Thursday, March 12, 2009

HARI NI BULAN BERWARNA BIRU

kisah ni adalah keindahan yang tak mungkin berulang
dalam hidup aku
bak kata orang putih "once in a blue moon"

Alkisah...
aku bela anak penguin dua ekor
saiz mereka sebesar jari kelingking je (anak ikan puyu lagi besar kot)
aku letak mereka dalam balang kaca jernih bentuk bulat
aku hiaskan balang kaca dengan riben dan renda beropol2...auwww
hari2 aku ajak mereka main salji dalam peti ais
supaya mereka tak rasa terpinggir dan asing di bumi Malaysia
kadang2 aku tumpang main salji sekali
aku pun tak tahu macam mana aku boleh muat masuk peti ais tu
aku nak ke taman seri cahaya ajak mereka main salji tapi jauh...(T_T)

tiba2...(sound effect macam ade suspen sikit....masukkan sendiri)

TRUTT...TRUTT(nokia ringing tone)

229 : helo tiya
AKU : haa...huu?
229 : ko tido ke?
AKU : ...(silent)...
229 : ko tido pukul berapa ni?bla bla bla (aku tak ingat dia ckp apa)
AKU : haa...hurm

yang aku sedar sikit bila 229 sebut macam ni

229: biskut ada lagi tak? lapar ni
AKU : c**!ko ke...(terus terjaga...tapi masih dalam mood mamai)


aku check inbox
mak aihh! 14 unread message!
aku terus tak jadi sambung tidur
mimpi aku tentang penguin bersaiz jari kelingking musnah sama sekali
229 aku labelkan dia sebagai kejam hari ni
aku benci die (aku sayang die)

aku baru je di pertengahan mimpi
bahawa aku sedang membiakkan penguin (menternak ke istilah lagi sesuai?)
dan klimaksnya aku harapkan aku adalah tauke penguin berjaya

tapi dia datang meranapkan satu2nya mimpi indah
ya, mimpi indah setelah sekian lama bermimpikan yang buruk2

No comments: