Saturday, March 28, 2009

M A K A N BUDAK!

Aku kerap berimaginasi bahawa,
suatu hari aku jalan-jalan di dalam hutan
tiba-tiba nampak sebuah rumah besar
yang kelihatan menyelerakan...
pagarnya dibuat dari Choki2
dindingnya dilapisi biskut Chipsmore
beratapkan coklat Cadbury dan Hersheys'.

Kemudian aku ambil dan rasa semua makanan
aku makan dan makan dan makan
sampailah kenyang...
Rehat kejap, kemudian sambung makan balik.
Maklumlah, makan free.

Lepas itu tiba2 aku dengar bunyi pintu dikuak
(JENG JENG JENG)
Keluarlah gergasi,
warnanya hijau,berbulu2 dan berwajah hodoh
yang pasti baunya busuk dan air liur meleleh2.
Matanya merah, perut boyot...arghh
Bila dia bersuara,
aku terpaksa terpaksa tutup hidung dan pekup telinga
(sangat kuat macam petir ok, nafas busuk pulak tu)

GERGASI:
Hoi budak,kau buat apa tu?
Kau makan pagar dan dinding rumah aku ye?
AKU : Eh,encik ni tuan rumah ke?
(muka tak bersalah,ade blurr2 sket)
GERGASI : Yalahh...kau ingat semua ni free ke?
Bayar balik!
AKU : Tapi saya takde duit. Kira sedekah je la.
(muka comel...mata kerdip2)
GERGASI : Tak boleh! Makan budak! WARGHH
AKU : Lariiii


Biasanya imaginasi seperti ini
berlaku di kala aku lapar.

Seriously, aku sangat takut dengan tagline "MAKAN BUDAK"
walaupun ianya dilafazkan oleh manusia biasa...
Contohnya lecturer aku,
bilamana aku blurr masa tutorial dan bertanya,
"Encik,camne nak buat ni? Tak berapa faham la"
Lalu dia akan jawab sambil pandang aku,
"Ini pun tak tahu nak buat ke? Ape la...makan budak!"

Haihh, gila punya lecturer.
Ayat tu selalu diungkap bila aku nak tanya dia.
Sampai la satu tahap, aku jadi betul2 trauma.
Dan aku akan pastikan bertanya macam ni dulu
sebelum ke soalan sebenar
"Encik...encik dah makan ke? Saya ada soalan nak tanya ni"
Bila dia jawab dah makan, baru la aku yakin untuk bertanya.


DUHH!
macam sadis rasanya

No comments: