Monday, April 5, 2010

ISI HATI SAYA ADALAH SURAT INI

I still remember 31st November.
The night that he said he loves me,
and I replied the same.
Since that moments ever,
we shared everything.

Kami bersama tak lama,
beberapa bulan je.
Tapi dalam bulan-bulan itu,
saya tak pernah berhenti tersenyum.
Bila orang bertanya kenapa
saya begitu bangga untuk bercerita,
saya sekadar menjawab
bahawa saya sedang dilamun cinta
dengan seseorang yang membuatkan
hidup saya jadi begitu indah.

Kami berkongsi macam-macam.
Indahnya bagaikan sesuatu
yang sukar digambarkan dengan kata-kata.
Impian,minat dan cita-cita
semuanya bersatu dalam satu rasa.
Waktu itu saya rasakan seperti
saya berada di satu tempat
yang mana hati saya tidak akan terluka.
Saya terlalu gembira,
tidak pernah merasa sakit atau sedih.
Tidak pernah.

Hinggalah satu masa...
Dia melukakan saya,
bukan sepertimana waktu dia berjanji
bahawa dia takkan pernah menyakiti saya.
Waktu itu,saya rasakan dunia saya gelap.
Bulan tak lagi bersinar.
Kecewa,tapi saya harus tetap melangkah.

No comments: