Thursday, August 28, 2008

TAPIR BERWARNA HITAM PUTIH, TAHU KAN?

Salah satu perbezaan antara manusia dengan tapir : tapir tak kutuk tapir lain.
Jadi kalau korang tak suka mengutuk dan dikutuk...jadilah tapir.
Jangan jadi orang terkutuk.


Ini adalah benda paling annoying aku pernah dengar: "Yeke? Tak tanya pun...". Aku yakin bila kawan2 korang buat macam ni, korang mesti bengang kan? Walaupun perbuatan ni agak terbiasa (mungkin aku je yang rasa tak biasa), tapi ia masih memberi kesan yang sama kepada orang dewasa seperti aku(read remaja). Bayangkan, tengah seronok berborak tiba2 member cakap "Ada aku tanya?" Pergh! Rasa macam nak sekeyh laju2 (aku suka pakai perkataan laju2 untuk nampakkan action tu real) .

Wattudu? Wattudu? (read what to do)




p/s : Aku tak mahu jadi tapir...aku suka mengutuk dan tak kisah dikutuk?
Kamu mahu?

Wednesday, August 27, 2008

PERHATIAN!


Aku mahukan ini
Tapi tokeii kedai tu cakap...
Aku x boleyh beli dengan daun
^~^

Wednesday, August 13, 2008

AKU DAN MAKCIK JOYAH 2

Masih lagi kisah aku bersama makcik Joyah, the hottest lady in HEP.
Hottest bukan sebab dia hot yang cantik dan bergetah fulamak tu...
tap hot suka marah tak tentu hala.

AKU : Assalamualaikum puan. Saya nak serahkan borang pendaftaran penambahan kursus ni.
MAKCIK ESAH : Apa ni?
AKU : (bukan aku dah cakap ke tadi?) Borang penambahan kursus. Saya tak boleh daftar online.
MAKCIK ESAH : Awak ni kan, lain kali cek la dulu baru daftar...kan dah nak kena update data ni.
AKU : Erk (ape kes? dia ni faham tak apa aku cakap tadi?). Masalahnya bukan sebab isi tak betul. Sistem blocking.
MAKCIK JOYAH : Sistem blocking ke awak yang tak si betul2?
AKU : Sistem la,ok...saya dah isi semua dalam borang ni dan dah dapat approve ketua program (masih lagi bersabar dan cuba bersopan)
MAKCIK ESAH : Ahh..apa2 lah awak ni. Malas la saya nak layan. Letak je la borang tu.
AKU : Ok! Malas sudah. Duduk diam2 pandang je la komputer tu. Kalau ada masalah nanti puan tanggung. Bye
MAKCIK ESAH : (tercengang)

Wednesday, August 6, 2008

BILA DI KANANKU ANGEL DAN DI KIRIKU DEVIL

Jenab (bukan nama sebenar) terlalu suka memplagiat hasil kerja orang lain. Waktu aku buat assignment photoghraphy dia kononnya sangat suka tengok gambar2 yang aku snap…(ya, aku taw korang mesti tertanya2…cantik sangat ke aku snap gambar? Ah, diamlah korang)

Sofea (juga bukan nama sebenar) datang kat meja aku. Sila baca dialog di bawah :

SOFEA : Tiya, ko punya photo (baca assignment photoghraphy) dah siap ke?

AKU : Belum…aku tak cuci lagi gambar2 tu.

SOFEA : Erm, bile ko nak hantar pergi cuci ek?

AKU : Besok…aku nak select gambar mana dulu.

SOFEA : Ko taw takkk…

AKU : Xtaw.

SOFEA : Hehe. Ko ni. Jenab kan, kesian dia taw. Dia xdapat banyak gambar pun. Tak banyak tempat dia pergi. Pastu semua copy dia terdelete.

AKU : Oh,yeke? (pura2 tanya…padahal aku dah boleh agak apa yang cuba disampaikan)...So?

SOFEA : Kesian la dia…dah la kena submit by this week. Takde pape pun. So, aku rasa kita bagi la gambar kita kat dia ek?

AKU : ….diam…(wadefak!)

SOFEA : Malam nanti aku suruh dia dating bilik ko ek?

AKU : Tapi aku pun tak banyak gambar la…lagipun encik OJ cakap apa nanti kalaw tengok pics semua sama? Harus deduct mark kang…Ntah, die suruh buat balik. Naya lahh

SOFEA : Ala, takpe la…Kesian dia

AKU : Aku nak pergi toilet jap

Demikianlah perbualan aku dengan sorang manusia yang membantu kawan tanpa menyedari dirinya sebenarnya bodoh dan diperbodohkan.
Ahh, macam aku tak taw lah taktik pemalas si Jenab tu…malas tapi bagi alasan gambar terdelete. Penipu! Penipu! Penipu! Eii, tak suka!


Alkisah di waktu lain.

Aku tengok Jenab sebok salin tampal hasil curiannya dari orang lain. Aku bagitahu Sofea. Sofea sekadar berkata “yeke…” dan tiada lagi respon seterusnya.

Aku nak report kat lecturer… Tapi aku kesian. Kalau kena kat dia ni, ishhh…Kawan la. Tapi kalau tak report, makin gila dia memplagiat! Ya, atas dasar kawan aku jadi serba salah! Sangat celaka kan situasi ini? Aku benci bila aku dalam dilema.

Aku berjalan ke meja Jenab.

AKU : Jenab, dah banyak ek ko dapat? Macam dah nak siap je? Bila ko research?

JENAB : A’ah sikit lagi (dengan bangganya) Maka, dalam keadaan separuh sedar. Kiter (dia suka pakai ganti nama “kiter”…konon macam cool lah…eww,gedik!) tak cari sangat pun… Aku mintak sikit dari Sofea dan Izal (bukan nama sebenar). Pastu aku amik Bedol (jga bukan nama sebenar) punya.

AKU : (dalam hati) Ohh…patutla muka ko nampak rileks je ya! Tak boleh jadi ni.

Jenab masih lagi sedang melakukan proses salin tampal beliaw.

AKU : Erm, nanti aku nak pinjam laptop ko sekejap boleh? Aku lupa bawak kabel la…nak surf internet.

JENAB : Ok

10 minit kemudian.

JENG! JENG! JENG!

Aku update Microsoft Jenab. Walaupun aku tahu Windows yang Jenab pakai adalah Windows pirate punya…(dah dia pun lanun, Windows pun lanun la). Siap lah kau Jenab, skrin kau mesti blink blink punya nanti.

Korang mesti tertanya2 kenapa aku tak delete je assignment tu kan?
Tak boleh! Nanti nampak sangat aku yang delete. Kan aku yang pinjam laptop dia… Smart planner ok.

Ok, research pura2 aku dah siap. Aku masukkan sejenis parasit ke dalam laptop Jenab. Masa ni aku rasa pendrive aku berfungsi. Aku nampak dalam laptop dia ada YM. Aku pun tanya, “Jenab, ko tak on YM ko ke?” Jenab jawab tak. Jenab suruh aku on account dia. Siap bagi ID dan pass. Aku on YM Jenab. Aku ucap terima kasih pada Jenab sebab pinjamkan laptop dia. Aku kemas beg konon2 nak balik.

Keletak keletuk ( bunyi wedges aku)

Aku menapak ke fakulti Arch. Aku bukak laptop dan on YM.
Aku pun suruh kawan aku boot ID Jenab.

8 hari kemudian.

Jenab datang mengadu kat aku laptop dia ada masalah.
Ala, aku malas nak cerita lah. Korang mesti dapat agak ape jadi dengan laptop Jenab kan?
Penamatnya, Jenab hantar laptop dia ke kedai untuk diformat.



Friday, August 1, 2008

FEW MONTHS UPDATE

Don’t worry,buddies...
I will still post plenty of THE.SMILOVE updates on the blog.
And speaking of me, I am 20 today!
Wow. Time goes by as I growing up
Sum people always talks about leaving the age teens...
Now I know how fast time can really fly.

No party neither celebration at all.
Just few of my fwenz came to me n wish " HAPPY BIRTHDAY TIYA"
or "SWEET 20 TIYA"
oh..how sweet

I didn't expect for present too much
Juz for them praying
that I'm always in gud health n best condition
And also a merry merrier life

*GOD BLESS ME* :))