Friday, September 28, 2007

AKU DAN POWER RANGERS

Masa umur aku 8 tahun, cita-cita aku mahu jadi Power Rangers pink nama Kimberly.
Seorang gadis yang manis berambut perang, pandai lawan penjahat, pandai tembak raksasa dan selalu pakai baju kaler pink.

Sampai la satu hari, aku sedar bahawa Power Rangers tu adalah tipu dan khayalan semata-mata sebab dekat baju dia ada zip.
Dan bandaraya Boston tak pernah ada raksasa datang serang musnahkan tiap-tiap minggu.

13 tahun selepas itu, aku bukan seorang gadis yang manis malahan berambut hitam, tak pandai lawan penjahat, tak pernah jumpa raksasa dan tak suka pakai baju pink.
Aku cuma Tiya. Aku sudah tak mahu jadi Kimberly.
Agak-agak Power Rangers pun tak sudi terima aku join diorang kan? T_T

No comments: