Friday, May 15, 2009

SPICY ARABIATA + THAI SEAFOOD

Sudah 2 minggu aku makan dan luahkan balik
nisbahnya, 2 kali suap 1 kali muntah
(aku tak nak sebut bulimia, tak...tak...)
sampai akhirnya aku rasa aku tak berdaya
nak bangun dan melakukan kerja

Aku berpendapat, waktu2 demam begini
mungkin kurang sesuai untuk aku makan nasi.
Justeru, aku pada satu malam aku nekad untuk
menghubungi Pizza Hut...hoho
Untuk mengubah seleralah kononnya
Juga sebab aku dah tak berdaya nak memasak

"1 pasta spicy arabiata...1 pizza pan thai seafood
sila tunggu 30 minit"

huh...ok,ok...aku tunggu
tp mak aihh....gila punya lama 30 minit tu
dicampur dengan delivery boy tu yang tersesat
ade la dlm 45 minit
baik aku tido je..lapar pun lapar la
dari tunggu lama2 macam ni

Bila dah sampai...
aku rasa aku tak larat nak habiskan sorang2
jadi aku kejutkan adik2 aku yang dua orang tu...
Aku cuma makan sepotong je dan terus tido
Pasta? Lupakan...tak lalu dah

Besoknya, panaskan balik pasta
Tak sempat makan aku dah terlelap kat sofa dapur
AHAHA...teruk, teruk
Bila bangun aku panaskan lagi sekali
Aku cuba makan, tapi sesuap je
Nampaknya taktik aku cuba nak ubah selera 
tak berjaya jugak
Sia2 saja order pizza...hushh
Sejam lepas tu baru aku berjaya makan sampai habis


Barulah boleh tidur lena malam ini!
^0^

No comments: