Wednesday, March 18, 2009

KAHWIN SANA KAHWIN SINI

Habiskan masa malam
dengan sia2 dan buduh (aku rasa)
...keep crying all nite long!
Apa yang aku sedih sangat pun tak tahulah
Agaknya sebab mak suruh pergi KL
(Rawang to be exact)
Kak Lynn nak kawin mmuah mmuah
bukan aku tak nak pergi ok
Tapi geng sehati berjalan tu takde,
so jadi tak teruja sangat la...haihh
Lepas tu kena naik bas (sumpah tak suka)

Aku taubat mintak hamfunn la nak naik bas
sejak kes air kura2 dan stoking belacan dulu
...Menyeramkan...
Sakit hati ada! Lawak pun ada!
Ngeh ngeh ngeh

Call Kid, nak borak2 la kunun
(lama tak borak haumm)
Aku rasa beliaw merajuk dengan aku la kot.
Since our "last conversation",
aku ada buat ayat menyentap kat dia.
Takde niat ok...aku2 kadang terlepas cakap.
Manusia mana tak buat silap (cliche kan?)
Tapi..ciss mamat ni!
Aku ingat demam2 dia dok rehat la kan...
Tahu2 je dia dok makan kat luar dengan member2.
Lepak mamak la tu (tempat aku tak suka).
Ntah2 meronggeng...kah kah kah gelak gila kuat.
Ergh, kalau dia tahu aku cakap dia meronggeng,
mesti merajuk lagi jantan nihh...warghh
Ok, takpe...sambung surf internet.

Ohh...berbalik kepada kenduri kahwin Kak Lynn
Aku nak pergi, tapi bukan dengan bas!
Taknak bas, taknak bas!
Aku nak mak bagi kereta.
Lagi bagus kalau dia pun pergi jugak.
Ahh...sengaja bagi alasan dia ada lecture Ahad tu.
(kenduri hari Sabtu)
Padahal boleh ganti kelas apa?Uhh benci.

Ah-ha..finally aku jumpa sebab kenapa aku nangis tadi.
Sebab aku geram dan tak puas hati.
Apsal setiap kali ada apa2 event,
dan benda tu memerlukan kami naik bas...
Aku yang kena pergi?
Muka aku muka penumpang bas ke?
Sila rujuk artikel lalu untuk tahu sebab2
kenapa aku menyampah naik bas.
Kalau tak nak pergi pun (tak boleh konon2)
kenapa tak pass kereta tu kat aku?
Ni adalah masalah besar dia..
either tak percaya aku boleh drive jauh
(Dungun-Rawang isn't that far far away, I think)
ataupun masalah dia sayangkan kereta dia
sampai sanggup biarkan anak dia
susah payah naik bas, sakit bontot dan tahan kencing
(korang nak kata aku manja,cengeng pun lantak la...HIHI)



As, for now...
aku masih takde jawapan nak pergi ke tak.
Geng takde, pastu kena naik bas...
Menyiksakan kottt!
So, keputusannya lebih condong ke arah tak nak.

Dan aku tetap dengan egoku.
Bila ditanya "ko nak pergi tak tengok Kak Lynn nanti?"
Aku cuma jawab dua patah "tengoklah nanti"
*BLEGH*


Mala kawin.
Ruby kawin.
Kak Lynn kawin.
Alya comingg soon.
Aku bila?
HARAMMM punya soalan cepu cemas sesak nafas.
Hak tuihh (haha)

No comments: