Dulu kecik2 aku selalu dengar perumpaan ni
" cantik seperti bulan "
Sebab tu aku teringin nak ke bulan
Tapi bila cikgu sains aku tunjukkan rupa bulan yang sebenar...
OHH, berkawah! Ada lubang sana sinilah!
Aku pun terfikir...sepatutnya perumpaan tu jadi macam ni lah kan?
" hodoh seperti bulan "
Eii...jerawat!
Syok kan kalau tengah panjat tangga tu boleh petik bintang?
Aku nak bagi kat tujuh orang:
1- Satu untuk mak
2- Satu untuk adik
3- Satu untuk adik
4- Satu untuk adik (baca sebanyak 7 kali...adik aku ada 7..aku malas taip banyak2)
5- Satu untuk kawan baik aku (rahsia)
6- Satu untuk orang yang aku sayang (rahsia jugak)
7- Satu untuk Bola (err....yang ni bukan spesies orang,tapi aku nak bagi jugak)
1,2,3,4,5,6,7...tapi kalau ikutkan adik aku yang tujuh orang tu...jumlahnya bertambah la kan?
Aku tak bijak math...maafkan aku.
p/s : cuba bayangkan korang tengah petik bintang ada makhluk asing naik kapal angkasa datang sergah " Hah, kau buat apa tu..petik bintang banyak2? "
Errr...aku tak nak bayangkan.
Aku nak tido (aku tido siang)
No comments:
Post a Comment