Malam tadi aku tak dapat tidur.
Aku baring…dan termenung…dan berguling ke kiri ke kanan.
Aku terkenangkan masa lampau yang perit, pedih dan menyakitkan.
Aku menangis sampai akhirnya aku sedar bantal aku dah basah.
Bedebah!
Aku mahu padamkan kenangan silam yang sial itu.
Tapi ternyata Tuhan telah menetapkan itu tak mungkin.
Bukan aku menidakkan Qada’ dan Qadarnya.
Cuma aku ternyata2, kenapa harus ada kenangan yang mendukacitakan itu?
Realiti itu pahit, tapi ia hakikat.
Ahh! Aku mahu jadi orang yang optimis.
Aku cuba rekonstruksi minda aku.
Pasti ada yang tersirat di sebalik semua yang terjadi.
Manusia tidak diciptakan untuk menempuh hari2 malang selamanya.
Ya, aku harus senyum dan senyum dan sayangkan diriku.
Aku optimistik!
SEKIAN
Sayap-sayap patah.
Tapi kita masih boleh terbang kalau kita mahu.
No comments:
Post a Comment