Kalau ditanya kenapa aku malas nak ke bangunan admin...
Jawapannya adalah aku terlalu malas nak menghadap muka sorang kerani (perempuan tua)
yang pada aku pemalas dan cuma tahu nak serang orang melulu tanpa usul periksa.
Seriously aku rasa dia ni makan gaji buta.
Makcik ni aku namakan makcik Joyah (nama ini adalah nama khayalan)
Cuma tahu bermekap tebal dan pakai kasut tumit tinggi yang warnanya sedondon dengan tas tangan dan tudungnya.
Tapi elegannya pakaian dia tak menggambarkan attitudenya semasa bertugas.
Tak percaya? Lihat buktinya...
Aku dapat call dari mak, laptop aku dah kurier. Lalu aku pergi check dekat ofis Jabatan Hal Ehwal Pelajar.
AKU : Assalamualaikum puan. Last few days mak saya ada buat kurier hantar sini. So saya nak check ada sampai tak?
MAKCIK JOYAH : (tak jawab salam pun...muka siyes giler)Eh, apahal awak datang check kat sini? Awak ni dah berapa semester duduk kat sini? Pergi la tanya unit kolej.
AKU : Masalahnya itu kurier laptop. Kan kurier selalu kena ambik dekat sini (sah pompuan ni tak tahu prosedur)
MAKCIK JOYAH : Eh, awak ni kan...pandai2 nak ajar saya pulak. Takde2, awak pergi check dekat unit kolej.
AKU : Ahh...blah! (dalam hati "celaka kau!")
So aku pergi la unit kolej. Check punya check, memang tak ada.
Diorang cakap hanya surat2 biasa yang akan dihantar ke unit kolej.
Bukan barang2 besar!
See, sekarang tengok siapa yang lagi bijak?
Aku balik ke studio dengan rasa bengang.
On the way...
Trutt...trutt(phone ringing)
CALLER : Helo, cik Tiya. Saya dari HEP...boleh datang sini sekarang tak? Ada kurier untuk awak.
AKU : Aik? Tadi saya baru je pergi sana akak tu cakap takde dan suruh check unit kolej.
CALLER : Yeke? Tapi awak kena datang sekarang. Kami tak boleh simpan dan tak bertanggungjawab kalau hilang.
AKU : Saya ada kelas lahh. Tak boleh miss...tak nak skip!
CALLER : Mintak permission lecturer lah cik.
AKU : Yelah, yelah (fakk....nak mintak permission ngan puan singa ni punya lah payah...last2 aku lari ikut pintu belakang...HIHI)
Pejabat HEP
DAMN! Makcik Joyah ni lagi!
AKU : Puan, nak ambik kurier (takde salam dah...terjah je)
MAKCIK JOYAH : Awak ni lagi. Kan saya dah suruh check dekat unit kolej. Awak tak...
AKU : Unit kolej cakap takde ok (die tak sempat habiskan ayat dia...HAHAHA)
MAKCIK JOYAH : Habis tu kenapa awak datang sini? Dah takde, takde lahh.
Tak sampai lagi la tu.
Suasana kecoh sekejap. Sebab aku memang dah hilang sabar.
AKU : Masalahnya saya baru dapat call tadi...cakap ada kurier untuk saya. Yang puan nak marah2 sangat ni apa kes? Saya cari orang yang call saya tadi. Tak payah la sibuk.
MAKCIK JOYAH : Siapa yang call awak? Bila? (tak puas hati lagi tu)
Tiba2 datang sorang kerani lelaki, Amir (bukan nama sebenar).
AMIR : Apahal kecoh2 ni dik?
AKU : Saya nak ambik kurier. Tadi ada orang call suruh datang sini. Makcik ni pulak nak marah2...saya dah datang sini awal2 tadi tapi dia suruh saya pergi check dekat unit kolej...penat2 menapak ke sana...last2 dapat call barang tu ada kat sini pulak...Patutnya semak la dulu dalam rekod, baru cakap (huii...penat taw bercerita)
AMIR : Hurm(geleng kepala). Nama awak?
AKU : A****A H*****H
Amir : Oh,saya yang call awak tadi. Dah la jangan marah2...mari masuk dalam amik barang awak.
Aku pandang makcik Joyah. Dia jeling aku. Huhh...tak kuasa aku.
Korang rasa kan...makcik Joyah ni kat rumah macam mana ek?
Mesti anak2 dan laki dia hari2 kena bebel kan?
Hurmm..kesian.
No comments:
Post a Comment