Rasanya sudah lama aku tak menonton cerita hindustan.
Jangan salah faham, aku takde la minat sangat...
Cuma aku kadang2 terleka dengan
lagu2 yang mengasyikkan walaupun tak berapa faham liriknya dan juga tarian berguling2 di atas bukit berumput.
Babak bertukar 4-5 helai baju dalam masa beberapa saat,
juga mengagumkan aku.
Tak dilupakan aksi bergaduh hero sorang lawan sepuluh.
Waktu aku di universiti dulu...semester 5,
roomate aku memang hantu hindustan!
Kiranya masa tu aku tak susah sangat la
nak cari VCD hindustan.
Takde subtitle takpe...dia tolong terjemahkan.
Aihhh rindu pulak nyanyian
"Kiya Kiya...Tiya Tiya...Piya Piya" dia.
Aku harap dia bertunang nanti dia akan pakai sari.
Yang pastinya majlis nikah dia nanti akan ada tarian Hindi.
No comments:
Post a Comment