encik dah makan ke? Saya ada soalan nak tanya ni"
Bila dia jawab dah makan, baru la aku yakin untuk bertanya.


DUHH!
macam sadis rasanya