Sunday, May 31, 2009

HAWT? SUPA COOL? WONDERTIYA???

ARR! ARR!

ape benda ko Tiya?
lapar harihari
harihari lapar

uhuk uhuk
bukan mogok, tapi tiada selera
tapi lidah Melayu, masih perlukan nasi

kerana terlalu lapar dan bosan dan sunyi
bercanda di tepi pantai
menyanyi lagu2 pelbagai
tanpa putus setiap saat
hanya berhenti untuk mengambil nafas

duduk diamdiam tengok keliling
bukit tinggi warna hijau
laut luas ada bot banyakbanyak
main balingbaling pasir
kejarkejar ketam

tibatiba ada sepasang kekasih
mahu tumpang dengar suara
alahh, korang! aku bukan saloma :((
baliklah rumah la gini



WOICH!

Saturday, May 30, 2009

MINAH2 SEKALIAN

makan ayam lazat bersama ayam-ayam,
yang perasan diri mereka lazat

bisinglah! jangan gitu!
nanti perut aku susah nak proses ayam lazat tu
ambil salotape dan tutup mulut ayam-ayam perasan
sebelum mereka kena sembelih
dengan bapak-bapak ayam yang menjeling

"aku belah dulu taw korang"
"aku pemalu...jarang menjerit"
"aku tak sosial,tak boleh campur korang"
"bye bye..jangan nakal sangat"

CAMPRO dan DOHC

apa bezanya?
kenapa Proton Exora tak guna Campro?
macam Gen-2 dan Persona...


anyone, explain these to me please...

SUDOKU

TIPS AND ADVICE :

Always use a pencil with an eraser when solving Sudoku puzzles

Ensure accuracy when putting in a number or you'll start a chain of errors

Try not to guess or seek solutions at the back pages. It will tak away the joy and fun of solving Sudoku puzzles

If you get stuck, do not panic. Turn to step-by-step guide and keep a sharp eye on all strategies
described. If that falls, take a coffee break or shower and continue later

Some expert puzzles may take hours to solve





gila!pecah pale otak
macam mana aku boleh sangkut entah?
tapi, ayarks! silap la..beli volume 11
duhh

Thursday, May 28, 2009

PENYAKIT BERJANGKIT...BAHAYA! JANGAN DUDUK DEKAT SANGAT

kedutaan,berek,residen
gudang,jelapang,pasar
kedai senjata,kedai perisai

kurang emas...
latih askar!

sudah terjebak, ouch!
aku sekarang seorang peladang
juga sibuk merekrut tentera-tentera...
memasang impian untuk menjadi raja

mula-mula, berbaik-baik dahulu
dengan diplomat dan bangsawan

kemudian mungkin boleh masuk istana
berkenalan dengan golongan kerabat
penuh protokol dan kemewahan
dalam masa yang sama,
kepentingan rakyat masih diambil kira


penat menjadi ketua kampung sahaja
perlukan perubahan



kadang-kadang,
ada malam-malam (siang)
yang aku bermimpi aku menaiki kuda
dan bertempur sebagai kesatria hebat!

BAGAIMANA?

Cakap salah, tak cakap pun salah
terus aku keliru dan mati akal

Kadang2 keadaan jadi macam suram
bila kita cuba untuk berbaik-baik
tapi pihak sebelah sana menutup pintu...
Bukan itu saja,
terus guna mangga dan rantai
seolah-seolah tidak akan dibuka langsung


Akhirnya aku pergi makan hati cicah tempoyak...
Layan selera sendiri sudahhh

Tuesday, May 26, 2009

I OBJECT, SIR!

kalau kamu dan seseorang (atau sekelompok orang)
berdebat tentang sesuatu perkara
kamu dan dia sama kemukakan hujah dan pendapat
di samping fakta yang tepat lagi sahih...

kebenaran sememangnya berpihak pada kamu
tapi pihak lawan tidak mahu mengaku
kedangkalan mereka...
apa yang kamu lakukan?

berundur, berdiam diri, atau teruskan...
bila mana meneruskan seolah2 kamu mencari gaduh?


aku lebih suka begini :
1-berdiam diri barang sekejap
2-mengatakan kepada pihak lawan :
"suka hati kau..kau dan pendirian kau"
3-ucapkan terima kasih dan doakan dia bahagia
4-senyum
5-angkat kaki dan tinggalkan dia terpinga2

sebab aku rasa cuma dengan cara begini lebih berkesan
sekurang2nya dia akan tersentap
dan merenung jauh akan cara pemikirannya itu
dan juga kelakuannya...
dengan erti kata lain, S I N I K A L
S A R C A R S T I C ???aku tak tahu



memang susah nak ubah pemikiran orang
tapi bila kebenaran di depan mata
terimalah hakikat itu...kan? :)


Monday, May 25, 2009

PROFANITI KARUT

NAMA : Tiya
STATUS : single ready to mingle
JANTINA : masih seorang perempuan
UMUR : 20 going 21...habis lahh
PEKERJAAN : penganggur berhormat
HOBI : membina gua, pasar, dan jelapang
KAWAN2 : arnab dan anak2nya


NOTHING..aku cuma bosan tadi
nak nyanyi suara tak keluar
jus asam jawa please!
madu macam tak berkesan :(

Sunday, May 24, 2009

TENTACLES

ADIK AA : mak squidward
MAK : ape bende tu?
ADIK AA : hurm..tu pun tak tahu
MAK : mak mana tahu...ape tu dik?
ADIK : ala...mak, nanti buatkan krabby patty ek
MAK : aaa...ape bende pulak tu?
ADIK AA : burger dalam Spongebob...mula2 ade satu
pastu dia jadi banyak2....maaaagic!
MAK : macam mane nak buat?mak mana tahu
ADIK AA : tanya la Spongebob
MAK : .....(malas layan ke blurr?)


Ahaha...ape sengal sangat family aku ni?

Saturday, May 23, 2009

I WONDER

macam mana agaknya ye...
kalau dunia ni hanya ada
senyuman, gelak tawa dan kegirangan?


aku andaikan ia dipanggil WONDERLAND
atau HAPPYLAND
suci, murni,indah...
yang penting berwarna-warni, bukan kelam
bukan Disney atau Taman Tema Genting
yang ada tikus telinga besar,
atau kuda pusing2...

cuma dunia yang betul2 dipenuhi
manusia dan hidupan sejati
aku tak mahu kartun...tak realistik


KATA KEJU...C H E E S E
dan hiduplah dengan riang ria

Friday, May 22, 2009

TERAPI TERBAIK

Aku shopaholic?
Ahaha...terma yang kejam untuk mendefinisikan aku
tapi memang betul...terima kasih!

Wednesday, May 20, 2009

OH BULAN, ENGGAN MELAYAN DIRIKU LAGI

novel novel dan novel
sebulan rm20
haha...pokai
belum campur magazine lagi tu

aku nak pergi beli novel...
tapi aku rasa macam segan nak msuk kedai tu dah
sebab last aku pergi,
aku dok mencangkung
sambil nyanyi lagu Yuna
sambil belek2 novel

tak sedar ada mata tengah perhati...
malu I tahu? LOL
so rasanya kena cari kedai lain..ewh
T_T



kalaulah boleh baca novel online
ohh syok!

Tuesday, May 19, 2009

REJOICE KE SUNSILK KE...SAMA JE

hush....susah la bila berambut pendek
aku ingat kepala akan jadi makin ringan
aku ingat akan nampak cantik dan muda sikit
(yeke? ewhh)
HEHEHE

tapi satu kebaikan...
rambut cepat kering lepas aku mandi
syampu pun tak payah guna banyak2
LOL

Dodik bersalah!
aku rasa nak botakkan kepala dia
potong rambut aku senget2
kalau lah ada salun yang bagus dekat sini
aku tak perlu susah hati
ERGHH

tak mengapa, raya nanti..
aku yakin aku dah boleh sanggul rambut
buat masa sekarang aku cuma boleh buat
gaya rambut Wondergilrs je...duhh
sabar...sabar

MASIH LAGI OPTIMIS

sedang cuba memulihkan hubungan2 yg retak
sakit dan melukakan, tapi belum berparut
harap2 dapat kembali bersatu

susah bila dekat tapi terasa jauh
susah bila rindu tapi cuba menafikan
susah bila ego menguasai diri

kadang2 kita berharap bahawa
kita sudah melakukan yang terbaik
tapi rupa2nya apa yang kita buat,
disalahertikan...ohh

Monday, May 18, 2009

SAYA MENANG MOTO!

Oh,hatiku gumbira...sangat gumbira
sebab aku dah menang mother's day giveaway
terharu betullah! T_T
ubat demam,yeah!!!

Patutlah bukak2 je laptop,
hati rasa teruja je nak lawat blog anjung kraf...
ada berita baik rupanya

"saya menang moto!"
eh silap...
"saya menang brooch"
SENYUM
SENYUM LAGI
SENYUM LAGI DAN LAGI

ahh...sudahlah tu Tiya

Sunday, May 17, 2009

AUMMM!

aku dah sihat
aku nak makan banyak2
sekarang aku mengidam jus durian belanda
SLURPP!

Friday, May 15, 2009

SPICY ARABIATA + THAI SEAFOOD

Sudah 2 minggu aku makan dan luahkan balik
nisbahnya, 2 kali suap 1 kali muntah
(aku tak nak sebut bulimia, tak...tak...)
sampai akhirnya aku rasa aku tak berdaya
nak bangun dan melakukan kerja

Aku berpendapat, waktu2 demam begini
mungkin kurang sesuai untuk aku makan nasi.
Justeru, aku pada satu malam aku nekad untuk
menghubungi Pizza Hut...hoho
Untuk mengubah seleralah kononnya
Juga sebab aku dah tak berdaya nak memasak

"1 pasta spicy arabiata...1 pizza pan thai seafood
sila tunggu 30 minit"

huh...ok,ok...aku tunggu
tp mak aihh....gila punya lama 30 minit tu
dicampur dengan delivery boy tu yang tersesat
ade la dlm 45 minit
baik aku tido je..lapar pun lapar la
dari tunggu lama2 macam ni

Bila dah sampai...
aku rasa aku tak larat nak habiskan sorang2
jadi aku kejutkan adik2 aku yang dua orang tu...
Aku cuma makan sepotong je dan terus tido
Pasta? Lupakan...tak lalu dah

Besoknya, panaskan balik pasta
Tak sempat makan aku dah terlelap kat sofa dapur
AHAHA...teruk, teruk
Bila bangun aku panaskan lagi sekali
Aku cuba makan, tapi sesuap je
Nampaknya taktik aku cuba nak ubah selera 
tak berjaya jugak
Sia2 saja order pizza...hushh
Sejam lepas tu baru aku berjaya makan sampai habis


Barulah boleh tidur lena malam ini!
^0^

Saturday, May 9, 2009

MENANGLAH! ^o^ (2nd)

HAISHH...
Dah melawat Anjung Kraf,
Terbaca pulak article pasal giveaway dekat blog ni

Disebabkan hadiahnya tak macam dekat site lain
yang aku selalu jumpa (hadiah topup dan duit)
Maka aku rasa macam teruja betul nak join

Silly me, aku agak lambat jumpa benda baik ni...
Tengok2 komen dekat entry tu dah cecah 500++
Gila kau!
Lepas tu komen dia kena tunggu approval pulak tu
Agak2 berapa orang entah sebelum aku 
dalam waiting list tu...hush
Huwaa...kena solat hajat nihh!

Ape pun..
kalau menang memang aku gembira yadayada lah!
Sebab tote bag dia awesome!
Kalau lah mesin jahit aku tak rosak...
Uhh...jeles tengok orang dok menjahit cantik2
T_T

MENANGLAH ! ^0^ (1st)

HUH...hobi di kala bosan >>> melompat2 blog
Jumpa pulak blog Anjung Kraf ni
Tiba2 nampak ada blog giveaway

Pertama kali join blog giveaway ni
Jadi, aku tak menaruh harapan tinggi sangat untuk menang
Cuma yang buat aku tertarik nak join sebab...
"Swarovski crystal brooch" yang cantik tu
Plus...benda tu adalah handmade
Selalunya benda handmade ni adalah rare
Dan jarang ada ulangan...kalau ada pun tak sama
Plus lagi, aku tak pernah pakai brooch berjurai2 ni
Rasa2nya kalau aku menang,dan pakai brooch ni...
Farah E akan gelakkan aku tak..? ermm

Blog ni pun aku suka...
Sebab tuan punya blog (masih belum mengenali beliaw)
ada buat kerja2 mengait yang cun!
Mengait..HUSH
Satu benda yang mak aku pandai tapi tak pernah turunkan ilmu tu
Ohh, kecewa T_T
Tapi takpe, sebab dah jumpa blog baik macam ni...
dia suka kraf, aku suka kraf
Mana tahu aku boleh tuntut ilmu sikit2 kan?
Boleh belajar mengait, decoupage, menjahit...
Hehe


Doakan aku menang, doakan aku menang...
*AMINN*

Wednesday, May 6, 2009

AKU MAHU TERBANG

Terjumpa seekor anak burung di atas jalanraya
burung apa? burung murai...
burung apa? burung murai...
burung apa? burung murai...

masih tiada berbulu...UPSS (pekop mulut)
eh anak burung, mak kamu mana hah?
badan kecik je, suara kuat betul!
(terasa macam perli diri sendiri)

Oh anak burung...
aku tak tahu la patut buat apa dengan kau
mak kau mana? mak kau mana?
SIGH~~

nak bagi makan apa ek?
dia sejuk ke panas?
dia haus ke?
haihh, menggelabah pulak aku

Addin bongek, bagi makan gula2 gummy
Habis dia berak atas tangan
Padan muka...HAHA

Akhirnya, petang tu aku nekad...
panjat pagar supaya mak burung sedar
dia masih punya anak yang masih perlu dijaga
gayat,gayat...
tapi panjat jugak...DOWH!

Oh mak burung...
nah anak kau aku pulangkan
jagalah baik2, jangan sampai jatuh lagi
nanti susah aku..
kecut perut lah nak memanjat pagar
nasib baik tak masuk longkang tadi
FUHH

_________________________________

Tiba2 aku terfikir...
kalaulah aku seekor burung
warna putih kapas,ada kepak,paruh warna kuning
atas kepala pakai riben warna merah jambu
wah COMEL! ^o^

Monday, May 4, 2009

DANGEROUS AND SWEET

*ALHAMDULILLAH*
Akhirnya, tertunai sudah...
Tak sia2 aku menunggu
Terima kasih kepada insan2 yang banyak memberi dorongan
Sayang kalian!



Friday, May 1, 2009

PULANGKAN !!!

pergi mengambil harta karun bertimbun2 di Perak
juga bertemu teman yang dirindu (wink*)

CHECKLIST :
bajubaju ada
selimut kuning ada
bukubuku berat ada
majalahmajalah bukan porno ada
warnawarna ada
bendabenda mengarut ada
tikar ada
T-square ada
printer ada


tapi...argh!
bantalbantal tiada
kasutkasut tiada
mugcawankole cantik tiada
cat air tiada
bakul dan baldi tiada
board lukisan tiada
sandwich board tiada

HUH! si sengkek...pulangkan harta karunku
hati sedih, penat2 mengumpul kasut..
kau senang2 curi
ohh...tak mengapa, mencuba untuk redha
(adik dan kawan memujuk)
tabahkan hati, tabahkan hati

uhh...tidak!
tak dapat terima keadaan ini!
KASUTTT!!! T_T

*hanya mampu menitiskan air mata*
ya, aku marah dan kecewadan geram...ERGH
laknat kau pencuri sekalian!

WHAT A JOURNEY

28 april - terengganu,pahang dan perak
29 april - perak,rawang,kuala lumpur
30 april - rawang,pahang,terengganu

aku terasa macam aku seorang drebar bas ekspress
apa yang aku lakukan?
memandu dan memandu dan memandu seperti orang gila,
sambil berlumba2 dengan kereta2 berenjin turbo...
juga dihon oleh lori2 minyak apabila cuba memotong
dan juga makan hati melihat kereta BMW apa nama entah
celaka!
dan tidur cuma...
2 jam untuk malam pertama & 4 jam untuk malam kedua

di hampir akhir perjalanan ada sedikit (banyak) tersesat
dan juga cuak di lebuhraya gara2 kedekut mengisi minyak
padahnya kemudian termasuk jalan kampung,
yang entah wujud atau tidak di dalam peta...
akhirnya,
ditegur memandu tersangat laju dan kadang2 mengarut
sebab itu aku beli satu tees yang bertulis
"I LIKE DRIVING" dengan gambar kereta di depan
^0^


*ohh penat...tapi suka!*