Wednesday, May 6, 2009

AKU MAHU TERBANG

Terjumpa seekor anak burung di atas jalanraya
burung apa? burung murai...
burung apa? burung murai...
burung apa? burung murai...

masih tiada berbulu...UPSS (pekop mulut)
eh anak burung, mak kamu mana hah?
badan kecik je, suara kuat betul!
(terasa macam perli diri sendiri)

Oh anak burung...
aku tak tahu la patut buat apa dengan kau
mak kau mana? mak kau mana?
SIGH~~

nak bagi makan apa ek?
dia sejuk ke panas?
dia haus ke?
haihh, menggelabah pulak aku

Addin bongek, bagi makan gula2 gummy
Habis dia berak atas tangan
Padan muka...HAHA

Akhirnya, petang tu aku nekad...
panjat pagar supaya mak burung sedar
dia masih punya anak yang masih perlu dijaga
gayat,gayat...
tapi panjat jugak...DOWH!

Oh mak burung...
nah anak kau aku pulangkan
jagalah baik2, jangan sampai jatuh lagi
nanti susah aku..
kecut perut lah nak memanjat pagar
nasib baik tak masuk longkang tadi
FUHH

_________________________________

Tiba2 aku terfikir...
kalaulah aku seekor burung
warna putih kapas,ada kepak,paruh warna kuning
atas kepala pakai riben warna merah jambu
wah COMEL! ^o^

Monday, May 4, 2009

DANGEROUS AND SWEET

*ALHAMDULILLAH*
Akhirnya, tertunai sudah...
Tak sia2 aku menunggu
Terima kasih kepada insan2 yang banyak memberi dorongan
Sayang kalian!



Friday, May 1, 2009

PULANGKAN !!!

pergi mengambil harta karun bertimbun2 di Perak
juga bertemu teman yang dirindu (wink*)

CHECKLIST :
bajubaju ada
selimut kuning ada
bukubuku berat ada
majalahmajalah bukan porno ada
warnawarna ada
bendabenda mengarut ada
tikar ada
T-square ada
printer ada


tapi...argh!
bantalbantal tiada
kasutkasut tiada
mugcawankole cantik tiada
cat air tiada
bakul dan baldi tiada
board lukisan tiada
sandwich board tiada

HUH! si sengkek...pulangkan harta karunku
hati sedih, penat2 mengumpul kasut..
kau senang2 curi
ohh...tak mengapa, mencuba untuk redha
(adik dan kawan memujuk)
tabahkan hati, tabahkan hati

uhh...tidak!
tak dapat terima keadaan ini!
KASUTTT!!! T_T

*hanya mampu menitiskan air mata*
ya, aku marah dan kecewadan geram...ERGH
laknat kau pencuri sekalian!

WHAT A JOURNEY

28 april - terengganu,pahang dan perak
29 april - perak,rawang,kuala lumpur
30 april - rawang,pahang,terengganu

aku terasa macam aku seorang drebar bas ekspress
apa yang aku lakukan?
memandu dan memandu dan memandu seperti orang gila,
sambil berlumba2 dengan kereta2 berenjin turbo...
juga dihon oleh lori2 minyak apabila cuba memotong
dan juga makan hati melihat kereta BMW apa nama entah
celaka!
dan tidur cuma...
2 jam untuk malam pertama & 4 jam untuk malam kedua

di hampir akhir perjalanan ada sedikit (banyak) tersesat
dan juga cuak di lebuhraya gara2 kedekut mengisi minyak
padahnya kemudian termasuk jalan kampung,
yang entah wujud atau tidak di dalam peta...
akhirnya,
ditegur memandu tersangat laju dan kadang2 mengarut
sebab itu aku beli satu tees yang bertulis
"I LIKE DRIVING" dengan gambar kereta di depan
^0^


*ohh penat...tapi suka!*

Wednesday, April 15, 2009

SIAPA SIAPA DIA...OH SIAPA

^_^
lagu nostalgia nihh
SIAPA DIA oleh ZAINAB MAJID
____________________________
siapa siapa itu
memandang pada aku
hatiku terharu
teringat kau selalu

siapa siapa itu
yang memandang pada aku
ah hati rasa terharu
bimbang rasa selalu
gelora dalam kalbu

renungan dari matamu
meresap di jiwa aku
pandai kau berlagak
sungguh kau bijak

rasa hatiku tergoda tertawan
bila melihat wajah rupawan

hatiku jiwaku kini tertawan
gembira hati rasa bila bahagia tiba
hidup bersatu kasih berpadu
kekal abadi sehidup semati

rasa hatiku tergoda tertawan
bila melihat wajah rupawan
___________________________________
*menghayati sambil senyum sorang2*
HEHEHE
^_^

Tuesday, April 14, 2009

JAWAB SOALAN TAK NI?

TAG dari mamat yang menghadapi masalah sinus.
Lu saja kan Amat kan?


(Upload picture yang anda gemari dan jawab soklan dibawah)
Kenapa anda suke gambar ini?



sebab aku suka lah...syhh


Bila kali terakhir mkn pizza?
bulan 1 tak silap (lupa sudah)
the yummy home-made pizza


Lagu terakhir yg anda dengar?
Disko di rumah - SAFARI
lagu yang boleh buat orang marah!

Apa yg anda buat selain selesaikan tag ini?
Jahit manik dan labuci
(macam pandai sangat je..hehe)

Selain nama sendiri anda suka dipanggil dgn panggilan apa?
(tak suka sebenarnya)
1. altantunya (harap2 aku tak kena bunuh mcm dia)
2. ayuthiya (ni apa siot? tomyam!)

Tag lagi 5 org
*soalan seterusnya ada kaitan dengan org yg anda tag!
sebelum tu, aku nak bagitahu...
jawapan yang diberi adalah khayalan aku
1. Ed Westwick
2. Dato' Jimmy Choo
3. Rihanna
4. Julia Roberts

5. Datuk Shah Rukh Khan

no 1 pada anda?
Chuck Bass in Gossip Girl
Have a big crush into him
(segan betul aku nak buat pengakuan ni lah)

Org no 3 ada hubungan dgn sape?
Chris Brown...ergh
Rihanna should use her umbrella to keep herself away
from him just like Mary Poppins way

Kata sesuatu berkenaan no 5:
Aku rasa dia tak patut dapat pangkat Datuk...

Bagaimana dgn org no 4?
A talented Hollywood actress with sweet smiling
She's a WOW!
Kalau aku lelaki, aku pasti ngorat dia
Bapak aku nak kawin dengan dia pun aku tak kesah

Siapa org no 2?
shoes, shoes, shoes
Ohh...nice but can't afford it



p/s : Amat. aku tahu ko kecewa dengan orang2 yang aku tag
Tapi biarkan aku tenggelam dalam angan2 ku
Kasi can lahh bro! HAHA

Monday, April 13, 2009

HAI DATUK SHAH RUKH KHAN!

Rasanya sudah lama aku tak menonton cerita hindustan.
Jangan salah faham, aku takde la minat sangat...
Cuma aku kadang2 terleka dengan
lagu2 yang mengasyikkan walaupun tak berapa faham liriknya dan juga tarian berguling2 di atas bukit berumput.
Babak bertukar 4-5 helai baju dalam masa beberapa saat,
juga mengagumkan aku.
Tak dilupakan aksi bergaduh hero sorang lawan sepuluh.

Waktu aku di universiti dulu...semester 5,
roomate aku memang hantu hindustan!
Kiranya masa tu aku tak susah sangat la
nak cari VCD hindustan.
Takde subtitle takpe...dia tolong terjemahkan.
Aihhh rindu pulak nyanyian
"Kiya Kiya...Tiya Tiya...Piya Piya" dia.
Aku harap dia bertunang nanti dia akan pakai sari.
Yang pastinya majlis nikah dia nanti akan ada tarian Hindi.