Aku sekarang sedang gastrik yang amat teruk dan baru pulang dari klinik.
Doktor bagi aku ubat yang rasa macam ubat gigi tu suruh aku makan.
DOKTOR : Ok ya dik...jaga kesihatan. Makan ikut time. Tidur pun kena cukup ye.
AKU : Ok.
DOKTOR : Nanti pakcik bagi ubat2 ni adik makan ye.
AKU : Pakcik, takde ubat lain ke? Ubat tu rasa macam ubat gigi lah.
DOKTOR : Ubat yang rasa ubat gigi tu lah ubat terbaik untuk sembuhkan gastrik.
AKU : Ok. Terima kasih pakcik (muka ketat sambil melangkah ke kaunter ubat)
Aku rasa Doktor tu tipu. Sebab apabila aku pernah terbaca, bahawa "laughter is the best medicine" dan bukan ubat yang rasa macam ubat gigi. Eiii...
Di kaunter ubat.
TUKANG JAGA KAUNTER : Adik makan ubat ni dua kali sehari sebelum makan ya.
AKU : Akak, ubat ni tak best lah. Rasa ubat gigi.
TUKANG JAGA KAUNTER : ...(tergamam)...tapi doktor suruh adik makan ubat ni kan?
AKU : Hurm, ye lahh...tapi saya nak ubat yang manis (pasrah dan terus berlalu).
Ahhh...aku benci.
Aku pandang plastik berisi ubat2an tersebut.
Aku pergi uptown tapau nasi dengan ulam, ayam goreng dan sambal belacan.
Lepas tu aku order air soya.
p/s : Sambal belacan tak sesuai dimakan sewaktu gastrik tapi aku meneutralkannya dengan air soya.
Amacam?
Dan penghabisannya, aku tak minum pun ubat yang keji tu...aku cuma telan pil yang lagi satu tu je.
Tapi rasanya pun sama...macam ubat gigi jugak! DENG!
SEKIAN
No comments:
Post a Comment