Sunday, August 26, 2007

KENAPA AKU X SUKA ZAMAN TADIKA DAN SEKOLAH RENDAH?

Hari ini selepas 20 tahun aku adalah...
anak kepada ibu dan ayah saya,
kakak kepada 3 adik lelaki dan 4 adik perempuan,
cucu kepada mak tok dan nenek.
Ya,kedua2 atok aku sudah meninggal dunia...al-Fatihah.

20 tahun yang lalu aku dilahirkan di Hospital Tunku Ampuan Rahimah,Klang.
Jadi aku orang Selangorlah.
Tapi duduk di Selangor tak lama.
Aku tak punya memori untuk dikenang di sana.
Tapi hatiku berazam untuk kembali ke sana, suatu hari nanti.

Kata emak, aku dibawa pindah ke Terengganu waktu umur aku setahun.
Ya, bermakna sudah 19 tahun aku menetap di Terengganu.
Lama tak lama...tapi aku masih merasakan ada kejanggalan dengan negeri ini.

Aku mula bertadika waktu umur aku 4 tahun.
Awal???
Haha...tu semua gara2 aku yg memberontak
dan asyik paksa mak aku masukkan aku ke tadika
bersebelahan taska...
Taska di mana mak tinggalkan saban hari waktu dia kerjalah...

Aku ingat setiap tunggu mak datang jemput aku balik,
aku akan main buaian...
Abah tak bagi aku main jongkang-jongket, takut tersepit kaki katanya.
Nak main gelongsor pun tak boleh...
Sebab mak dan abah risau aku jatuh

Di tadika aku sorang yg pendiam
Kenapa???
Sebab aku x pandai ckp ganu
Owh, satu masalah besar...
Aku tak gaham apa yg budak2 tu cakapkan
Korang bayangkan arnab bercakap dgn siput babi lah...
Dua2 x faham sesama sendiri kan?

Perangai pendiam ni terbawa2 sampai ke sekolah rendah
Aku memang tak ramai kawan jugak
Tapi vocab ganu aku dah bertambah sikit2
Cuma masih blurr bila mereka bercakap laju x cukup nafas
Aku x sempat nak pikap dowh

Aku ingat sesi orientasi standard 1...
masa tu abah aku pergi mana ntah
Aku nak pergi toilet pn susah, xtaw kata mana
Waktu tu lah aku rasa dunia ni luas
Sebab aku dh pusing punya pusing still x jumpa toilet
Akhirnya aku tahan je rasa nak kencing tu sampai la balik rumah...Cilakak!
Diorang sepatutnya first day masuk dh bawak kami tour sekolah
Ini tak...hari kedua baru nak bawak ronda2
Huh,x guna...
Aku dah jumpa la toilet tu pagi2 sblom cikgu bawak pergi tour

No comments: