Thursday, December 6, 2007

Zaman Sekarang ZAMAN REMPIT-CYBER...anda sedar tak?

2.30 am
Aku tengah layan Enchanted
when suddenly aku dengar bunyi bising
Guess what?
Mat rempit! erghhh
merempit kat residential area, waktu masyarakat tengah tidur...
Sangat tak bermoral!


Bila sebut mat rempit,
aku teringat kisah waktu aku belum ada laptop dulu
dan cyber cafe jadi tempat aku mengisi masa terluang
(are u sure?bukan mengisi masa bosan ke?)

LOKASI : cc kat pekan terpencil
MASA : petang suam2 kuku
TARIKH : dua kosong kosong enam
HARI : hari yang indah
SUASANA : cc yang lengang...hanya ada aku dan dua orang budak dalam CC tu.

Tiba2...datang lima orang mamat
Which are aku syak mat rempit dari dressing diorang
Skinny jeans koyak kat lutut dan baju T hitam diorang
Ditambah topi keledar kat tangan masing2
(aku tak faham kenapa CC tu benarkan diorang bawak masuk topi keledar)


MAT REMPIT 1 : Beb,gua nak masuk channel selangor la.
MAT REMPIT 2 : Pe barang lu nak chat? CS(counter strike) lahh!
MAT REMPIT 3 : Tahh...jom la CS. Poker pun layan.

(mat rempit main CS? Poker? mmg la diorang ni)

Suasana bertambah bising. Aku kuatkan volume winamp aku.
Kuat, sekuat2nya...
Sampailah...

MAT REMPIT 1 : cik adik, chatting ek? Ada friendster tak? nak e-mail...
AKU : buat2 tak dengar (tak nak bagi!)
MAT REMPIT 1 : (ketuk meja aku) Pstt...awak, nak e-mail boleh?
AKU : tak boleh (kuatkan balik volume)
MAT REMPIT 1 : ek elehh..e-mail pun nak kedekut ke? boleh la
AKU : shhh...orang nak buat kerja lahh.
MAT REMPIT 1 : kerja apanya kalau dok YM pastu youtube, pastu main Dota?
AKU : terkedu...terus blah (gila menyampah dia ni!)


Siapa kata Mat Rempit tak tahu keletak keletuk keyboard?
Nahhh...ni buktinya - Rempit Cyber

Sunday, December 2, 2007

R I N D U

Ya, aku rindu
Rindu masa-masa laluku yang bahagia

Seringkali aku terkenang waktu kanak2 ku…
Main pondok2 dgn adik-adikku
Memasak air di dalam tin susu kosong
Menggoreng daun2 di dalam tempurung kelapa
Waktu tu kami tak perlukan budak2 lain
Kami bahagia bermain adik beradik
Kadang2 kena rotan kami sebab main penas tengah panas


Abah yang menghantar dan menjemputku pulang sekolah
Naik motor je, walaupun aku seringkali merengek
Aku tak nak naik motor,tak cool
Tapia bah lebih suka naik motor, berangin katanya
Petang2 abah bawak aku jalan2 naik motor
Kadang2 aku berbasikal dan adik aku bonceng motor abah
Aku kayuh basikal laju2…xnak kena tinggal


Sarapan dan makan malam bersama keluarga
Mak, abah, adik2 semua berkumpul
Masakan mak lah yang paling sedap
Tiada tandingan…baik di pasar malam mahupun hotel2
Aku mesti makan sampai habis…walaupun aku dah kenyang
Pergi sekolah pun aku masih bawa bekal
Ramai kawan2 jeles,
sebab mak sempat siapkan bekal walaupun mak kerja

Berlarian di pantai, melihat ombak, angin yang bertiup
Tiap2 hujung minggu mak dan abah mesti bawak kami ke pantai
Lepas tu mesti ada keropok ataupun nugget
Takpun kentang goreng
Abah mesti snap gambar kami
Ada jugak abah bawak kami menyeberang tasik ikut jambatan
Lepas tu turun tangga yang tinggi
Aku gayat…so, aku jadi orang last sampai ke bawah
Lambat pun tak kisah,abah sanggup tunggu
Sampai ke bawah, abah dan adik2 gelakkan aku

Pulang ke kampung berhari raya
On the way…aku mesti nyanyi lagu Sudirman tu
Main mercun malam raya
Kutip duit raya dengan sepupu
Kadang2 pergi rumah orang, x jamah makanan pun
Dapat duit raya, terus blah
Dah puas keliling kampong…
Baliknya kami pakat kira duit raya siapa paling banyak




Tapi…
Itu dulu
Bertahun berlalu



Aku x lagi main pondok2
Sebab masing2 dah besar
Bawak haluan sendiri
Takde lagi dengar mak menjerit bila aku curi lesung batu dia
Takde lagi hadiah rotan dari abah sebab main mancis


Petang2…
Abah pun dah takde nk bawak aku naik motor
Even aku pun dah tak mengayuh basikal lagi
Aku syahdu bila setiap kali menyentuh pedal basikal
Aku juga benci mendengar bunyi enjin motor


Aku selalu mengelak makan dengan keluarga
Kenapa?
Sebab membantutkan seleraku
Makan, tapi aku x rasa kenyang
Mungkin sebab sorang ahli family dah kurang
Hambar rasanya

Pantai?
Tempat yang cuba aku elakkan
Terlalu banyak kenangan manis di pantai
Memandang laut yang terbentang luas
Umpama hamparan kisah zaman laluku
Memedihkan

Aku dah jarang balik kampong
Kalau balik tengok mak tok pun bukan balik 1 family
Aku balik naik bas je
Aku pun dah tak kutip duit raya lagi
Ada baju baru ke tak…aku dah tak peduli sangat
Raya sekarang dah tak membawa erti buat aku



OHH…masa lalu andai zaman diputarDan takkan pernah beranjak
Alangkah indahnya
Sungguh, aku rindukan masa lalu

Wednesday, November 21, 2007

NAMANYA TED MONTGOMERY

nak taw format2 html n rich text???
go to this site...

korang akan dapat code2...hihi

http://www.tedmontgomery.com/tutorial/ALTchrc.html


kat sini korg leyh dpt code utk
1:: Special HTML Characters
2:: Special ALT Characters
3:: Special Font Face/Symbol Characters

so pasni, posting korg leyh la nmpk lg cantik n teratur...
NGEEE

Tuesday, October 23, 2007

BILA JAMIROQUAI BETUL2 JADI ASTRONAUT, AKU NAK FLIRT SAMA DIA

Apa...?!
Angkasawan berlari2 anak dekat Piccadilly Circus.???
Apakah ini satu kegilaan yang mungkin bakal menimpa aku?

Aku nak ke bulan, nak melancong dan berjimba2 kat sana...
Hari Raya baru aku balik.
Tapi aku tahu Agensi Angkasa Malaysia tak kan support aku.
NASA lagi lahh...
Sebab tu aku rasa mustahil untuk aku memegang dinding ISS,
sambil duduk bersila makan durian di sana.

Jadi aku rasa kalau aku mengorat Jamiroquai ni...
aku akan ada chance untuk naik ke bulan.
Bukan setakat ke bulan, aku rasa aku juga boleh sampai ke Pluto.
Tapi aku rasa tak mungkin...sebab Jamiroquai sorang gay!
Ahh...khayalan.



p/s : dia menari lagi hebat dari Justin Timberlake taw...so aku rasa dia hot!
Too bad he's a gay!

Tuesday, October 9, 2007

MAIN DLM KELAS


haha
ES tutorial wt mr. Nordin then got a presentation
bile grup laen present ni la keje kami
mase tu Keyna nk test webcam kat lappy aku
walopon kami mcurik2 kat blakang...tp tlinga pasang ok

kemudian Teddy Gomu Gomu ngan Mell dtg nyebok
ecece nk gak test webcam aku tu
pastu dtg la plak Halim ngn Kawi
adeyh makin padat dan sesak webcam tu
sakai betol la perangai ini macam..cisss




tp dlm ramai2 kitorg ni....kalo korg pasan la....
Kawi la yg aku rase plg sakai
org laen dh blah...die dok sebok posing2....wahawww
cube tengok aksi beliaw yg last ni


cam ckp.... :: eyh muke aku ke?::

Friday, September 28, 2007

AKU DAN POWER RANGERS

Masa umur aku 8 tahun, cita-cita aku mahu jadi Power Rangers pink nama Kimberly.
Seorang gadis yang manis berambut perang, pandai lawan penjahat, pandai tembak raksasa dan selalu pakai baju kaler pink.

Sampai la satu hari, aku sedar bahawa Power Rangers tu adalah tipu dan khayalan semata-mata sebab dekat baju dia ada zip.
Dan bandaraya Boston tak pernah ada raksasa datang serang musnahkan tiap-tiap minggu.

13 tahun selepas itu, aku bukan seorang gadis yang manis malahan berambut hitam, tak pandai lawan penjahat, tak pernah jumpa raksasa dan tak suka pakai baju pink.
Aku cuma Tiya. Aku sudah tak mahu jadi Kimberly.
Agak-agak Power Rangers pun tak sudi terima aku join diorang kan? T_T

Tuesday, September 25, 2007

MANGGA? URTV? ewww

Kenapa aku tak suka baca Mangga atau URTV?
Hahaha
Aku sangat suka untuk menjawab soalan ini

1::sbb mjlh2 ni suke suh org pose dlm korg renang pki boxer lahh
sungguh x sopan auwww

2::sbb tulisannya yg pnjg berjela dan oh sungguh meleret
so bile aku bace,x sampai suku mjlh aku akan tdo

3::slapstik
ya,silakan bukak kamus Dewan Bahasa dan Pustaka

4:: kualiti gambar x memuaskan (betul, shot yang cantik mempengaruhi aku beli sesuatu majalah)

SEKIAN

p/s : Aku rasa orang yang beli dan baca Mangga dan URTV adalah orang yang membosankan...

Kamu rasa?

Friday, September 14, 2007

WEIRDO NO 3

TAKOT RAMA2

Uhhh, takleh blah lahh
Nak taw nape?

sbb dulu time aku kecik mak aku ade beli magz
back cover die ada pic rama2…besar gilak! penuh 1 page
time ni aku x start takut lg rama2 ni taw
aku siap tilik lg pic rama2 tu..(comelnye, cutenye, kalerfoolnye…camtu la lbeyh kurang)

aku pusing jap nk tgok TV
bile aku pegang balik pic rama2 tu (mate still lg tgok TV)…
aku rase cam bulu2 n ade mende gerak
aku pusing balik…and owh my GOD!
It was a real butterfly! Giler besar!!! Aku nanges sekuat hati

Starting from that…aku mmg fobia gler ngan rama2
Eventhough kat baju n seluar aku bnyk motif butterfly
But hey, that wasn’t the real one!
Yg hidup ni terbang2 ok…so scary lahh
Aku rela x mandi kalo kat shower room hostel tu ade rama2 besar tu

WEIRDO NO 2

TAKOT KUCING

KUCING??? Yahh,cats… sounds weird but it’s true
Alkisahnya, I was still in primary school
Kat rumah, aku nmpk sekor kucing belang2 kelabu (yups, I still remember the face)
Aku kejar die…kepung die

Masa tu aku tringat abah aku ckp, kucing ni pantang kalo ekor dia dipijak
Pantang ape? Abah, U forgot to tell me the consequency
So, since aku ni time budak2 naluri nk taw tu mmg melampau2

Aku try la pijak tgok ape jadik
At first that cat was juz meowing…
Bile dh lame2 aku pijak, tibe2 die geget ibu jari kaki aku (sblh kanan ok)
Aku tkezut giler! Nanges smpi kering air mata
Darah…xyah ckp la…pergh

Dtgla adik aku yg dua org tu
Nk selamatkn aku la konon
Aku ingt lg…Dodik tarik ekor, Abg Luq tarik kepala dia
Giler korg…lagi kuat die geget la dowh!!!

Last2 aku xtaw la cmne…kucing tu pn lepaskn jari aku
Kucing tu pun belah slamber je
Aku pandang kaki aku…ohh jari tu ade lg…sebaek
Abah pn dtg ntah dr mane dan tanye soklan cmni
“ ha...sedap? dh taw dh camne jadik kalo ko main ngn ekor die? “
Ohh, aku tobat dahhh… sejak dr aritu aku jd takot ngn kucing
Bile kucing dtg dekat aku akan angkat kaki aku naik atas kerusi
Except bila ade boys kat situ (control cun bebbb)

Thursday, August 30, 2007

AKU TAK PANDAI BACA NOTA MUZIK...BUKAN SALAH AKU

Betul, bukan salah aku...Tapi salah kawan aku
Waktu tu kawan aku Eton (bukan nama sebenar) satu2nya kawan baik aku
Aku banyak terpengaruh dengan dakyah beliaw ni
Kononnya kelas muzik tu x baik,maksiat,berdosa dan macam2 lagi lah
Awal2nya aku join jugak kelas tu
Bolehla baca sket nota muzik tu
Main flute...abah siap belikan flute lagi sebab aku yg paksa
Aku minat muzik sangat2

Tapi si Eton ni banyak memesongkan aku
Katanya siapa yg belajar muzik,syaitan suka
Masuk neraka sebab muzik ni lagha
Ohh,aku terasa aku jahil...
Ohh,nyata aku tertipu...
Cepat terpengaruh

Setiap kali kelas muzik,
Eton akan bawak aku mengacau cikgu tengah mengajar
Takpun melepak surau...dapat banyak pahala katanya
Padahal duduk surau bukan buat apa pun
Borak2 sampai la kelas muzik habis
Ponteng la dengan erti kata lain
Kenapa laaa aku x terfikir langsung time tu?

Dan sekarang aku x lagi berjumpa Eton
Tak ada lagi yang akan menakutkan aku
Bila aku dengar lagu2 yg aku suka
Aku bersyukur
Eton? Aku x tahu
Mungkin dia bahagia dengan pemikirannya
"orang yg dengar muzik masuk neraka"
HAHAHA...wadehek

Sunday, August 26, 2007

KENAPA AKU X SUKA ZAMAN TADIKA DAN SEKOLAH RENDAH?

Hari ini selepas 20 tahun aku adalah...
anak kepada ibu dan ayah saya,
kakak kepada 3 adik lelaki dan 4 adik perempuan,
cucu kepada mak tok dan nenek.
Ya,kedua2 atok aku sudah meninggal dunia...al-Fatihah.

20 tahun yang lalu aku dilahirkan di Hospital Tunku Ampuan Rahimah,Klang.
Jadi aku orang Selangorlah.
Tapi duduk di Selangor tak lama.
Aku tak punya memori untuk dikenang di sana.
Tapi hatiku berazam untuk kembali ke sana, suatu hari nanti.

Kata emak, aku dibawa pindah ke Terengganu waktu umur aku setahun.
Ya, bermakna sudah 19 tahun aku menetap di Terengganu.
Lama tak lama...tapi aku masih merasakan ada kejanggalan dengan negeri ini.

Aku mula bertadika waktu umur aku 4 tahun.
Awal???
Haha...tu semua gara2 aku yg memberontak
dan asyik paksa mak aku masukkan aku ke tadika
bersebelahan taska...
Taska di mana mak tinggalkan saban hari waktu dia kerjalah...

Aku ingat setiap tunggu mak datang jemput aku balik,
aku akan main buaian...
Abah tak bagi aku main jongkang-jongket, takut tersepit kaki katanya.
Nak main gelongsor pun tak boleh...
Sebab mak dan abah risau aku jatuh

Di tadika aku sorang yg pendiam
Kenapa???
Sebab aku x pandai ckp ganu
Owh, satu masalah besar...
Aku tak gaham apa yg budak2 tu cakapkan
Korang bayangkan arnab bercakap dgn siput babi lah...
Dua2 x faham sesama sendiri kan?

Perangai pendiam ni terbawa2 sampai ke sekolah rendah
Aku memang tak ramai kawan jugak
Tapi vocab ganu aku dah bertambah sikit2
Cuma masih blurr bila mereka bercakap laju x cukup nafas
Aku x sempat nak pikap dowh

Aku ingat sesi orientasi standard 1...
masa tu abah aku pergi mana ntah
Aku nak pergi toilet pn susah, xtaw kata mana
Waktu tu lah aku rasa dunia ni luas
Sebab aku dh pusing punya pusing still x jumpa toilet
Akhirnya aku tahan je rasa nak kencing tu sampai la balik rumah...Cilakak!
Diorang sepatutnya first day masuk dh bawak kami tour sekolah
Ini tak...hari kedua baru nak bawak ronda2
Huh,x guna...
Aku dah jumpa la toilet tu pagi2 sblom cikgu bawak pergi tour

Saturday, August 4, 2007

AKU DAN MAKCIK JOYAH

Kalau ditanya kenapa aku malas nak ke bangunan admin...
Jawapannya adalah aku terlalu malas nak menghadap muka sorang kerani (perempuan tua)
yang pada aku pemalas dan cuma tahu nak serang orang melulu tanpa usul periksa.
Seriously aku rasa dia ni makan gaji buta.
Makcik ni aku namakan makcik Joyah (nama ini adalah nama khayalan)
Cuma tahu bermekap tebal dan pakai kasut tumit tinggi yang warnanya sedondon dengan tas tangan dan tudungnya.
Tapi elegannya pakaian dia tak menggambarkan attitudenya semasa bertugas.
Tak percaya? Lihat buktinya...


Aku dapat call dari mak, laptop aku dah kurier. Lalu aku pergi check dekat ofis Jabatan Hal Ehwal Pelajar.

AKU : Assalamualaikum puan. Last few days mak saya ada buat kurier hantar sini. So saya nak check ada sampai tak?
MAKCIK JOYAH : (tak jawab salam pun...muka siyes giler)Eh, apahal awak datang check kat sini? Awak ni dah berapa semester duduk kat sini? Pergi la tanya unit kolej.
AKU : Masalahnya itu kurier laptop. Kan kurier selalu kena ambik dekat sini (sah pompuan ni tak tahu prosedur)
MAKCIK JOYAH : Eh, awak ni kan...pandai2 nak ajar saya pulak. Takde2, awak pergi check dekat unit kolej.
AKU : Ahh...blah! (dalam hati "celaka kau!")


So aku pergi la unit kolej. Check punya check, memang tak ada.
Diorang cakap hanya surat2 biasa yang akan dihantar ke unit kolej.
Bukan barang2 besar!
See, sekarang tengok siapa yang lagi bijak?
Aku balik ke studio dengan rasa bengang.


On the way...

Trutt...trutt(phone ringing)
CALLER : Helo, cik Tiya. Saya dari HEP...boleh datang sini sekarang tak? Ada kurier untuk awak.
AKU : Aik? Tadi saya baru je pergi sana akak tu cakap takde dan suruh check unit kolej.
CALLER : Yeke? Tapi awak kena datang sekarang. Kami tak boleh simpan dan tak bertanggungjawab kalau hilang.
AKU : Saya ada kelas lahh. Tak boleh miss...tak nak skip!
CALLER : Mintak permission lecturer lah cik.
AKU : Yelah, yelah (fakk....nak mintak permission ngan puan singa ni punya lah payah...last2 aku lari ikut pintu belakang...HIHI)


Pejabat HEP
DAMN! Makcik Joyah ni lagi!

AKU : Puan, nak ambik kurier (takde salam dah...terjah je)
MAKCIK JOYAH : Awak ni lagi. Kan saya dah suruh check dekat unit kolej. Awak tak...
AKU : Unit kolej cakap takde ok (die tak sempat habiskan ayat dia...HAHAHA)
MAKCIK JOYAH : Habis tu kenapa awak datang sini? Dah takde, takde lahh.
Tak sampai lagi la tu.

Suasana kecoh sekejap. Sebab aku memang dah hilang sabar.
AKU : Masalahnya saya baru dapat call tadi...cakap ada kurier untuk saya. Yang puan nak marah2 sangat ni apa kes? Saya cari orang yang call saya tadi. Tak payah la sibuk.
MAKCIK JOYAH : Siapa yang call awak? Bila? (tak puas hati lagi tu)

Tiba2 datang sorang kerani lelaki, Amir (bukan nama sebenar).
AMIR : Apahal kecoh2 ni dik?
AKU : Saya nak ambik kurier. Tadi ada orang call suruh datang sini. Makcik ni pulak nak marah2...saya dah datang sini awal2 tadi tapi dia suruh saya pergi check dekat unit kolej...penat2 menapak ke sana...last2 dapat call barang tu ada kat sini pulak...Patutnya semak la dulu dalam rekod, baru cakap (huii...penat taw bercerita)
AMIR : Hurm(geleng kepala). Nama awak?
AKU : A****A H*****H
Amir : Oh,saya yang call awak tadi. Dah la jangan marah2...mari masuk dalam amik barang awak.

Aku pandang makcik Joyah. Dia jeling aku. Huhh...tak kuasa aku.


Korang rasa kan...makcik Joyah ni kat rumah macam mana ek?
Mesti anak2 dan laki dia hari2 kena bebel kan?
Hurmm..kesian.

Thursday, August 2, 2007

PASAR BERBUDAYA :: EP 2

Teruskan dgn usaha mengayat tokeyy kiosk
sampai kat secret recipy...mintak permission
but damn! hey the waiter is so kerek lahh
ape hengat aku teringin sgt ke nk snap pic die?
xpe...kami blah...huhu

Lastly we decide to go to another place
Bukit Bintang
Sbb security kat situ sgt ketat la....
hampir2 kami kena cekup...

Akhirnye kami xde la dpt bnyk sgt pun kiosk untuk case study ni
Pulang dengan kechiwa
Risaw btol aku nti bile nk presentation...wuwu~~

Lastly...pic trakhir sblom naek tren g KL SENTRAL balik










PASAR BERBUDAYA :: EP 1

*30 JULAI 07*
My heart trembled bile dpt task kat Central Market
Pasar yg berbudaya tu
Yahh..aku suke itu tempat (bace dgn nada penuh kegirangan ok)


Sbnrnye ni adlh untuk case study untuk projek kiosk
Each location ade 2 group,which is each group consist of 5 members
Tp group aku tinggal berempat...Teddy x dpt ikut.Tak sehat katenye
Yeke x sehat? Itu mamat mmg suke mengular! Ku tahu,ku tahu
Tp kalaw beliaw btol2 x sehat...hamfunn

So,kami kami dtinggalkn kat KL Sentral oleh lecturers
While dorg teww berjimba2..sah shopping! Paling x cuci mata (AMARAN : jgn ikut klakuan aku bersangka bukan2 kat lecs)
Tak mengapa..takkk mengapa. Aku redha.
Tapi aku jeles ok.JELES! Hmmph

Masa aku tengah sibuk-sibuk check in tiket tren...
Dan terkejar takut kene tggl member group,skali aku tlupe amik tiket aku kat mesin tu
Dh turun tren baru aku tringat! Mase tu sebok la menggangau
Member aku sume dh glabah
Tp aku ngn slumber bmuke xde prasaan (padahal dlm hati cuak gilak!)
Aku g kat security...yela...xkan nk terjah je...kang kena tgkp la cam PATI
Berikut adalah dialognye:


AKU : err,pakcik..sorry.I forgot my ticket (speaking sket...bg nmpk educated..so,xde la security tu main2kn aku nanti)
SECURITY : awak dtg sorg ke? (muke beliaw ketat sunggoh!)
AKU : dengan kawan2...I left my ticket at KL Sentral (still speaking)
SECURITY : mane kawan2 awak?
AKU : tu... (sambil mnuding jari kat dorg yg tgh risaw)
SECURITY : xpela...awak lalu je ikut sini


SEE? kan aku dh cakap jgn wat muke glabah! Security tu ngan senang hati bagi aku lalu.
Or maybe it was juz my luck coz aku ngan kawan2 dan untungnye dorg ade tiket

Ok..terus ke CM...jln kaki
Fuhh...Gorgon asyek isap rokok je
Sesak napaihh mak

Sampai kat CM jumpe 1 group..Izreen sronok btol jumpe kawan2 gadisnye
Maklumla...aku ni mbosankan,x bnyk ckp kalo aku tgh siyes dan dlm mood mngembara...
Sbb aku lbeyh suke tgok pmandangan dr borak2
Hurm...dorg ajak posing2 sket.
Tang ni aku lemah sket...Aku xsuke muke aku kena snap!
So,aku volunteer jd photoghrapher mmandangkn aku suke snap pitcha walopon aku takdela xpert sgt...
Cube tgok muke buat2 aku bile tpakse bgambar yada-yada
Dah la tgh berpeluh sakan time tuh


Ok...dah masuk dlm aku suke sgt. Coz I saw lot of artistic stuff!
Sbb tu aku ckp aku suke sgt bile dpt tempat ni!
Rase nak beli semua...naseb baek duit xbawak bnyk!
Aku cume beli 1 beg silang..ayie pun ikut same nk beli tu...huh!
Tapi yg lawaknye die boleh nk bayar je...xtawar dulu
Ini kaye ataw x bodoh pandai menawar ni? LOL

So,kami cari la kiosk untuk diterjah
Mula2 kami jumpe Oldtown Cafe..tp kami x masuk sbb xkena ngn konsep task kami
Cume posing kat die punye gmbr beca tu je...
And again aku volunteer jd photoghrapher



tgok muke Gorgon yg slumbernye bpure2 jadi customer kat 1 rest. tu...sungguh poyo


eark!baru aku pasan...mcm pnjg gilak post ni
So aku smbg next episode,ok

buhbye

Monday, July 23, 2007

CINTA OKTAGON

(lazimnya)

perempuan2 yang baik untuk laki2 yang baik,
dan laki2 yang baik untuk perempuan2 yang baik.




(sebaliknya)
perempuan2 yang jahat adalah untuk laki2 yang jahat,
dan laki2 yang jahat untuk perempuan2 yang jahat.







Aku tak tahu aku tergolong dalam si baik ataw si jahat.
Tapi aku harap aku berjodoh dengan si baik.
HIHI


Aku bergelak ketawa dengannya.
Dan menceritakan kesedihanku kepadanya.
Dia tidak memberikan respon apa2.
Dia cuma menjadi pendengar setia.
Ke mana aku pergi aku pasti teringatkannya.
Hidupku seperti kekurangan..serba tak kena tanpanya menemani.
Masa tu aku tahu...bahawa aku telah jatuh cinta kali ke-317.



ohh..FAMOUS AMOS!


p/s : aku suka Choc Chip Cookies dan Chip & Pecans Cookies

Saturday, July 14, 2007

WEIRDO NO 1

LAMBAT BERSIAP

Aku taw,ramai yg mngeluh kena tunggu aku lama kalo nk kuar kan?
Hamfunn, dh jd tebiat beb! Kalo x kurang 5 minit aku dok depan cermin tu…
Aiseyh, rase polik bebenar aihh…
But now, I try to reduce this stupid thing
Mane taknye…nk g makan pn sket punye lame aku siap

I thing ni ada pro n cons la,this habit
PRO
>>> korg akan nmpk kemas n sedap mata memandang
>>> korg akan jd lbeyh confident

CONS
>>> buang masa
>>> kalo dpt member yg kurg sabar…sah kena maki kaw2

Thursday, July 12, 2007

BLIND DATE - Bukan Tak Nak, Tapi Errr...




Jangan blind date kalau kamu tak mahu :
1-Otak kamu dimakan burung
(kecuali kamu tak perlukan lagi otak tu)
2-Dapat boyfren buta yang memakai kaca mata hitam pada waktu malam
(kecuali kamu yakin dengan orientasi seksual kamu)
3-Mengalami kemalangan secara mudah seperti putus kaki
(kecuali kamu sudah puas menikmati hidup)

Sila blind date kalau kamu mahu :
1-Coklat percuma.
2-Menonton wayang dan makan popcorn percuma.
3-Menikmati keindahan bandaraya Kuala Lumpur dari atas bukit.


p/s : RENUNG2KAN, SELAMAT BERBLIND DATE (aku tak taw ape terma dalam Melayu...sori)

Saturday, July 7, 2007

50cents ABOUT ME


:: ABOUT ME ::
I'M NOT A PERFECT GIRL
I spill a lot of think and pretty clumsy
But when I think about it and take a step back
I remember how amazing my life truly is
And that maybe I like being
*IMPERFECT*

Saya juga gila2an
dan suka gelak…warghhh!


:: HOBBIES & INTERESTS ::
gossipping N commenting - suka mberi komen2 keji
looking at wut one's doing - no,I'm not PSYCHO
arts N crafts - kaler+lukis+chonteng


:: BOOKS ::
I read books that doesn't complicate my mind
yet they're good!

bace,bace dan terus bace
sebab ilmu di dunia xkan pernah habis!


:: MOVIES ::
movies that make me THINK and LAUGH
movie that does't make me thinks much to spend money to
* IMAGINE * if ever I married to tokeii GSC


:: MUSIC ::
I listen to all type of music
M.U.S.I.C is my life
I can't imagine my life without it

ade yg ckp, lagu2 yg sy dengar pelik
ohh,x kesah la...janji saya gumbira


:: TV SHOWS ::
everyday in my life is a "DRAMA
that I feel like watching a huge TV screen of life
but still...hey!
I didn't mean I don't need the "magic square box"


:: WHO I WANNA MEET ::
I don't want to be ALONE but sumtimes it is necessary
I'm happy to meet everyone
Each people I met made a new story in my life

Saye nk jumpa awak,awak dan awak
Heh! Sronok taw jumpe ramai org

*LOVE ALL*

BLOGGING???

Hahaha!
Now I can talk, talk, and keep talking non stop!

NO...NO


I'm not nagging
I'm juz typing and posting

They can change the locks
But I won’t let ‘em change my mind
And here, in this blog
I wanna write wut I’d love to
Coz this is mine, not yours!