Minggu lalu, roomate aku semua balik kampung.Tinggallah aku kat bilik sorang2. Bila aku berseorangan, aku tak suka lepak di bilik je jadi aku buat keputusan untuk berjalan2 di Ipoh. Tanpa teman? Ya, tanpa teman... Sebab kadang2 aku suka jadi lone ranger.
Aku harus memandu ke Ipoh sendirian.
Ambil kunci kereta dari Mat Yoe - SUDAH
Isi minyak kereta - SUDAH
Topup henset RM10 - SUDAH
Beli Gardenia Coklat dan Soy Rich - SUDAH
Setelah bersedia, aku mulakan perjalanan. Hari pun tampak cerah ketika itu. Hari yang baik untuk berjalan, aku fikir. Dan kalaw tersesat (baca terlupa jalan) pun masih tiada masalah. Macam yang korang taw,dan buat yang tak taw... Aku memang tak ingat jalan (banyak lagi benda aku nak ingat ok). Alangkah bagusnya kalau kancil ni ada GPS....Haihhh
Pada awal perjalanan, semuanya berjalan lancar. Aku menyanyi-nyanyi dengan penuh perasaan sambil memandu seperti biasa. Siap pejam-pejam mata dan menggoyang-goyangkan badan ke kiri ke kanan sambil stereng tidak dilepaskan.
*starting yang smootn and steady bukan?*
Aku dah sampai Ipoh!
Tapi eark...!!!Aku lupa which road I should to take kalaw nak ke JJ?
Bukan ke sebelum ni aku pergi Ipoh akan ada kawan yang temankan?
"Tak mengapa", aku fikir untuk yakinkan diri, "signboard kan ada...takkan sesat punya,asalkan tak hujan.'
Sejurus selepas keyakinan aku terbina, hujan turun. Tapi rintik2.
Ohh...aku sudah mula benci dengan keadaan ini.
Tapi aku masih lagi bertenang. Cuba mencari Initial JJ yang besar dan tinggi tu.
20 minit.
Aku sedar aku betul2 sesat kali ni bila aku dah tiga kali melepasi kawasan istana.
Demit!
Aku cuba call kawan aku. Dia sarankan aku masuk highway dan belok kiri.
Pergh! Terus aku nampak JJ!
Sangat celaka (aku menyumpah2 dalam hati)...kenapa lahh aku tak tanya dia awal2?
Aku masuk JJ...
Aku beli magazine, aku beli T-Shirt, dan singgah Watson beli apa yang patut. Aku tak beli kasut macam yang aku selalu buat bila keluar shopping. Mood aku spoil gara2 sesat lama tadi dan tak ada member. Turun bawah aku beli buah2 dan keropok. Destinasi terakhir aku Famous Amos dan McD.
Aku bergerak ke parking area. Masih lagi hujan...tapi aku nak balik. Ahh, pedulikan sebab pukul tujuh aku harus naik bas pulang ke kampung.
Memandu. Aku pandang jam di dashboard. Ada 1 jam nak sampai UiTM. Sempat lagi. Sampai di area Papan/Pusing (aku lupa)...ada accident. Jalan jammed dan aku tersangkut di situ 5 minit. Ah,kacauuuu! Aku pulak nak terkencing. Aku singgah Petronas. Siap kencing, aku berlari2 masuk kereta balik. Aku perasan sorang brader tu tengok je aku lari2 padahal kereta dekat je kot dengan toilet tu. Ahh,pedulikan dia jugak!
Aku tengok masa dah tinggal 25 minit. Duhh,sempat ke ni? Aku tak mahu speed dah. Gara2 accident tadi buat aku insaf sekejap. Aku tak boleh laju2 dalam cuaca hujan dan jalan licin macam ni....Dari kelajuan asal 120km/j, aku hanya mampu memandu selaju (seperlahan) 50km/j. Aku semakin risau kot2 aku tak sempat nak naik bas.
Jam 6.30 petang.
Aku dah melepasi UTP. Yahh,ini bermakna aku sempat kejar bas. Perlahan2 bibirku mengukir senyum.
Sikitttt lagi nak sampai traffic light Taman Maju kereta aku semakin perlahan(aku tekankan sikit tu sebab lagi 10 tapak je anggarannya kalau korang jalan kaki). Aku tekan minyak. Meter tak naik jugak. Aku check gear...tak gear tiga, bukan free gear. Aku pandang meter minyak. E? Sah, minyak habis! Eh, tapi bukan ke aku dah isi RM20 tadi? Sudahh! Bas kat belakang dah hon2. Celaka! Kau undurlah sikit...pastu tukar lorong. Gara2 panik, aku langsung lupa dan tak jumpa mana letaknya hazard lamp.
Aku call Mat Yoe. tapi si pemalas tu cakap kejap lagi dia sampai. Aku hilang punca. Apa aku nak buat ni? Kalau aku tolak kereta, siapa yang nak kawal stereng? Tak ada siapa2 pulak kat tepi tu yang aku nak mintak tolong? Drebar lain??? Huh, pergi mampus.
Tiba2...tok, tok, tok (cermin keretaku diketuk)
Aku bukak tingkap.
LELAKI 1 : Apehal ni dik?
AKU : Tak tahu la bang...kereta tak nak hidup la. Minyak habis ke?
LELAKI 1 : Apsal tak hidupkan lampu?
AKU : Emm...arr...lampu hazard mane ek? Tak jumpa la bang.
LELAKI : Ni apa dik? (dia hidupkan lampu).
AKU : ...senyum je....(malu gilak!)
LELAKI 1 : Dah, adik control stereng, kitorang tolak.
Alkisah, mamat2 tu tolak la kereta aku ke tepi. Aku bagi duit suruh belikan minyak.
LELAKI 1 : Adik dari mana nak ke mana ni?
AKU : Dari UiTM, pergi Ipoh, pastu nak balik UiTM la ni.
LELAKI 1 : Wow! Bawak kete sorang2 pergi Ipoh? Macam mana minyak boleh habis? Isi berapa tadi?
AKU : Isi RM20...ntah la selalu cukup je (aku jawab macam tu sebab aku sendiri tak pasti macam mana minyak boleh habis)
LELAKI 1 : ...terdiam...
AKU : ...diam jugak... (tiba2 baru aku teringat...kan tadi aku sesat,so patutnya aku refill la minyak!)
Tiba2 LELAKI 2 datang
LELAKI 2 : Adik tau tak minyak naik harga sekarang? Mana cukup dik 20 ringgit.
AKU : Tu laaa...lupa lahh (senyum, buat muka tak bersalah)
LELAKI 2 : Adik ni nape kuar sorang2? Tak takut ke?
AKU : Tak...bosan la. So, kuarla jalan2.
LELAKI 2 : Hmm...nasib baik ada abang2 ni boleh tolong.
AKU : Thanx. Korang ni dari UTP kan? Aku nampak LELAKI 1 pakai baju UTP
LELAKI 2 : A'ah.
LELAKI 1 : Tak.
Gulp...dua2 pandang sesama sendiri. Aku makin blurr. Ah, lantak koranglah.
Mana mamat dua orang tadi? Lama betol beli minyak!
(aku langsung lupa aku sepatutnya nak naik bass time tu ok)
LELAKI 2 : Adik dah lama ke duduk kat UiTM tu?
AKU : 2 tahun.
LELAKI 2 : o0o...ambik course apa?
AKU : Interior Design.
LELAKI 2 : Wahhh...hebat! Asal mana ek?
AKU : erm...(dah mula bosan...segan pun ada sebab kawan2 dia yang lain dah ehem ehem ok.WTF)
Akhirnya! Belum sempat aku jawab soalan mamat yang beli minyak tu datang. Fuhh, lega.
Kawan kau belikan minyak, kau sebok nak jual minyak. Aku bersyukur (masih lagi lupa pasal bas yang aku patut naik)
Tangki minyak dah terisi. Aku ucap terima kasih dan terus blah.
Kalau korang rasa itu malang, korang salah. Ada yang lebih malang berlaku pada aku hari itu.
Lagi 5 minit nak sampai pagar UiTM, aku ternampak bas Utama. Ohh, baru aku teringat! Aku panik, aku cuak... Aku sampai dekat pagar UiTM tepat jam 7. Sampai kat pagar, kena soal jawab dengan guard pulak. Akhirnya, aku dengan tegas bagitau "encik, saya nak naik bas ni...dah lambat. Saya masuk nak ambik beg je ni ". Guard tu pun bagitau balik, after 7 tak boleh keluar. Kalau aku nak keluar jugak kena dapat kebenaran bertulis dari RS. Wadefak! Jam dah 7.10. Akhirnya aku ambil keputusan membiarkan tiket bas itu hangus.
Aku naik ke bilik dan terus call Mat Yoe. Mintak permission pulangkan kereta besok.
Besok pagi aku beli breakfast sekaligus beli tiket baru.
Akhirnya aku dapat pulang ke kampung.
SEKIAN
Dari aku yang mengalami kejadian malang 3 kali dalam sehari.
p/s : harus diingat yang meter minyak E bukan bererti ENOUGH dan F bukan bererti FULL
No comments:
Post a Comment