Sunday, June 7, 2009

ISH !

hoi kucing musang!
pergi jauh2
jangan makan arnab aku lagi dah
penat2 aku ternak,
ko senang2 ngapp!
ISH

talam dua muka bak kata che amat
HAHAHA...ape lahh

Wednesday, June 3, 2009

DATIN WANNABE?

janganlah takut2 kan aku
dengan memikirkan masa depan begitu...

woii, woii...
masin mulut woii

LAPAR! NAK MAKAN ITIK!

Lambat betullah malam
kenapa malam?
sebab malam itik-itik tido
siang mereka kuek-kuek...
bunyi bising!
aku mahu karaoke nihh


ITIK 1
suka sapu sampah
"eh, kau jangan lalu sini lah!"
habis nanti bersepah habukhabuk ni
ok, ok... aku terbang

ITIK 2
tiada di rumah
pergi menutut ilmu,
caracara mengurat itik betina

ITIK 3
dulu gedik, tapi kini tidak lagi
dia kena fokus PMR
hari2 dia bawa kawankawan angsanya
datang ulangkaji di rumah

ITIK 4
suka datang terjah aku
dengan soalan pelik2
"chimpanzi tahu buat sambal belacan tak?"
"penguin beranak ke bertelur?"
"arnab kita dah beranak lagi"
otak dia lebih besar dari matanya

ITIK 5 & ITIK 6
suka main rebutrebut remote TV
akhirnya aku rentap
TV ini aku yang punya
korang pergi study
selalunya itik 5 suke rembat mekap aku
itik 5, menangis bila kalah
setelah disudu oleh itik 6

ITIK 7
suka menjerit tak tentu pasal
kadang2 tumpang tido bilik aku
mengendeng choki2 aku


ALAMAK!
mak itik dah balik
nanti dia bising aku tak mandi lagi

___________________________
*JALAN KEDEK2 MASUK BILIK*
bye bye

Tuesday, June 2, 2009

PATAH HATI!!!
HANYA INI YANG SEMPAT DISELAMATKAN

laptop dan kamera...
perlu ke duadua rosak serentak?

kedai komputer bodoh
"maaf la dik...
kami tak berani lah nak bukak"


tolonglah!
aku mintak kamu tolong tengok LCD je
dapat ambil Local D pun cukuplah
selamatkan yang penting dulu
...TOLONGLAHHH...
boleh sawan gini

LAGU, GAMBAR, TUGAS2 KHAS
tolonglah...

mesin jahit pun rosak
weyh...hukhuk
tolonglah, sabotaj ke?
minum kopi BOSS banyak2
nasi? aku dah tak lalu
bilik bsepah gilak
tidur? tidak lena
tabahkan hati, tabahkan hati




ok, aku dah demam terkujat
someone, please push my button
*TERIMA KASIH*


masyarakat Travian
ayuh datang serang kampung aku
hari ni, mahu gempur habis-habisan
biar tentera tak ramai pun...
______________________
AGI IDUP, AGI NGELABAN



Monday, June 1, 2009

PANTAI, PANTAI DAN PANTAI... SANTAI

menyanyi dan melukis dan mewarna
angin sepoi-sepoi bahasa
ombak tak kuat sangat
bukit semakin hijau

jumpa kucing juling
bulu lebat gebugebu
sini, duduk sebelah diam-diam
temankan aku

ok, tangkap gambar
barang sekeping dua
asyik! asyik


ada yang datang dekat
jelingjeling...ehem!
tak, tak... aku bukan orang seni
tak reti main gitar,
nyanyi sukasuka je...
tak reti match warna,
main sebat je


1...2...3...yess!
berjaya juga akhirnya

kanak-kanak lain...
biarkan mereka melompat-lompat
dan berlari puas-puas
jangan bising sangat taw


duhh!
tangga dah rosak, jambatan pun sama
mesti banyak khazanah segar-bugar
sedang membiak dalam hutan tu
sabar...sabar
nanti mesti boleh panjat jugak
GAYAT???ouch!
takpe, redah je

ok, ok...dah senja
ye lah, nak balik lah ni..huu
eh, nak tido sini boleh tak?
"TAK BOLEH! JOM BALIK!"
besok datang lagi...
kan kan kan?
sebab seronok tengok pantai
dah semakin bersih!



yes!yes!ho yea!
berjaya jugak tangkap ketam
JOM BALIK

TAMAN REKREASI & MINI ZOO KEMAMAN, TERENGGANU, MALAYSIA

HAI! hati betul2 teruja
melawat teman-teman lama di zoo
bersama teman-teman lama dari sekolah
tempatnya masih baru, kecik sahaja

MASUK >>> ambil tiket RM5
lepas tu blurr,mahu ke mana?
tak ada peta, bahaya boleh sesat
tak ada renjer atau pengiring...
kalau aku curi seekor memerang,
agak-agak ada yang perasan tak?

JAMBATAN GANTUNG
tergantung, tapi rendah sangat
terima kasih!
ada sampah terselit di celah2 sanasini
bila semua umat manusia mahu bersatu hati
sayangkan alam sekitar? Dude!

TAMAN TEMA AIR
ok, air terjun tinggi
dalam 15 meter, lemaslemas
deepdeep...lowlow
tapi gelongsor tak splash je nampak gaya?

TAMAN ORKID
oklah tu...daun je
masih sesuatu yang bernama orkid
sampai di sini baru jumpa satu tong sampah

DUSUN BUAH-BUAHAN
buah masih belum masak lagi
tapi dah gugur
kalau sanggup makan, kutiplah
percuma saja

TAMAN HERBA
tongkat ali, misai kucing, kacip fatimah
pokok ajaib? celah mana yang ajaib?
penat cari...huwaa lala

SANGKAR BURUNG PELBAGAI
memang pelbagai! yeehaa!
ada burung berambut blonde...
ada burung berwarna seperti penguin...
ada burung pakai mahkota...
marilah tengok

AKUARIUM
sisik arapaima gigas
boleh kira satusatu
raja merah ditemani 2 gundik putih

PLAYGROUND
jumpa keriangan!
spider web, adoii aku memanjat pulak
jongkang jongket...
ada orang risaw dia berat sangat (KAHKAH)
buaian...
ada orang cuak, putus ke? (TAHU PUN KAU)

SMELLY MOMENT-gila busuk tak menahan
LANDAK-bagilah duri tu sebatang dua, kata kawan?
MEMERANG-manja siutt
BERUANG-kelakuan pelik melantun langgar dinding
CENCURUT KE FERET-macam dalam Dora the Explorer
HAIWAN BERPARUH KUNING-itik ke angsa?
KANCIL,eh RUSA...eh KANCIL balik...eh entah la
ULAR SAWA-kecewa tak dapat pegang
BURUNG UNTA-otak lebih kecil dari matanya
GAJAH-manja, tapi nak naik sediakan RM20
KUDA-mereka sudah malas mahu berjalan...cett!

tak ada kawan-kawan baik ini :
HARIMAU, SINGA, KUDA BELANG
ZIRAFAH, UNTA, GORILLA
BABUN BONTOT MERAH
SINGA LAUT

BABI??

pun takde...
"rileks lah bang
jangan brek mngejut camtu
rosak tren ni kang
saya tanya je..."
haha abang tu mesti cuak H1N1
ohh.ohh,ohh


Jumpa seorang pakcik
"berbaloi tak datang sini?"
geleng kepala...
maaf pakcik, saya jujur sangatsangat

sudah mahu pulang
burung tiung ucapkan hye, patutnya bye...
ahaha


sebelum tu, pergi kaunter
"kak, boleh mintak pamphlet tak?"
diam sejenak...
manager bukak laci dan hulurkan
dia punya simpanan rupanya!
ah,takpe aku rembat dulu
kau print lain lah

"kak, ada buku pelawat tak?"
"nak bagi pendapat sikit lah"
diam juga (dalam hati...hah?)
ohh takde la tu

"kak, zoo ni ada website kan?"
manager jawab takde
ok, ok...blah dulu
datang lagi tahun depan jumpa kawan2


*SAYONARA
*


pertanyaan :
09-8597700
http://mpk.terengganu.gov.my