Friday, September 12, 2008

KADANG2 LEPAK CC ADA KEBAIKANNYA

sigh~~
Laptop kena hantar format sebab dah kronik sangat...
Aku dah tak reti nak handle macam mana.
Kena lepak lab la pulak...
Tiba2 aku teringat zaman2 aku lepak CC dulu.


HARI 1.
Bang, satu PC.
Ok, PC no dua.

HAHA 2.
Bang, mintak satu PC.
Satu PC? Kami tak jual PC. Haha.
Lawak...Haha (purak2 ketawa...sengal mamat ni)
Ok, PC no enam.

HARI 3.
Hye. Satu PC bang. Yang belakang2 sikit eh kalau boleh.
Haa...nak tengok blue ek? (muka serius tak senonoh)
A'ah. (aku buat muka wade-eff)
Ok, PC 21.

HARI 4.
Bang, PC satu.
Haa...hari ni nak duduk kat mana pulak?
Mana2 pun tak kisah.
Nahh,PC no 1...dekat sikit ngan abang. Hehe.
(ciss...menyesal aku jawab camtu)

HARI 5.
Satu PC bang.
Aii...hari2 datang sini ni? Buat apa?
Saje...bosan la(padahal sebab takde CC lain yang dekat)
Mak tak marah ke?
Mak yang suruh datang. Haha.
Haha. Hmm, kena buat award pelanggan setia la.
Haha...hari ni last la. Esok dah nak balik rumah.
Laa...nah PC paling belakang. Lepak lama2 sikit. Hari ni abang bagi diskaun sejam.
(bongek! hari last baru nak bagi diskaun)


p/s : nampak tak semakin hari dialog kami semasa berurusan semakin panjang dan berkembang?
Tu lah dikatakan loyal customer should be entertained well.

So siapa kata lepak CC tak bagus?
Dapat meningkatkan skill communication anda...ok ape?
HAHA.



sekian.

No comments: