Thursday, April 2, 2009

SEBAB TU PELANGI ADA TUJUH WARNA

Gila susah nak cari warna-warna
dekat tempat aku bertapa sekarang!
Mungkin aku perlu mula menggunakan
sumber semulajadi untuk mewarnakan lukisan aku...

warna hijau dari rumput
warna coklat dari tanah liat
warna merah dari darah haiwan
(darah sendiri mungkin lagi unik?masterpiece...)
warna kuning dari kuning telur
warna hitam dari arang (charcoal???)


"seni tanpa sempadan,
kreativiti mencipta suatu yang tersendiri"



Mungkin itu yang lecturer aku cuba sampaikan suatu masa dulu di waktu aku minta dia mengajar aku menggunakan oil pastel...
Katanya, "takde span,tisu pun boleh"
Ya...kalau tak mampu nak beli kanvas,
bermakna melukis atas sandwich board pun boleh!
Hasilnya juga berbeda,kelihatan lain dari yang lain.
Memang mengujakan!

Kalau macam tu nampak gayanya
jangka masa untuk aku siapkan satu lukisan
mungkin boleh jadi lebih lama berbanding biasa

Err..perlu tak aku masuk hutan,panjat gunung,rentas lautan...
untuk mencari warna2 baru?




*CYAN,MAGENTA,YELLOW*
*CYAN,MAGENTA,YELLOW*
*CYAN,MAGENTA,YELLOW*

No comments: