Jenab (bukan nama sebenar) terlalu suka memplagiat hasil kerja orang lain. Waktu aku buat assignment photoghraphy dia kononnya sangat suka tengok gambar2 yang aku snap…(ya, aku taw korang mesti tertanya2…cantik sangat ke aku snap gambar? Ah, diamlah korang)
Sofea (juga bukan nama sebenar) datang kat meja aku. Sila baca dialog di bawah :
SOFEA : Tiya, ko punya photo (baca assignment photoghraphy) dah siap ke?
AKU : Belum…aku tak cuci lagi gambar2 tu.
SOFEA : Erm, bile ko nak hantar pergi cuci ek?
AKU : Besok…aku nak select gambar mana dulu.
SOFEA : Ko taw takkk…
AKU : Xtaw.
SOFEA : Hehe. Ko ni. Jenab kan, kesian dia taw. Dia xdapat banyak gambar pun. Tak banyak tempat dia pergi. Pastu semua copy dia terdelete.
AKU : Oh,yeke? (pura2 tanya…padahal aku dah boleh agak apa yang cuba disampaikan)...So?
SOFEA : Kesian la dia…dah la kena submit by this week. Takde pape pun. So, aku rasa kita bagi la gambar kita kat dia ek?
AKU : ….diam…(wadefak!)
SOFEA : Malam nanti aku suruh dia dating bilik ko ek?
AKU : Tapi aku pun tak banyak gambar la…lagipun encik OJ cakap apa nanti kalaw tengok pics semua sama? Harus deduct mark kang…Ntah, die suruh buat balik. Naya lahh
SOFEA : Ala, takpe la…Kesian dia
AKU : Aku nak pergi toilet jap
Demikianlah perbualan aku dengan sorang manusia yang membantu kawan tanpa menyedari dirinya sebenarnya bodoh dan diperbodohkan.
Ahh, macam aku tak taw lah taktik pemalas si Jenab tu…malas tapi bagi alasan gambar terdelete. Penipu! Penipu! Penipu! Eii, tak suka!
Alkisah di waktu lain.
Aku tengok Jenab sebok salin tampal hasil curiannya dari orang lain. Aku bagitahu Sofea. Sofea sekadar berkata “yeke…” dan tiada lagi respon seterusnya.
Aku nak report kat lecturer… Tapi aku kesian. Kalau kena kat dia ni, ishhh…Kawan la. Tapi kalau tak report, makin gila dia memplagiat! Ya, atas dasar kawan aku jadi serba salah! Sangat celaka kan situasi ini? Aku benci bila aku dalam dilema.
Aku berjalan ke meja Jenab.
AKU : Jenab, dah banyak ek ko dapat? Macam dah nak siap je? Bila ko research?
JENAB : A’ah sikit lagi (dengan bangganya) Maka, dalam keadaan separuh sedar. Kiter (dia suka pakai ganti nama “kiter”…konon macam cool lah…eww,gedik!) tak cari sangat pun… Aku mintak sikit dari Sofea dan Izal (bukan nama sebenar). Pastu aku amik Bedol (jga bukan nama sebenar) punya.
AKU : (dalam hati) Ohh…patutla muka ko nampak rileks je ya! Tak boleh jadi ni.
Jenab masih lagi sedang melakukan proses salin tampal beliaw.
AKU : Erm, nanti aku nak pinjam laptop ko sekejap boleh? Aku lupa bawak kabel la…nak surf internet.
JENAB : Ok
10 minit kemudian.
JENG! JENG! JENG!
Aku update Microsoft Jenab. Walaupun aku tahu Windows yang Jenab pakai adalah Windows pirate punya…(dah dia pun lanun, Windows pun lanun la). Siap lah kau Jenab, skrin kau mesti blink blink punya nanti.
Korang mesti tertanya2 kenapa aku tak delete je assignment tu kan?
Tak boleh! Nanti nampak sangat aku yang delete. Kan aku yang pinjam laptop dia… Smart planner ok.
Ok, research pura2 aku dah siap. Aku masukkan sejenis parasit ke dalam laptop Jenab. Masa ni aku rasa pendrive aku berfungsi. Aku nampak dalam laptop dia ada YM. Aku pun tanya, “Jenab, ko tak on YM ko ke?” Jenab jawab tak. Jenab suruh aku on account dia. Siap bagi ID dan pass. Aku on YM Jenab. Aku ucap terima kasih pada Jenab sebab pinjamkan laptop dia. Aku kemas beg konon2 nak balik.
Keletak keletuk ( bunyi wedges aku)
Aku menapak ke fakulti Arch. Aku bukak laptop dan on YM.
Aku pun suruh kawan aku boot ID Jenab.
8 hari kemudian.
Jenab datang mengadu kat aku laptop dia ada masalah.
Ala, aku malas nak cerita lah. Korang mesti dapat agak ape jadi dengan laptop Jenab kan?
Penamatnya, Jenab hantar laptop dia ke kedai untuk diformat.
No comments:
Post a Comment