Wednesday, April 16, 2008

Cucu Cicit dan Bakal Cucu Cicit

ok,tajuk di atas tiada kena mengena dengan entri kali ini
sila abaikan...

aku nak dedahkan ape itu CC dan BCC
setiap kali korang nak compose e-mail tu
yang tak taw tu sila baca dan fahami
yang dah taw sila jangan baca entri ini.

CEKIDAUT! (read as check it out)




CC

Cc ialah singkatan kepada Carbon Copy.
Sekiranya korang masukkan alamat email dalam ruangan Cc, salinan email tersebut akan dihantar kepada penerima.
Emel atau nama penerima tersebut akan dipaparkan kepada penerima asal emel iaitu individu yang alamat emelnya diletakkan dalam ruangan Recipient/To

Contohnya, penerima asal emel adalah Dollah tetapi Jenab juga turut menerima satu salinan emel tersebut sekiranya alamat emel Jenab diletakkan dalam ruangan Cc.
Kandungan emel yang diterima oleh Dollah juga terdapat nama Jenab di bahagian Cc.
Dollah boleh nampak dan tahu bahawa selain diri beliaw sendiri, Jenab juga menerima kandungan emel yang sama.

Cc bertujuan memaklumkan progress tetapi tiada tindakan yang perlu diambil oleh penerimanya atau dalam erti kata lain individu itu tidak terlibat secara langsung.






BCC

Bcc pula adalah singkatan kepada Blind Carbon Copy.
Ia digunakan apabila korang mahu menghantar emel kepada penerima utama yang alamat emelnya diletakkan di bahagian Recipient/To tetapi tidak mahu mendedahkan nama atau alamat emel penerima lain.
Di situlah terletaknya kegunaan fungsi Bcc ini di mana ia boleh menyembunyikan alamat emel daripada diketahui oleh penerima lain.
Contohnya, penerima asal emel ialah Dollah namun di ruangan Bcc ada diletakkan alamat emel Pak Ali. Ini bermakna Pak Ali juga menerima emel yang sama tanpa Dollah mengetahuinya.
Fungsi ini sesuai digunakan sekiranya anda ingin menghantar emel kepada penerima berlainan tanpa mereka mengetahui bahawa emel itu dihantar secara pukal.
Di ruangan emel mereka, alamat emel penerima lain yang biasanya diletakkan di dalam ruangan Bcc tidak akan dipaparkan.
SEKIAN
Semoga entri ini membantu korang.

No comments: