Aku cuba letak tajuk tu sebagai status dekat YM
Ternyata dapat respon baik punya!
so maknanya ada orang masih kenal Mariamah Tijo
Haii auntie, glamour u haa...I jeles ni!
Nak tahu siapa Mariamah Tijo,
sila tanya mak ayah...nenek pun boleh
Itupun kalau nenek kamu jenis yang dengar radio la...
Nenek aku tak,dia lagi suka menyangkul tanah...
Menyihatkan badan katanya.
Patutlah nenek aku kurus dan aku gemok.
Sebab aku tak cangkul tanah, aku pijak tanah je.
Nenek lagi sorang? Pun tak dengar radio.
Dia ni aktif jugak...suka mengayuh basikal.
Pergi mengurut orang atau sambut orang bersalin.
Sebab tu dia marah bila aku angkut bakul kain letak kat depan.
Takut rahim jatuh katanya...
Lepas dia cakap macam tu aku selalu terpinga2.
Apa kaitan Rahim dengan aku angkat bakul kat depan (perut).
Mak Usu aku akan gelak...aku tak gelak, masih bermuka blurr.
Yalah, Rahim tu nama arwah pakcik aku.
Kenapa aku mesti disalahkan bila dia jatuh?
Satu sumpahan ke kat dia kalau aku angkat bakul kat depan?
Sekarang aku dah besar, aku dah tahu apa rahim yang dimaksudkan.
Kadang2 bila aku buat muka tension kena marah dengan nenek,
Mak Usu cakap balik...
"nenek nak suruh kamu ramping, pinggang macam kerengga...
itu pasal dia suruh kelek bakul kat tepi"
Hak ilahh...
Eh, aku rasa aku dah lari topik!
Bukan ke tadi tengah cakap pasal siapa Mariamah Tijo?
Kalau rasa tak nak dikatakan buang tebiat,
jangan tanya mak, ayah atau nenek.
Google saja.
Kalau anda pemalas tahap ke-317,
sila klik sini
Kalau anda pemalas jugak...
Sila ambil pisau dan kerat nadi anda.
SEKIAN.
2 comments:
mariamah tijo tahu tak ko wat entri
pasal dia ni?
mesti terharu punya lah
aku rasa dia xtaw
tp kalo hang habaq kat dia aku taw
hakhak
Post a Comment